Maklumat penting: i-Citra dan i-Sinar adalah kemudahan pengeluaran khas KWSP era COVID-19 (2020–2021) yang telah ditamatkan. KWSP tidak lagi membenarkan pengeluaran khas seumpama ini. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah. Lihat panduan KWSP terkini untuk pilihan pengeluaran yang sah pada masa ini.
Cara kemaskini i-Sinar KWSP
Izinkan kami berkongsi beberapa cara untuk mengemaskini i-Sinar yang terpakai untuk Kategori 1 dan juga Kategori 2.#1 Boleh kemaskini i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my ?
Untuk makluman, sebenarnya buat masa ini tidak ada cara untuk mengemaskini dan tukar amaun iSinar menggunakan portal rasmi i-Sinar secara direct. Jika anda layari portal iSinar, dan login i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my; anda akan dapat lihat bahawa anda hanya boleh buat permohonan atau semakan i-Sinar sahaja. Tidak ada butang untuk kemaskini. Jadi, nak buat macam mana? Sila ikut cara lain seperti di bawah menggunakan borang pindaan dan juga portal i-Akaun.#2 Cara kemaskini i-Sinar guna borang pindaan KWSP
Kami singgah ke salah satu cawangan KWSP untuk bertanyakan tentang hal kemaskini i-Sinar. Mereka memberikan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar. Menurut pegawai yang bertugas, pemohon dinasihatkan untuk mengisi borang ini dan serahkan semula kepada cawangan. Pihak cawangan akan menghantar borang yang sudah siap diisi ke ibu pejabat KWSP. Untuk menjimatkan masa dan tidak perlu ke cawangan, kami akan memudahkan lagi urusan anda dengan menyediakan borang untuk dimuat turun. Berikut panduan untuk kemaskini guna borang pindaan ini:- Download dan print Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar dalam format PDF di sini.
- Tandakan X pada salah satu bahagian sahaja:
- Salah pilih amaun keseluruhan / Bayaran pertama
- Perbezaan jumlah Akaun 1 disebabkan Pemulihan IPD (Institusi Pengurusan Dana). Ini ialah wang yang kita redeem daripada Syarikat Amanah, samada Public Mutual, CWA, Kenangan atau sebagainya.
- Jadi, jika tersalah amaun, pilih yang sebelah kiri sahaja
- Masukkan maklumat berikut:
- Nama Penuh
- No Telefon Bimbit
- No MyKad / MyPR
- E-mel
- No Ahli
- Ambil nombor giliran dan bawa borang ke kaunter KWSP
- Turunkan cap ibu jari kanan atau kiri
- Permohonan kemaskini sudah selesai.
#3 Update i-Sinar guna i-Akaun KWSP
Anda harus rasa lega kerana ada satu lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menukar amaun yang tersilap masukkan sebelum ini menggunakan i-Akaun KWSP. Untuk kemaskini, pastikan anda sudah daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Berikut ialah panduan ringkas:- Layari laman i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Tekan butang Log Masuk sebagai ahli
- Tukar ke Bahasa Melayu jika perlu
- Masukkan ID PENGGUNA
- Perlu diingatkan ID PENGGUNA ialah ID yang anda pilih semasa pendaftaran, dan tidak semestinya nombor ahli KWSP
- Masukkan KATA LALUAN
- Tekan butang Log Masuk
- Tekan menu ENQUIRY di bahagian atas
- Ada beberapa pilihan jenis maklum balas seperti:
- Aduan
- Cadangan
- Pertanyaan
- Pujian
- Whistleblowing & Laporan Fraud
- i-Sinar
- Pilih i-Sinar
- Tekan butang Seterusnya
- Di bahagian keterangan maklum balas:
- Jenis Pertanyaan, pilih Produk KWSP
- Bidang, pilih i-Sinar
- Negeri Lokasi Insiden, pilih negeri yang anda tinggal sekarang
- Cawangan / Jabatan, pilih cawangan yang berdekatan dengan rumah anda
- Keterangan, masukkan sebab-sebab tertentu untuk kemaskini i-Sinar dan alasan kena ingin tukar amaun pengeluaran iSinar
- Masukkan maklumat peribadi dan maklumat perhubungan untuk meneruskan proses dan cara kemaskini i-Sinar:
- Gelaran
- Nama
- No. Pengenalan Diri
- No Tel Rumah
- No Tel Pejabat
- No Tel Bimbit
- Emel
- Di bahagian pilihan maklum balas, anda boleh pilih samada:
- Emel
- Panggilan telefon
- Anda kini berada di bahagian Previu
- Sila semak semua maklumat sebelum tekan butang Hantar
- Jika semuanya betul, tekan butang Hantar
- Sila screenshot, simpan atau cetak slip ini untuk rujukan
- Jika anda pilih maklumbalas melalui email, pastikan sentiasa check email dari KWSP. Jika anda pilih panggilan telefon pula, pastikan angkat nombor dari pejabat atau cawangan KWSP.
Kalau tak ada cara mengemaskini iSinar, boleh batalkan?
Jawapannya tetap sama. Anda tidak boleh batalkan permohonan iSinar yang telah dibuat. Sehingga kini, belum ada sebarang pindaan atau pembatalan yang dibenarkan oleh pihak KWSP. Pihak KWSP juga telah mengeluarkan kenyataan, anda perlu berhati-hati semasa memilih amaun pembayaran. Kenapa perlu berhati-hati? Ini kerana apa-apa pertukaran amaun hanya boleh dibuat sebelum permohonan iSinar dihantar. Sekiranya anda telah menghantar borang permohonan tersebut, ptertukaran amaun tidak dibenarkan. Jadi, memang tidak ada cara kemaskini i-Sinar. Jenis-jenis kesilapan dan kesalahan yang biasa Kami senaraikan beberapa kecuaian yang biasa berlaku semasa kemaskini i-Sinar. Antaranya ialah:- Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
- Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
- Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
- Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
- Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersalah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
- Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
- Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar
- 03-8922 4848
- Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
- Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.