Pinjaman Kecemasan Segera Online 2022 (Tak Perlu Duit Bantuan Ahlong)


Tak ada duit itu perkara biasa. Tapi bila sudah mula meminjam untuk melangsaikan hutang akibat berhutang, itu yang jadi tidak biasa. Ramai maklum, aktiviti pinjaman wang tidak berdaftar dengan pelbagai istilah seperti Payday Loan, Loan Shark sememangnya menjadi isu bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Di Malaysia, peminjam wang segera ini dinamakan ‘Ah Long’ atau ‘Along’ yang dalam bahasa Kantonis bermaksud ‘Si telinga besar’. Kumpulan ini selalunya memberi pinjaman kecemasan segera online; atau selalunya dipanggil pinjaman along segera dengan kadar faedah yang tinggi dan menggunakan elemen keganasan untuk mengutip semula hutang. Memandangkan zaman sudah semakin canggih, ada juga syarikat yang buat pinjaman ahlong online.

Bagaimana pinjaman kecemasan segera ini beroperasi? 

Disebabkan kumpulan-kumpulan ini menggunakan pinjaman untuk mendapatkan keuntungan, jadi perkara yang menjadi fokus utama ialah bagaimana mereka menggandakan wang mereka dengan instrumen kewangan:

  • Dengan mengenakan kadar faedah yang jauh lebih tinggi: Tidak dinafikan bahawa pinjaman dari kumpulan ini memang mudah diperoleh jika anda sedia menanggung kadar faedah sehingga 16%. Ada juga yang mengenakan lebih dari itu. Dalam menghadapi perkara ini, beberapa buah negara telah menggubal undang-undang di mana penghutang boleh mengeluarkan saman terhadap bank atau badan kewangan yang mengenakan kadar faedah lebih dari 16%.
  • Menggunakan kaedah point: Kaedah ‘point’ yang digunakan ialah penghutang mesti bayar terus-menerus kepada pemberi pinjam setiap minggu. Contohnya anda meminjam RM 1000 dan anda dikenakan 3 point. Ini bermakna anda perlu membayar RM 30 setiap minggu dalam tempoh yang dikehendaki oleh pemberi pinjam. Pada masa yang sama, baki hutang anda masih lagi RM 1000. Jika pemberi pinjam mengenakan bayaran mingguan ini selama setahun, maka anda perlu membayar dan itu hanyalah faedahnya sahaja.

Maka adakah munasabah untuk kita membuat pinjaman melalui peminjam wang ini?

Sudah tentu tidak. Yang lebih utama, jangan sesekali buat pinjaman along guna IC orang lain kerana itu dikira menganiaya orang lain.

Jika sudah terjerat, sila usahakan untuk bayar hutang ah long dengan kadar segera. Bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

Bahaya pinjaman kecemasan segera online dengan ahlong

Nak pinjaman duit kecemasan terdengar mudah dengan ada yang menawarkan pinjaman bayar mingguan dan bulanan. Tapi, sebaik-baiknya jangan ke arah itu. Bahaya.

Antara risiko yang perlu anda tanggung ialah kadar faedah yang tinggi dan tidak boleh diuruskan oleh anda. Ini akan membawa kepada situasi di mana anda perlu meminjam lagi hanya untuk melangsaikan faedah sahaja. Ini juga terpakai untuk pinjaman wang berlesen.

Contohnya, jika anda meminjam RM300, RM500 mahupun RM1000, silap-silap bayar bunga sahaja sudah mencecah separuh daripada duit pinjaman tersebut. Ini semua bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan.

Lebih dari itu, hidup anda dan keluarga anda juga terancam kerana pemberi pinjam akan menggunakan ugutan dan keganasan terhadap anda dan keluarga. Terdapat banyak kes di mana penghutang menerima panggilan ugutan, kereta dan rumah disimbah cat dan banyak lagi teknik ugutan.

 

Jangan ambil bantuan duit segera dari ahlong

Antara cara untuk kita mengelak dari terlibat dengan peminjam tidak berlesen ialah:

