i-Sinar Bila Masuk? (Tarikh Bayaran Terakhir 26 Ogos 2021)


Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu duit i-Sinar teriakhir bila akan masuk akaun bank? Jangan bimbang, duit tetap masuk. Hanya perlu login i-Sinar dan semak tarikh bayaran i-Sinar dahulu. Pastikan anda buat semakan bayaran i-Sinar untuk semak duit masuk.

[su_note]

Kemaskini:

  • Bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos 2021 akan diawalkan kepada 26 & 27 Julai 2021
  • Sila dapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun
  • Hubungi 03-8922 4848 jika ada pertanyaan lanjut
  • Untuk i-Citra pula, sila rujuk artikel i-Citra Bila Masuk

[/su_note]

1. Pengumuman pembayaran i-Sinar Ogos 2021 yang diawalkan oleh KWSP

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Facebook KWSP

 

2. Duit i-Sinar bila masuk dalam akaun?

Menurut sumber Berita Harian, pembayaran bulan pertama iSinar berjumlah RM10.07 bilion.

Kategori 1

Kategori 1: 11 Januari 2021

Pembayaran iSinar untuk Kategori 1 ini akan dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari 2021. Dikatakan bahawa tarikh sebenar ialah 11 Januari 2021. Namun, ramai yang berkongsi bahawa duit iSinar sudah masuk dalam akaun.

 

Kategori 2

Kategori 2: Pertengahan Februari 2021

Pembayaran iSinar untuk Kategori 2 pula belum dimuktamadkan lagi. Namun, mengikut sumber KWSP, tarikh bayaran dijangka pada pertengahan Februari 2021.

Bagi mana-mana permohonan yang masih belum diluluskan, anda sebenarnya berada di dalam kriteria Kategori 2. Anda perlu buat permohonan semula apabila dibuka secara rasmi untuk Kategori 2 pada 11 Januari 2021.

Jangan terlalu taksub tentang bila duit i-Sinar masuk. Mohon dahulu. Itu lebih penting.

 

3. Duit iSinar masuk bank mana?

Sila ambil perhatian bahawa KWSP tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran iSinar. Duit anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih semasa buat permohonan pengeluaran tempohari.

Berikut ialah senarai bank-bank yang tersenarai:

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank
  • Al Rajhi Bank (M) Berhad
  • Alliance Bank
  • Ambank (M) Berhad
  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam (M) Berhad
  • BSN
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • EON Bank Berhad
  • HSBC Bank (M) Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC Bank (M) Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank BHd
  • Standar Chartered
  • UOB (M) Bhd

Jangan simpan maklumat tentang bila i-Sinar masuk seorang diri. Jika duit i-Sinar anda sudah masuk ke dalam akaun, mohon kongsikan di ruangan komen.

 

4. Berapa jumlah duit i-Sinar yang akan masuk?

Ini bukan macam BPR atau BPN2.0 di mana jumlah yang akan diterima adalah yang ditetapkan kerajaan.

Bagi iSinar KWSP, ia adalah mengikut syarat dan kelayan yang telah ditetapkan. Anda akan terima duit mengikut berapa amaun yang anda pilih sendiri. Jika tersilap masukkan amaun, sila buat kemaskini i-Sinar secepat mungkin. Jika belum mohon, sila mohon i-Sinar cepat-cepat, sebelum terlambat.

 

a) Kategori baki > RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, anda boleh buat pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
  • Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan
  • Jadi anda akan terima RM10,000 dahulu dan bulan seterusnya ialah RM10,000 setiap bulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM100,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 sahaja melalui iSinar KWSP. Kenapa cuma RM10,000? Ini kerana jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan cuma RM10,000 sahaja.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM50,000. Ini kerana 10% dari RM500,00 ialah RM50,000. Itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM800,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM60,000 juga. Tapi, 10% dari RM800,000 kan RM80,00? Kenapa tak boleh keluarkan sebanyak itu? Seperti dimaklumkan, ini kerana RM60,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

b) Kategori baki < RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000 sahaja.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
  • Jadi, anda anda menerima bayaran pertama sebanyak RM4,000 dan seterusnya RM1,000 setiap bulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM4,500 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM4,400 sahaja melalui iSinar KWSP. Ini kerana baki minimum dalam akaun yang perlu ditinggalkan ialah RM100.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM9,000 sahaja. Ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM80,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM9,000 juga. Seperti dimaklumkan, ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

Maklumat lanjut berkenaan iSinar

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai, permohonan, kemaskini, semakan, tarikh bayaran i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kata

Tahniah pada yang sudah terima duit pembayaran iSinar. Bagi yang masih menunggu bila i-Sinar masuk, bersabarlah. Pastikan anda sudah buat semakan i-Sinar. Bimbang tunggu lama-lama, rupanya tidak mendapat kelulusan.

Teruskan check status i-Sinar melalui portal i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran i-Sinar ini dapat melegakan hati anda. Bila sudah dapat duit nanti, jangan berbelanja sesuka hati. Simpan untuk masa depan.

Semoga bermanfaat.

56 thoughts on “i-Sinar Bila Masuk? (Tarikh Bayaran Terakhir 26 Ogos 2021)”

  1. sama jugak dgn saya….dalam rekod akaun-i sepatutnye pengkreditan ke akaun terus hari ini (12.1.2020) untuk payment pertama. tapi duit masih tak de lagi dalam bank. (MAYBANK). hmmmmmmmmm….

    Reply
  2. Pembayaran isinar melalui Arahan Bayaran (PO) mcm mna tu?Perlu ka dtg kwsp atau tunggu arahan dari bank tertentu untuk buat pembayaran?

    Reply
  3. I sinar bayaran ke 3 bila masuk ke bank tarikh bayaran bulan mac di percepatkan pada 22/2/2021 tapi Maseh belum masuk lagi bila dapat duit

    Reply
  4. Saya bayaran I sinar kwsp tiga kali dah terima, bulan March ni belum masuk account bank BSN saya. Bilakah boleh terima duit itu

    Reply
  5. Bulan 3 punya rm1000 kenape sampai skrg tak masuk lagi hong leong bank punya ,12 hari bulan sampai skrg tak masuk lagi ape masalah ini

    Reply
  6. Saya dah terima i-sinar pertama pada 5hb march. Jadi bayaran ke-2 sepatutnya 5hb April kn. Tp akaun saya masih kosong. Belum ada kemasukan.

    Reply
  7. sya punya pembayaran pertama dah masuk 5march..so sepatutnya pembayaran ke 2 5april kan??? kenapa xmasuk² lg….hari nie dah 7april..bila nk masuk nie? Kata akn ikut tarikh bulan yg sama…Mana?????

    Reply
  8. Kenapa bank cimb blm lagi masuk ya,cakap 6/6 masuk tapi sampai sekarang blm,pls la jgn buat rakyat ssh ,ini bkn main main

    Reply
  9. pembayaran I sinar sya last untuk bulan ogos ni belum pun Di kreditkan tpi kwsp ckp untuk pembayaran bulan ogos diawalkan pada bln July 27/28 ,tpi sekarang sdh 3 ogos tpi x msh lgi…tolong bagi kerjasama ya kpda pihak trtntu..

    Reply

Leave a Comment