Untuk sesiapa yang meminjam dengan Ah Long, usahalah cari cara selesaikan hutang Ah Long itu dengan segera. Jangan dibuat main bila berhutang dengan pihak macam ini. Bimbang tak aman lah hidup kau dibuatnya nanti.
Bila sebut sahaja pasal Ah Long ini, ramai orang tahu bahana apa yang akan menanti apabila dah terjerat dengan mereka. Tapi iyalah, kami tak salahkan juga orang yang dah terlibat dengan Ah Long ini sebab kadang-kadang ada orang yang tak jumpa pilihan lain untuk meminjam duit dan dah buntu atau terdesak sangat.
Akhirnya terpaksa berhutang dengan Ah Long.
Jadi, andai kata sekarang ini kau dah tersepit akibat berhutang dengan Ah Long. Macam mana kau nak selesaikan masalah ini? Kalau kau teringin nak tahu, mari baca di sini.
Jemput baca perkongsian kami.
Cara selesaikan hutang Ah Long
Walaupun mungkin cara ini tak seberapa. Tapi harap dapatlah bantu hidup kau yang dah macam telur di hujung tanduk itu.
Dapatkan bantuan daripada pihak berkaitan
Kau tahu tak, sebenarnya ada persatuan dan badan berkaitan yang boleh bantu mangsa-mangsa yang terjerat dengan Ah Long. Biasanya mereka ini adalah pihak yang bukan kerajaan ataupun kita panggil Non Government Organization (NGO).
So, boleh dikatakan mereka ini adalah pilihan pertama yang kau perlukan kalau kau dah tak boleh handle atau dah tak jumpa cara selesaikan hutang Ah Long. Antara persatuan atau badan berkaitan yang boleh kau minta bantuan adalah seperti:
- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Persatuan Penyelesaian Pengguna Dan Peminjam Malaysia (PPPPM)
- Malaysian Chinese Association (MCA)
Untuk berurusan dengan pihak mereka, kau boleh layari laman web melalui link yang dah kami nyatakan di atas tadi. Semoga urusan kau dipermudahkan dengan adanya bantuan daripada pihak-pihak berkaitan ini.
Sebenarnya, kalau nak diikutkan ada banyak lagi persatuan yang boleh bantu. Tapi kami tak dapat nak selitkan semua atas sebab adanya persatuan yang dah tak aktif. Andai kata kau tahu mana-mana lagi persatuan yang boleh uruskan hal ini, jangan lupa kongsikan dengan kami.
Selesaikan hutang Ah Long mengikut tempoh yang dijanjikan
Adat berhutang mestilah kena bayar semula. Lebih-lebih lagi bila kau berhutang dengan Ah Long. Kami tahu memang Ah Long ini licik.
Mana taknya, kau rasa tak pernah miss lagi bayar setiap kali dia minta. Tapi sampai ke sudah tak habis-habis lagi bayar hutangnya. Ada orang yang dari muda sampai ke tua tak habis lagi bayar hutang Ah long.
Ini semua sebab mereka kenakan kadar bunga atau interest yang berlipat kali ganda dari apa yang sepatutnya. Itu pun agaknya belum masuk dengan caj-caj tersembunyi yang mereka kenakan.
Walau bagaimanapun, berbalik semula kepada adat kau berhutang. Nak tak nak, kau kenalah bayar balik. Yang paling penting jangan pernah skip langsung dan jangan pula lari dari bayar hutang. At least, kalau kau bayar on time dan tak pernah mengelak untuk bayar hutang, susah lah sikit Ah Long itu nak ambil kesempatan dekat kau.
Selain itu, kau jangan lupa untuk rekod, simpan atau catat segala perjanjian hutang kau dengan Ah Long itu. Setiap kali kau dah bayar balik pun kau catat. Andai kata kau kena game, bahan-bahan yang kau simpan itulah boleh jadi bukti untuk bantu kau kalau nak fight kes kau nanti.
Kalau tak boleh settle sendiri, minta pandangan orang lain tentang cara selesaikan hutang Ah Long
Ada sesetengah masalah yang kau tak akan boleh settle sendiri. Contohnya macam hal yang melibatkan Ah Long ini. Kalau dah sampai hidup kau pun tak selamat atau kaum keluarga kau pula yang diugut dan sebagainya, kau kena minta tolong dan pandangan orang lain.
