i-Sinar Login (Log Masuk Portal KWSP di isinar.kwsp.gov.my)


Kalau nak buat pengeluaran duit EPF Akaun 1 yang telah dibenarkan oleh kerajaan melalui inisiatif terbaru iaitu iSinar, anda perlu tahu link  i-Sinar login untuk daftar i-Sinar dan seterusnya mohon i-Sinar KWSP melalui isinar.kwsp.gov.my

Langkau artikel ini untuk mendapatkan cara tukar amaun i Sinar.

[su_note]

Nota:

[/su_note]

Mohon dulu, baru buat semakan

Selain itu, anda juga boleh Log Masuk i-Sinar portal untuk buat semakan selepas buat permohonan.

Sangat penting jika anda mahu tahu i-Sinar bila masuk dalam akaun bank. Ini kerana tarikh bayaran i-Sinar mungkin berbeza untuk setiap pemohon.

Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login i-Sinar.

 

Syarat i-Sinar dimansuhkan?

Kementerian Kewangan dikatakan akan membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. Namun, masih lagi dalam perbincangan dengan pihak KWSP.

Kami akan kemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terbaru.

Cara login i-Sinar portal (direct link)

Sila ikuti langkah-langkah yang ringkas iSinar login seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    • PERMOHONAN
    • PANDUAN PENGGUNA
    • SEMAK STATUS
  3. Jika anda masih lagi belum daftar iSinar dan seterusnya mohon iSinar, sila isikan bahagian PERMOHONAN
  4. Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
  5. Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Sinar, boleh terus klik SEMAK STATUS untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
  6. Anda dibenarkan login i-Sinar untuk buat semakan status bermula 4 Januari 2021

 

Maklumat tambahan mengenai i-Sinar

  • Sebelum dibenarkan membuat pengeluaran i-Sinar, anda pelru menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum i-Lestari terlebih dahulu.
  • Jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), anda akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Jika anda mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), anda akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara login i-Sinar ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran, permohonan dan pengeluaran duit EPF.

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon i-Sinar ini. Simpan duit elok-elok dan jangan membazir. Kalau perlu, kurangkan perbelanjaan dalam musim pandemik Covid-19 ini.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Bagi yang terlupa nombor KWSP, jemput baca cara check KWSP guna no IC. Untuk lebih mudah, gunakan i-Akaun sahaja kerana anda juga boleh check penyata KWSP terkini secara online.

Terakhir, jika layak, anda juga boleh baca panduan BPR login yang baru dalam #bajet2021. Anda juga boleh dapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat seperti cara daftar BPR dan cara mohon BPR.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, jangan lupa baca cara check status i-Sinar. Sila juga baca cara kemaskini i-Sinar jika perlu. Untuk memastikan duit masuk ke dalam akaun, sila buat semakan bayaran i-Sinar.

Semoga bermanfaat.

30 thoughts on “i-Sinar Login (Log Masuk Portal KWSP di isinar.kwsp.gov.my)”

  1. Bagaimana jikalau Kita sudah membuat pendaftaran I sinar tapi ingin membuat pembatalan,
    Ini kerana amount Yang dipilih terlalu kecil Dari had maximum

    Reply
  2. Sy ada buat pengeluaran isinar. Sy cek telah lulus wang masuk sblum 14 Jen. Sy cek dlm akaun belum msuk lg yg sama tarikh semua dh msuk

    Reply
  3. Asmkm..bgaimana cara nk wt kluar kwsp yg 10.000 tu ea..dah wt dah tpi x blh..sbb srh daftar nmbr fon kt pjbt kwsp..dah musim pkp ni

    Reply
  4. Pembayaran i sinar untuk bulan julai(pindaan).Belum dikreditkan kedalam akaun.Boleh pihak Tuan/Puan berikan penjelasan.
    Sebab kalau nak telepon,susah sangat.Langsung tak dijawab.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment