i-Sinar Portal (Pautan iSinar di www.kwsp.gov.my, Kini Sudah Dibuka)


Bagi anda yang tak sabar untuk keluarkan duit iSinar., kami akan kongsikan pautan i-Sinar portal seperti di bawah untuk memudahkan lagi urusan pengeluaran. Selepas dapat i-Sinar login, anda boleh terus daftar i-Sinar dan seterusnya mohon i-Sinar KWSP tanpa memerlukan pihak ketiga.

Selain itu, anda juga boleh Log Masuk i-Sinar jika ingin tahu pembayaran i-Sinar bila dapat. Ini kerana tarikh bayaran i-Sinar adalah sama sahaja untuk setiap pemohon. Tidak ada beza. Cuma cepat atau lambat sahaja untuk masuk ke dalam akaun.

Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login i-Sinar portal.

Cara Log Masuk i-Sinar portal (melalui www.kwsp.gov.my)

Andai kata anda terus masuk ke laman web utama KWSP, berikut ialah panduan langkah demi langkah:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: www.kwsp.gov.my
  2. Anda kini berada di laman utama
  3. Tunggu slider di laman utama bergerak sehingga menunjukkan:
    • i-Sinar
      Kemudahan bersasar bagi membantu ahli KWSP yang terkesan dengan pandemik meneruskan kelangsungan hidup
  4. Tekan butang I-SINAR ONLINE
  5. Anda akan dibawa ke portal iSinar
  6. Teruskan proses untuk buat permohonan atau semakan i-Sinar

 

Pautan i-Sinar (direct link)

Dengan direct link, anda tak perlu ke laman web utama. Berikut langkah-langkah yang ringkas untuk login i-Sinar portal seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Jika sudah dibuka, akan ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    • PERMOHONAN
    • PANDUAN PENGGUNA
    • SEMAK STATUS
  3. Sila isi bahagian PERMOHONAN untuk membuat permohonan i-Sinar
  4. Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA untuk tutorial mengisi permohonan
  5. Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan, boleh terus klik SEMAK STATUS untuk melihat status kelulusan.
  6. Walau bagaimanapun, butang ini masih belum aktif. Semakan hanya boleh dibuat bermula 4 Januari 2021.

 

Maklumat tambahan mengenai i-Sinar

  • Sebelum dibenarkan membuat pengeluaran i-Sinar, anda pelru menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum i-Lestari terlebih dahulu.
  • Jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), anda akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Jika anda mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), anda akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

 

Maklumat lanjut berkenaan i-Sinar

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan kelayakan, pendaftaran, permohonan, kemaskini, semakan kelulusan, semakan pembayaran dan juga masalah-masalah lain, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan i-Sinar portal ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran, permohonan dan pengeluaran duit EPF.

Pastikan bersabar kerana permohonan hanya bermula seperti di bawah:

  1. Jika anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  2. Jika anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Bagi yang terlupa nombor KWSP, jemput baca cara check KWSP guna no IC.

Terakhir, jika layak, anda juga boleh baca panduan BPR login yang baru dalam #bajet2021. Anda juga boleh dapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat seperti cara daftar BPR dan cara mohon BPR.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “i-Sinar Portal (Pautan iSinar di www.kwsp.gov.my, Kini Sudah Dibuka)”

Leave a Comment