Pinjaman Along Guna IC Orang Lain, Boleh Ke


Bila terdesak, kadang-kadang, ramai orang tak boleh berfikir secara waras. Asalkan dapat apa yang dihajati, perkara halal haram tolak tepi. Inilah yang menyebabkan sehingga ada yang bertanya, bolehkah buat pinjaman along guna IC orang lain? Nampak macam menarik kalau boleh bukan?

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman along guna IC orang lain itu wujud ke?

Kami tidak mahu jawab samada ia dibolehkan atau tidak. Namun, secara logik akal, takkanlah seseorang itu sanggup menjadi guarantor dan meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya dan berisiko kerana meminjamkan Kad Pengenalan untuk membuat pinjaman wang?

Bukankah itu satu perkara yang tidak masuk akal?

Katakanlah pinjaman along menggunakan IC orang lain itu dibolehkan dan memang ada syarikat peminjam wang yang sanggup memberikan pinjaman, bukankan itu juga satu bahaya yang perlu dielakkan sama sekali?

Tepuk dada, tanya iman samada mahu meneruskan atau tidak.

 

Kenapa perlu menipu dalam buat pinjaman dengan along guna IC orang lain?

Terlalu banyak berita yang kita lihat di TV dan media massa lain berkenaan risiko meminjam dengan along. Apatah lagi jika meminjam guna IC orang lain. Silap haribulan, tuan punya IC yang menjadi mangsa pula.

Jika anda meminjam RM300, RM500 mahupun RM1000, silap-silap bayar interest sahaja sudah mencecah separuh daripada duit pinjaman tersebut. Ini semua bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan.

Lebih dari itu, hidup anda dan keluarga tuan punya IC juga terancam kerana pemberi pinjam akan menggunakan ugutan dan keganasan terhadap anda dan keluarga.

Terdapat banyak kes di mana penghutang menerima panggilan ugutan, kereta dan rumah disimbah cat dan banyak lagi teknik ugutan.

 

Jadi, kalau bukan along, macam mana nak meminjam duit?

Untuk makluman, ada banyak syarikat pinjaman wang berlesen adalah syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

Di bawah Bahagian Kawalan Kredit Komuniti bagi kementerian ini, terdapat akta yang mentakrifkan lingkungan kegiatan operasi syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen, untuk membezakannya daripada along.

Syarikat-syarikat ini juga adalah berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan berdasarkan Akta tersebut.

 

Buat semakan dulu sebelum meminjam duit

Apabila nama pun disebut sebagai pemberi wang berlesen, sudah semestinya syarikat-syarikat ini mempunyai lesen untuk beroperasi. Sebagai pengguna, anda boleh mengenal pasti sama ada syarikat itu pemberi wang yang berlesen atau tidak.

Anda boleh melakukannya dengan melayari laman web rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selain itu, anda juga boleh memeriksa lesen yang dimiliki oleh syarikat tersebut. Butir-butir lengkap yang harus terpapar pada lesen syarikat itu adalah seperti berikut:

  1. Nama individu, syarikat atau firma PEMBERI PINJAM WANG
  2. Alamat berdaftar pemohon lesen
  3. Alamat operasi perniagaan Pemberi Pinjam Wang yang diluluskan
  4. Syarat-syarat yang dikenakan oleh Pendaftar
  5. Nombor lesen
  6. Tarikh sah mula lesen
  7. Tarikh sah tamat tempoh lesen
  8. Tandatangan Pendaftar/ Timbalan Pendaftar yang meluluskan pengeluaran lesen tersebut

Sekiranya butiran-butiran ini tidak terpapar pada lesen syarikat tersebut, maka syarikat tersebut adalah tidak berlesen dan akan memberi risiko kepada anda sebagai peminjam.

Ini adalah satu kelebihan kepada syarikat-syarikat ini berbanding syarikat pinjaman duit segera yang tidak berlesen seperti along. Anda sebagai pengguna tidak akan mudah tertipu kerana lesen ini yang mewujudkan perbezaan antara syarikat pemberi wang berlesen dan along.

 

Akhir kata

Jangan sesekali buat pinjaman along guna IC orang lain kerana ia sangat-sangat berisiko.

Jika masih ada keluarga, tebalkan muka dengan buat pinjaman dengan mak, ayah atau adik beradik terlebih dahulu. Elakkan daripada meminjam dengan pihak-pihak lain.

Kami doakan agar urusan anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment