Pinjaman RM1000 Segera Online


Aduhhhh, mana nak cekau duit sekarang. Bertenang. Aku faham keadaan kau sekarang yang kelam-kabut. Kau sangat-sangat perlukan duit pinjaman RM1000 segera. Kalau boleh, kau nak buat pinjaman yang boleh terus masuk dalam akaun bank. Kalau boleh pinjam online, itu lebih bagus.

Kau juga mungkin tertanya-tanya, bernarkah ada bank dan institusi yang menawarkan servis pinjaman duit segera untuk orang seperti kau? Kalau bukan bank ataupun institusi kewangan yang lain sekalipun, benarkah ada aplikasi yang boleh beri pinjaman dengan amaun yang kecil seperti pinjaman RM200, pinjaman RM300 dan pinjaman RM500? Sudah tentu, paling bagus ialah RM1000. Aku nampak mata kau macam makin besar. Nampak macam ada sinar di hujung jalan. Mari sini aku kongsikan beberapa cara yang kau boleh cuba untuk dapatkan duit pinjaman sebanyak 1k.

Pinjaman 1k melalui aplikasi BigPay

Pertama sekali, ini bukan scam. Kalau kau tengah tercari-cari bank atau mana-mana institusi yang boleh memberikan pinjaman duit segera dan ingin membuat pinjaman wang untuk segala keperluan kau, kau boleh cuba BigPay. Untuk pengetahuan, BigPay ialah salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad yang dahulu dikenali sebagai Air Asia Berhad.

Nak mohon pinjaman BigPay ini juga teramatlah mudah. Walau bagaimanapun, ia bukan boleh dapat sekelip mata kerana kau perlu daftar BigPay secara online terlebih dahulu dan tunggu kad tersebut sampai ke rumah.

Apa yang menarik dengan BigPay ialah kau tak perlu sediakan apa-apa dokumen. Ini kerana semasa proses pendaftaran, kau memang sudah kena siap-siap upload IC. Jadi, tak perlu buang masa untuk apply loan nanti.

Jika sudah mendaftar BigPay, boleh ikuti langkah-langkah untuk buat pinjaman RM500 seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi BigPay
  2. Klik PAYMENTS di bahagian menu sebelah bawah skrin
  3. Klik Loans
  4. Di bahagian I want to borrow, masukkan 1000
  5. Jika tidak mahu 1000, masukkan amaun lain contohnya 5000
  6. Di bahagian I want to repay in, pilih samada 6 Months, 9 Months atau 12 Months
  7. Klik Get a quote
  8. Akan keluar paparan Loan Offer
  9. Sebagai contoh, jika anda memohon RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, anda perlu bayar RM173.34 sebulan. Ini adalah dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
  10. Klik Apply for this loan
  11. Baca Privacy Policy
  12. Klik Accept
  13. Jawab soalan dan assessment yang diberikan antaranya How will you be using RM1,0000
  14. Jawab semua soalan dan ikuti arahan sehingga selesai

Pinjaman 1k melaui Boost Credit

Selain BigPay, aku cadangkan Boost Credit. Ya, Boost eWallet ada perkhidmatan pinjaman sehingga RM100,00. Tapi kau janganlan meminjan sampai banyak itu. Cukuplah sekadar RM1000 sahaja.

Pinjaman dari Boost Credit ialah pinjaman yang patuh syariah. Boleh pinjam daripada serendah RM500 sehingga RM100,000.

Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini: https://credit.myboost.co/pasar/employee-financing

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan pinjaman RM1000 segera online tanpa dokumen ini dapat memudahkan urusan kau.

Untuk makluman, berdasarkan carian dan penelitian kami, tidak banyak syarikat yang menawarkan pinjaman 1k segera online. Kebanyakannya perlu bersemuka. Kalau anda selalu berkecimpung dengan VIP dan kenal mana-mana orang berpangkat Datuk, boleh cuba pinjam duit dengan Datin juga. Manalah tahu mereka berbesar hati mahu membantu.

Yang penting, jika anda perlu bantuan kewangan segera sekalipun, jangan pernah buat pinjaman along. Bimbang buruk padahnya.

Semoga bermanfaat.

31 thoughts on “Pinjaman RM1000 Segera Online”

  1. Terima kasih pada satu syarikat yang dah bank-in hampir 500 k dalam akaun BSN saya,syarikat Amir ikal mayang kot,daftar je rm10.00.

    Reply

Leave a Comment