Pandangan apa? Pandangan tentang apa lagi cara yang boleh bantu untuk kau selesaikan hutang Ah Long ini. Kadang-kadang jalan penyelesaian ini kau tak akan nampak bila dah terlalu buntu. Tapi dengan adanya pandangan, cadangan dan sokongan daripada orang lain, mungkin kau akan tahu apa yang patut kau buat.
Apa lagi boleh dibuat kalau dah tak jumpa cara selesaikan hutang Ah Long?
Andai kata kau dah terperangkap dan tak dapat fikirkan cara selesaikan hutang Ah Long dengan rasional. Kau buatlah solat hajat, solat istikharah dan doa banyak-banyak supaya Allah berikan kau petunjuk.
Moga-moga dengan segala usaha dan doa yang kau panjatkan itu, Allah bantu dan tunjukkan kau jalan keluar daripada masalah ini. Jangan pula kau buat yang bukan-bukan.
Ingat! Setiap masalah ada jalan keluar.
Akhir kata
Kesimpulannya, nak meminjam itu tak salah. Tapi janganlah ambil langkah mudah macam berhutang dengan Ah long ini. Kalau rasa terdesak sekalipun cubalah buat pinjaman kecemasan segera online ke, pinjam dari kawan ke dan di mana-mana sahaja asal bukan Ah Long.
Pinjam dengan mereka ini risikonya sangat besar, apatah lagi kalau buat pinjaman Ah Long guna ic orang lain. Memang semakin bertambah besar lah masalahnya. Silap-silap nyawa jadi taruhan nanti.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mereka yang dalam kesusahan akibat terjerat dengan hutang Ah Long.
Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum tuan..sy Ada mslh pinjaman tuan..Baru2 ni sy Ada buat permohonan dgn satu syarikat pinjaman yg dikenali sebagai L&P enterprise..sy dah Mohon pinjaman sebanyak rm5000..sy telah menyerahkan kad bank sy kepada mereka atas tujuan utk company buat auto debit Di account bank sy…perjanjian yg mereka berikan dlm masa 2hari akn pulangkan kad bank sy..detail kad bank sy semua sy bagi mereka..sehingga sekarang sy Masih Lagi tak dpt kad bank sy..pinjaman sy belum dpt Dan sign agreement apa pun..mslhnya sekarang cuma mereka dah dpt detail kad bank Dan username serta semua online detail sy…masuk Hari ni dh jadi Hari keempat tuan kad bank sy dgn mereka..tapi sy tiada dpt pinjaman atau sign agreement apa2 lagi…tuan boleh Bantu sy?sy buntu tuan…
Maaf sy nk bertanya.. kad dah dpt ke.. sy pun kna cmni
Salam sy pun kene macam nie…😔😔
Yang ni kes Scammer ni
Asalamulaikum , saya ada pinjam duit dekat money lender yang berlesen .sekarang ni saya tak dapat teruskan settle hutang saya pada mereka ..sebenarnya bukan saya yang berhutang disebabkan tolong kawan ,saya sanggup berhutang
Saya dah cuba masuk link yang encik Taufiq bagi…x boleh pun…
Assalamualaikum saya ada masalah dengan pinjaman peribadi dekat dua orang tapi saya tak ada modal untuk selesai kan utang mereka sebab masa yg mereka bagi hanya 3 hari sahaja dan kini bunga telah bertambah banyak hingga mencecah 3000 macam mana saya nak bagi Setel semua ini
Tlg sya selesaikn mslh hutang ahlong
Assalamualaikum..saya ada masaalah dgn along dimana Punca sebenarnya apabila ex-suami tidak memberi nafkah anak sy tiada pilihan saya terpaksa pinjam along,pada mulanya semua ok saya bole rolling tp nasib tk menyebelahi saya dimana saya tertipu dgn pinjam berlesen online yg menawarkan pinjaman yg mudah TETAPI perlu membayar jumlah yg ditetapkan tujuan saya adalah utk menyelesaikan hutang along…sejak itu saya tidak dpt utk rolling lg dn saya skrg tidak rasa aman lagi…saya ada berjumpa pihak PPIM tapi tetap tidak dpt mmembantu saya, pihak PPIM akan berunding dgn along sekiranya kita ada sejumlah Wang diberikan pada pihak PPIM utk PPIM tlg membayar pada along dan berunding bg pihak Kita.Saya betul betul buntu dimana saya bole dpt bantuan.
