Semakan Bayaran i-Sinar 2021 (Tarikh Duit Masuk Mei 2021)


Bagi anda yang tak sabar nak buat semakan bayaran i-Sinar sebab mahu guna duit untuk sambutan Hari Raya 2021, kami akan kongsikan cara untuk anda check pembayaran sudah masuk atau belum.

Izinkan kami berkongsi.

[su_note]

Nota:

  • Pengeluaran baru duit KWSP diperkenalkan dan dinamakan i-Citra
  • Boleh baca cara mohon i-Citra untuk maklumat lanjut

[/su_note]

1. Semakan bayaran i-Sinar 2021 (melalui kwsp.gov.my)

Sekiranya anda telah daftar KWSP online, anda boleh check iSinar melalui i-Akaun. Ini adalah untuk membolehkan anda menyemak tarikh bayaran i-Sinar, iaitu anggaran bila duit akan masuk ke dalam akaun bank.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan iSinar menggunakan desktop computer:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pilih bahasa, iaitu BM untuk Bahasa Melayu dan EN untuk Bahasa Inggeris
  3. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  4. Tekan butang Next
  5. Masukkan PASSWORD
  6. Tekan butang Login
  7. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  8. Pergi ke bahagian atas skrin yang mempunyai beberapa menu:
    • PROFILE
    • NOMINATION
    • SIMPANAN SHARIAH
    • MY ACCOUNT
    • ENQUIRY
    • INVESTMENT
    • WITHDRAWAL
    • INBOX
  9. Klik WITHDRAWAL
  10. Klik Withdrawal History di sebelah kiri skrin
  11. Semua sejarah pengeluaran duit KWSP anda akan terpapar di sini
  12. Anda akan dapat lihat maklumat berikut di bahagian Information:
    • No
    • Date Applied
    • Withdrawal Type
    • EPF Submission Office
    • Status
    • Date Approved
  13. Sila ambil perhatian pada kolum Status
  14. Jika status Pending, ini bermakna permohonan pengeluaran masih lagi belum diluluskan
  15. Jika status Approved, ini bermakna pengeluran sudah diluluskan
  16. Teruskan dengan pilih Withdrawal Type > i-Sinar
  17. Untuk melihat tarikh pembayaran i-Sinar seterusnya dan bayaran akhir, lihat maklumat berikut di bahagian Withdrawal Payment Information:
    • Name
    • Payment Mode
    • Monthly Recurring Payment Start Date
    • Monthly Recurring Payment End Date
    • Status
  18. Sila ambil perhatian pada Monthly Recurring Payment Start Date. Ini adalah tarikh bayaran i-Sinar bermula.
  19. Sila juga ambil perhatian pada Monthly Recurring Payment End Date. Ini adalah tarikh bayaran i-Sinar berakhir.
  20. Ini adalah contoh untuk mudah faham:
    • Monthly Recurring Payment Start Date: 05 Jan 2021
    • Monthly Recurring Payment End Date: 01 Jun 2021
  21. Ini bermakna, tarikh anda akan menerima bayaran i-Sinar seterusnya adalah pada:
    • 05 Jan 2021 (Bayaran pertama)
    • 05 Feb 2021
    • 05 Mac 2021
    • 05 April 2021
    • 05 Mei 2021
    • 01 Jun 2021 (Bayaran terakhir)
  22. Jadi, jika bayaran pertama anda ialah 08 Jan 2021, bayaran untuk bulan seterusnya ialah pada 08 Mei 2021
  23. Untuk melihat sejarah pengeluaran i-Sinar sebelum ini, lihat maklumat di bahagian Withdrawal Payment History:
    • Payee Name
    • Payment Mode
    • Date
    • Payment Amount (RM)
  24. Selesai

2. Semakan tarikh pembayaran iSinar selepas buat pindaan

Jika anda sudah mendapat kelulusan selepas membuat pindaan pada amaun i-Sinar, anda juga boleh semak tarikh bayaran.

Hanya perlu ikuti langkah-langkah yang sama seperti di atas. Anda cuma perlu ambil perhatian pada status Expired yang terpapar sebelum ini.

Pastikan status Expired tersebut bertukar kepada Active. Pastikan juga Monthly Recurring Payment End Date juga berubah.

3. Check duit bayaran i-Sinar masuk dalam akaun bank

Jangan menggelabah dan terus pergi ke ATM untuk cucuk duit. Adalah lebih baik jika anda buat semakan samada duit i-Sinar ini betul-betul sudah masuk ke dalam akaun.

4. Check baki duit KWSP (guna app i-Akaun)

Ya, memang lega jika dapat duit iSinar. Tapi, rasa kecewa juga sebab duit simpanan makin berkurang.

Memang lumrah, selepas keluarkan duit i-Sinar, kadang-kadang kita mahu check baki dalam akaun KWSP. Jadi, pastikan anda sudah download dan install aplikasi i-Akaun KWSP untuk iOS ataupun Android.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan baki iSinar menggunakan smartphone anda:

  1. Buka aplikasi i-Akaun dalam telefon bimbit anda
  2. Masukkan USER ID
    • Sila ambil perhatian, USER ID ialah username yang anda create masa register i-Akaun
    • USER ID bukan nombor ahli KWSP
  3. Masukkan PASSWORD
  4. Tekan butang Login
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan berjaya login ke dalam i-Akaun
  6. Scroll sedikit ke bawah
  7. Anda akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai
  8. Selesai

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan bayaran i-Sinar ini dapat memudahkan lagi urusan anda

Semoga bermanfaat.

11 thoughts on “Semakan Bayaran i-Sinar 2021 (Tarikh Duit Masuk Mei 2021)”

  1. Pemohonan..isinar diluluskan..janrm1000,febrm1000,,macrm1000,,aprilrm1000.namun Mei Jun… ghaib…apa status atau tergantung talak….

    Reply
  2. iya tarikh masuk i sinar bermula may i lestari lak berakhir dlm bulan yg sama may juge, (may 5 ribu) (jun 1ribu)( july 1 ribu)baru 7 ribu bermakna ada lagi berbaki 3 ribu kan ?i citra lak menyusul bulan ogos 6hb jd i sinar ogos sep okt berbaki 3 ribu apa cerita ?

    Reply
  3. Baki i sinar saya bila di masuk kan,Saya buat keluar 10k lph tu…bln2 msuk 1800 setia bln,sy pening,kalu nak kira2 ada lagi baki i sinar,

    Reply

Leave a Comment