Semakan i-Sinar 2021 (Check Status Kelulusan iSinar KWSP)


Kalau anda telah membuat permohonan iSinar, tentu mahu tahu bila boleh dapat duit bukan? Namun, sebelum itu, izinkan kami berkongsi cara untuk buat semakan i-Sinar terlebih dahulu.

Kenapa perlu buat semakan di isinar.kwsp.gov.my? Ini kerana anda perlu sahkan bahawa permohonan anda sudah mendapat kelulusan atau belum. Jika tidak lulus, anda tidak akan dapat terima duit tersebut.

Semakan i-Sinar 2021

Berikut ialah cara untuk buat semakan i-Sinar melalui portal i-Sinar. Tidak kisah anda Kategori 1 atau Kategori 2, panduan di bawah ini sama sahaja.

  1. Layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Pergi ke bahagian bawah sekali
  3. Lihat butang SEMAK STATUS
  4. Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar

Tahniah jika lulus. Anda anda buat semakan i-Sinar dan mendapat status tidak berjaya, jangan bersedih. Boleh hubungi KWSP untuk maklumat lanjut.

 

Semakan pembayaran iSinar

Anda perlu tahu, kelulusan itu satu hal. Manakala, pembayaran pula adalah satu hal yang lain.

Jika anda lulus permohonan iSinar, anda boleh jangkakan pembayaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan mengikut kategori; samada Kategori 1 atau Kategori 2.

Jika anda tidak lulus permohonan iSinar, kami tidak pasti pula prosedurnya. Kami harap, KWSP akan membuka rayuan bagi mana-mana pemohohon yang mendapat status tidak lulus.

 

Boleh kemaskini selepas buat semakan i-Sinar?

Jika anda salah seorang yang tersilap masukkan jumlah amaun pengeluaran semasa permohonan tempohari, tidak ada cara untuk kemaskini semula.

KWSP telah memaklumkan bahawa anda perlu berhati-hati semasa membuat permohonan. Sila baca cara kemaskini i-Sinar untuk penerangan lebih lanjut.

 

Maklumat lanjut berkenaan iSinar

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai semakan i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kata

Bagi yang masih lagi baca cara mohon i-Sinar, tidak perlu tergesa-gesa untuk apply i-Sinar. Tak perlu ikut orang lain. Ini kerana permohonan adalah dibenarkan selama 6 bulan. Jadi, buat apa terburu-buru?

Sebelum buat semakan i-Sinar, kami nasihatkan agar anda rancanglah perbelanjaan duit KWSP anda. Didoakan agar semua urusan pengeluaran iSinar berjalan lancar.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Semakan i-Sinar 2021 (Check Status Kelulusan iSinar KWSP)”

Leave a Comment