Dyana jaafar 23 September 2022jam 1.25 pm
Saya ada masalah Hutang ahlong dan saya sudah Bankrup dan tak dapat nak selesai kan semua Hutang tu. Tolong Saya dan bantu Saya. Bagaimana Cara Utk selesai semua ni. Saya sudah buntu dan dah Tak ada jln keluar dari bunuh diri. Ahlong Hari Hari mengangggu saya. Tolong Saya.
Siapa kah yang dapat bantu Kita semua.. (kepada peminjam peminjam ah long) saya sudah buntu memikirkan semua ni. Ahlong Hari Hari mengangggu. Saya Tiada jln keluar lagi selain…..
Tuan..tolong saya tuan..saya terpaksa pinjam ahlong sebab kena santau..skrg saya di ugut..sbb tak dapat bayar..tolong saya tuan
Saya ada hutang ahlong sebanyak 5 ribu dan saya diminta untuk buat pembayaran secara bankin dekat ekaun mereka dan saya dah bayar sebanyak 880 masih kurang 900 dan diaorang perashugut saya jikalau saya tak buat bayaran saya akan di pukul oleh budak budak mereka
Insya Allah. Boleh buat report polis dulu.
Tuan.. sy turut mengalami masalah gangguan ahlong…pinjaman YG diberikan sedikit tetapi jumlah YG diminta terlalu tinggi…sy buntu sgt Dan xtahu NK buat apa LG..sy risau keselamatan ank3 Dan keluarga..mak sy xbrpe sihat..sy juga takut NK kemana²..bantulah sy tuan..
Boleh cuba jumpa Datuk Micheal Chong di Wisma MCA 7 Floor Jalan Ampang
Salam siapa yang blh tolong settle kes pijman ceti ahlong ye…Sya perlu bantuan dgn segera ni…Sya xdpt nk byr ni…ade tak yg sudi BG pijman rm5000 segera ye..ni Number wasap Sya 01128932120
Wa’alaikumussalam. Boleh jumpa Datuk Micheal Chong Wisma MCA
Ada no tel utk menghubungi datuk michel chong
Hello saya Baru sahaja di call dari Pihak along Dan saya gagal bayar jumlah yang saya pinjam dulu..sekarang ni hutang sudah dinaikan ke 39ribu saya rasa buntu Dan kesian tengok anak bini sekarang ni macam mana cara Saya nak Elak semua ni bagaikan telur di hujung tanduk
Saya ALEX LUCAS ANAK LENGGENG @ Muhammad saufiq bin Lenggeng
Saya buntu dengan masalah keuwangan….,agak mengurang dari bulan lepas…,jadi saya tersilap langkah dengan meminjam wang dari ah long melalui online…,dengan sebanyak Rm300 bayar balik dalam 7 hari dengan pejanjian sekiranya lambat sehari akan ada bunga Rm90….,kini belom sampai 10 hari….,sms tiba mengatakan pinjaman saya meningkat Rm3,500…., Saya amat memerlukan pertolongan
Saya pun tersilap langkah sama seperti awak
Salam tuan…saya perlukan bantuan..saya terjerat pinjaman ah long..saya buntu tuan,rasa macam baik mati jer…
Semoga yang meminjam Ahlong diberi kecekalan hati yang kuat dalam menjalani ujian hidup. Ini lah Malaysia, masih belum merdeka dengan Ahlong. Lemmah.
Come to worst, buat lah laporan polis di balai yang besar seperti Bukit Aman untuk backup diri.
Update dan viralkan diri untuk selamat sebab zaman sekarang ni hanya Viral saja Kerajaan Malaysia akan lakukan sesuatu.
Minta bantuan Pihak TV3 di Bandar Utama,PJ. Demi bantuan diri, keluarga, anak anak. Tebalkan sajalah muka untuk meneruskan hidup.
Semoga kalian semua terselamat. Amin