isinar.kwsp.gov.my (Login i-Sinar, Kemaskini & Semakan Status 2021)


Adakah anda sudah selesai daftar i-Sinar dan buat permohonan i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my? Jika sudah, Alhamdulillah. Dan jika sudah dapat duit, Alhamdulillah. Bagi tahun 2022, anda boleh mohon i-Ceria pula melalui iceria.kwsp.gov.my

Namun, jika belum, kami akan kongsikan bukan sahaja cara buat pendaftaran dan permohonan, kami akan share sekali cara kemaskini i-Sinar dan buat semakan status i-Sinar.

Syarat i-Sinar dimansuhkan?

Kini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. Langkau artikel ini untuk mendapatkan panduan untuk tukar amaun i Sinar.

#1 Login isinar.kwsp.gov.my

Sila ikuti panduan ringkas untuk login i-Sinar seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    • PERMOHONAN
    • PANDUAN PENGGUNA
    • SEMAK STATUS
  3. Jika anda masih lagi belum daftar i-Sinar dan seterusnya mohon i-Sinar, sila isikan bahagian PERMOHONAN
  4. Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
  5. Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Sinar, boleh terus klik SEMAK STATUS untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
  6. Walau bagaimanapun, pautan ini masih belum dibuka.
  7. Sila login i-Sinar untuk buat semakan status pada 4 Januari 2021 nanti.

#2 Kemaskini i-Sinar guna borang pindaan

Kami singgah ke salah satu cawangan KWSP untuk bertanyakan tentang hal kemaskini dan cara tukar amaun i-Sinar. Mereka memberikan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.

Untuk buat secara online, jemput baca panduan kemaskini i-Sinar secara online.

Menurut pegawai yang bertugas, pemohon dinasihatkan untuk mengisi borang ini dan serahkan semula kepada cawangan. Pihak cawangan akan menghantar borang yang sudah siap diisi ke ibu pejabat KWSP. Tidak perlu buat apa-apa di isinar.kwsp.gov.my.

Untuk menjimatkan masa dan tidak perlu ke cawangan, kami akan memudahkan lagi urusan anda dengan menyediakan borang untuk dimuat turun.

Berikut panduan untuk kemaskini guna borang pindaan ini:

  1. Download dan print Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar dalam format PDF di sini.
  2. Tandakan X pada salah satu bahagian sahaja:
    • Salah pilih amaun keseluruhan / Bayaran pertama
    • Perbezaan jumlah Akaun 1 disebabkan Pemulihan IPD (Institusi Pengurusan Dana). Ini ialah wang yang kita redeem daripada Syarikat Amanah, samada Public Mutual, CWA, Kenangan atau sebagainya.
  3. Jadi, jika tersalah amaun, pilih yang sebelah kiri sahaja
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • No Telefon Bimbit
    • No MyKad / MyPR
    • E-mel
    • No Ahli
  5. Ambil nombor giliran dan bawa borang ke kaunter KWSP
  6. Turunkan cap ibu jari kanan atau kiri
  7. Permohonan kemaskini sudah selesai.

#3 Buat semakan i-Sinar di www.kwsp.gov.my

Berikut ialah cara untuk buat semakan i-Sinar melalui portal i-Sinar. Tidak kisah anda Kategori 1 atau Kategori 2, panduan di bawah ini sama sahaja.

  1. Layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Pergi ke bahagian bawah sekali
  3. Lihat butang SEMAK STATUS
  4. Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar

Tahniah jika lulus. Anda anda buat semakan i-Sinar dan mendapat status tidak berjaya, jangan bersedih. Boleh hubungi KWSP untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut berkenaan iSinar

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai semakan i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian padat berkenaan isinar.kwsp.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk keluarkan duit di KWSP.

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon i-Sinar ini. Janganlah terlalu bergantung harap pada duit ini. Walaupun duit kita sendiri, perlu pandai berjimat cermat.

Sila alert dengan tarikh bayaran i-Sinar supaya asyik tidak tertanya-tanya i-Sinar bila masuk. Bimbang tidak perasan duit sudah masuk bank.

Apa-apa pun, jika sudah terima duit nanti, jangan pula berbelanja yang bukan-bukan. Utamakan diri sendiri dan keluarga dahulu.

Semoga bermanfaat.

35 thoughts on “isinar.kwsp.gov.my (Login i-Sinar, Kemaskini & Semakan Status 2021)”

  1. Kenapa bulan februari ni sye tak masuk lagi i sinar sedangkan dia tulis i sinar masuk sebelum 13 hari ni dah berapa hari bulan.status permohonan telah diluluskan…

    Reply
  2. Saya tak piashati sebab kenapa rm1k….saya mohon rm10k…aepatutnya dapat rm5k dahulu….macam ni cepat jadi perompak saya..kekurangan duit….kwcewa dengan pihak yang berkenaan……korang kaya….bnyak duit…boleh lah…nak beli mancos sekotak tak mampu….harap pihak atasan ambil kisah pada org yg teraniaya….henfon ni pun hutang duirlt orang ..lum bayar lg nak mohon duit kwsp awnsiri

    Reply
  3. BRIM tak dapat….
    Bpr pun sama….
    Kerajaan memmlang suka mnnindas rakyat yg moskin ea…sampai malu aku dihina…org tak nk kawan sbb miakin

    Reply
  4. kenapa saya belum dapat duit untuk bulan yang kedua,, bulan pertama bulan 3 dapat kenapa bulan kedua bulan 4 ni saya tak dapat,, ada masalah apa apa kah,,,

    Reply
  5. Kenapa sya belum dapat lagi i-sinar bulan ini sedangkan yang lain awal lagi dah dapat,lagipun ini i-sinar sya yang terakhir.mohon di ambil peduli perkara ini dan kalau boleh sya mau tukar akaun maybank kepada hong leong,mcmna sya nk menukarnya dan dimana,bagaimana.sya mohon minta kerjasama dari pihak berkenaan untuk mengkaji hal ini.terima kasih

    Reply
  6. Selvi a/p viran public islamic bank account nembor 6-9228512-15 ic nembor 781218055616 phone nembor 0177453258

    Reply
  7. Hari tu saya memohon masuk akaun bank,,tapi akaun tidak aktif,,sa terima cek jurubank pada 05.05.2021..sekarang akaun bank sa dah saya aktifkan,soalan saya disini,,bilakah pembayaran seterusnya dibuat…

    Reply
  8. Saya Joel Bin Yakut nak buat pertanyaan berhubung dengan pembayaran akhir i-sinar bulan JUNE, menurut laman sesawang atau FB pembayaran akhir i-sinar bulan JUNE Akhir selewat lewatnya 10-07-2021 sehingga kini belum ada pembayaran dan juga pembayaran akhir I-LESTARI pada bulan march kenapa ini sekarang boleh berlaku jutawan muda?

    Reply
  9. Saya sudah buat permohoan i-sinar kali kedua untuk pengeluaran
    Sebanyak 6,950.00 tapi terlepas untuk menjawab no OTP dan sudah membuat permohonan pindaan semula..semak status lulus hari ke 3 semakan masa bekerja semakan status didapati tidak berjaya. Mohon bantu saya tuan

    Reply

Leave a Comment