Pinjaman 200 Segera Guna IC (Boleh Pinjam Duit Secara Online)

Aduhhh, sakitnya kepala nak cari duit. Mana nak cekau? Tak apa, kami faham perasaan anda. Anda memang terdesak betul sekarang. Anda memang betul-betul perlukan duit pinjaman 200 segera. Ya, kami tahu tak banyak pun sampai perlu buat pinjaman 300, pinjaman 500 atau pinjaman 1000. Nak pakai duit sedikit sahaja.

Cuma masalahnya, benarkah ada bank dan institusi yang menawarkan servis pinjaman segera? Betul ke ada aplikasi yang boleh beri pinjaman 200 dengan hanya guna IC? Kedengaran macam senang sangat, tapi tidaklah semudah itu.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman 200 segera guna IC melalui BigPay

Pertama sekali, ini bukan scam. Kalau anda tengah tercari-cari bank atau mana-mana institusi yang boleh memberikan pinjaman duit segera dan ingin membuat pinjaman wang untuk segala keperluan anda, anda boleh cuba BigPay. Ini memang betul-betul pinjam duit terus masuk akaun bank anda.

Untuk pengetahuan, BigPay ialah salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad yang dahulu dikenali sebagai Air Asia Berhad.

Nak mohon pinjaman BigPay ini juga teramatlah mudah. Walau bagaimanapun, ia bukan boleh dapat sekelip mata kerana anda perlu register BigPay terlebih dahulu dan tunggu kad tersebut sampai ke rumah.

Apa yang menarik dengan BigPay ialah anda tak perlu sediakan apa-apa dokumen. Ini kerana semasa proses pendaftaran, anda memang sudah kena siap-siap upload IC. Jadi, tak perlu buang masa untuk apply loan nanti.

Jika sudah mendaftar BigPay, boleh ikuti langkah-langkah untuk buat pinjaman RM500 seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi BigPay
  2. Klik PAYMENTS di bahagian menu sebelah bawah skrin
  3. Klik Loans
  4. Di bahagian I want to borrow, masukkan 200
  5. Jika tidak boleh masukkan 200, masukkan amaun 1000
  6. Di bahagian I want to repay in, pilih samada 6 Months, 9 Months atau 12 Months
  7. Klik Get a quote
  8. Akan keluar paparan Loan Offer
  9. Sebagai contoh, jika anda memohon RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, anda perlu bayar RM173.34 sebulan. Ini adalah dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
  10. Klik Apply for this loan
  11. Baca Privacy Policy
  12. Klik Accept
  13. Jawab soalan dan assessment yang diberikan antaranya How will you be using RM1,0000
  14. Jawab semua soalan dan ikuti arahan sehingga siap kesemuanya
  15. Selesai

 

Pinjaman 200 segera guna IC melalui AEON Credit

Selain BigPay, kami cadangkan AEON kerana kaedah pinjaman AEON melalui aeoncredit.com.my adalah lebih mudah berbanding dengan bank-bank besar yang lain seperti Maybank dan CIMB Bank.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat kelayakan untuk membuat pinjaman RM300 segera ini agak ketat berbanding BigPay.

Antara syarat-syarat untuk pinjam RM300 dengan AEON ialah:

  1. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan ke atas.
  2. Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  3. Mempunyai Kad Pengenalan yang sah.
  4. Pendapatan sebulan sekurang-kurangnya RM800.
  5. Jumlah pinjaman yang ingin dipohon adalah dalam lingkungan RM1,000 – RM100,000.

 

Pinjaman RM200 segera tanpa dokumen melalui Boost Credit

Permohonan untuk meminjam duit sebanyak RM300 ini hanya boleh dilakukan melalui aplikasi web Boost Credit sahaja buat masa ini. Ini bermakna untuk meminjam dengan Boost, anda perlu memohon secara online sahaja. Seperkara lagi, pinjaman ini hanya ditawarkan atas jemputan sahaja.

Hasil semakan kami, pihak Boost tidak menyatakan apa-apa dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman RM300 ini.

Untuk sebarang perubahan atau rujukan lanjut mengenai produk ini, sila layari laman web Boost di sini credit.myboost.co

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan pinjaman RM200 guna IC secara online ini dapat memudahkan urusan anda dan mendapat bantuan duit segera yang diingini.

Untuk makluman, berdasarkan carian dan penelitian kami, tidak banyak syarikat yang menawarkan pinjaman 500 segera online. Kebanyakannya perlu bersemuka. Kalau anda selalu berkecimpung dengan VIP dan kenal mana-mana orang berpangkat Datuk, boleh cuba pinjam duit dengan Datin juga. Manalah tahu mereka berbesar hati mahu membantu.

Yang penting, jika anda perlu bantuan kewangan segera sekalipun, jangan pernah buat pinjaman along. Bimbang buruk padahnya.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Leave a Comment