  • Baca cara buat pinjaman duit segera yang sah dan selamat
  • Ketahui tentang mereka dan modus operandi mereka: Informasi adalah penting untuk kita menjauhi kumpulan-kumpulan pemberi hutang tidak berlesen ini. Mereka pada mulanya akan menunjukkan minat untuk menolong anda terutama sekali jika mereka mengetahui anda berhadapan masalah kewangan. Bahkan mereka akan menelefon anda hanya semata-mata untuk tanya anda sudah makan ke belum. Selepas anda mengambil duit mereka, barulah mereka akan menggunakan taktik mereka dengan ugutan dan paksaan.
  • Rancang perbelanjaan anda: Rancangan kewangan adalah penting supaya anda boleh berbelanja dengan berhemah tanpa perlu meminjam kepada sesiapa. Jika anda mampu ambillah nasihat dari perancang kewangan bertauliah tentang pengurusan harta dan perbelanjaan seharian.
  • Pinjam dari agensi yang berdaftar: Terdapat banyak agensi kewangan termasuk bank dan permodalan yang sah untuk anda memohon pinjaman. Aktiviti kewangan agensi ini tertakluk di bawah undang-undang Bank Negara dan anda hanya dikenakan faedah yang rendah.

 

Cara menghadapi bantuan peminjam wang tanpa dokumen

Kebiasaanya, apabila pinjaman wang itu tanpa dokume seperti tanpa slip gaji, ia juga mesti tanpa lesen.

Anda perlu sedar dari sudut perundangan ia adalah salah.

Jika anda sudah berada dalam kemelut hutang ini, berikut ialah cara bagaimana untuk menghadapi peminjam wang tanpa lesen:

  • Memberi pinjaman segera dengan faedah yang tinggi, tanpa lesen adalah melanggar undang-undang: Dalam banyak kes yang dihadapi peminjam di beberapa buah negara, peminjam tidak dianggap melakukan sebarang jenayah, sebaliknya pemberi pinjamlah yang melakukan jenayah kerana mengeluarkan pinjaman dan faedah tanpa lesen.
  • Anda tidak berhak membayar apa-apa kepada pemberi pinjam tanpa lesen: Disebabkan pemberi pinjam menjalankan aktiviti tanpa lesen, maka mereka tidak ada hak dari segi perundangan untuk mengutip kembali hutang.
  • Adakah pemberi pinjam akan mengambil tindakan mahkamah: Peminjam wang tidak berlesen selalunya menjalankan kegiatan di luar undang-undang dan biasanya mereka tidak akan menggunakan cara mahkamah untuk mendapatkan kembali wang mereka. Oleh itu mereka tidak boleh menyaman anda jika anda tidak membayar hutang anda.

Apa-apa pun, jika anda rasa diri terancam, sila hubungi dan buat laporan pada pihak PDRM.

 

Akhir kata

Sumber kewangan memang boleh diperoleh dari bermacam-macam cara.

Dalam kes ini, jangan hanya disebabkan kewangan anda mempertaruhkan keselamatan anda dan keluarga.  Pinjaman duit segera tanpa slip gaji dengan kadar faedah segera, bermakna risiko yang segera yang memberi kesan pada masa depan anda.

Sebelum buat pinjaman along dan perlukan bantuan kewangan segera, sila baca dan hadam perkongsian tentang pinjaman kecemasan segera online ini. Pada kami, lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Jika tersepit kerana hutang perniagaan, boleh cuba pinjaman perniagaan MARA.

Semoga bermanfaat.

26 thoughts on “Pinjaman Kecemasan Segera Online 2022 (Tak Perlu Duit Bantuan Ahlong)”

  1. jika banyak keburukan kenapa kita tidak menghalang? atau ambil tindakan? bukankah mencegah lebih baik dari memperbaiki? sekadar pertanyaan dari rasa dicabar.

    Reply
  2. Saya menghadapi masalah membayar bayaran sewa rumah saya yang tertunggak mencecah 4 bulan Dan menghampiri zon kecemasan. Saya telah mengakhiri kontrak kerja saya bersama MRT Dan tiada pekerjaan sekarang. Tolong I saya bapa kepada 5 orang anak.

    Reply
  3. Saya sangat2 perlukan 1500 sekarang jga…harap2 ada yg dapat bantu..jika tidak gambar dengan ic saya akan d viral kan??????saya akan buat bayaran kembali 7/12…harap2 ada yg dapat membantu

    Reply
  4. Saya memerlukan 5 k nak settlekan hutang yg bayar minggu2,saya nak pinjam&bayar bulan,sign agreement pun takpe,tolonglah saya🙏🙏🙏😭(0173027847)

    Reply
  5. Ya Allah, sy tersekat dgn ahlong rm9k.. mohon kalau ada yg bole bantu sy , sy sanggup bayar bulan2 atau mingguan🙏🏽, yg penting bkn ngn ahlong lg.. sy nak nikah rumah smua tak bayar sbb kena bunga ahlong. Allahu, bantu saya (01123616860)
    Sesungguhnya Allah Maha mengetahui

    Reply

Leave a Comment