Cara Tukar Amaun i-Sinar Online (Pindaan Pengeluaran)


Boleh ke tukar permohonan i-Sinar kalau dah tersilap tarik jumlah pengeluaran yang sepatutnya? Kalau anda masih lagi tertanya-tanya adakah cara tukar amaun i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my, izin kami berkongsi.

[su_note]

Nota:

  • Pengeluaran baru duit KWSP diperkenalkan dan dinamakan i-Citra
  • Boleh baca cara mohon i-Citra untuk maklumat lanjut

[/su_note]

Cara tukar amaun i-Sinar KWSP

Sebelum itu, berikut ialah langkah-langkah untuk mengemaskini i-Sinar yang terpakai untuk Kategori 1 dan juga Kategori 2.

#1 Cara tukar amount i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my

Berikuti ialah cara untuk buat pindaan pengeluaran amaun i-Sinar:

  1. Log Masuk i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Tekan butang Pindaan Pengeluaran
  3. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit
  5. Tick kotak Saya bukan robot
  6. Tekan butang Teruskan
  7. Nombor OTP akan dihantar melalui SMS
  8. Isikan nombor OTP
  9. Tekan butang Sahkan OTP
  10. Anda kini berada di bahagian PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR
  11. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor MyKad
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
  12. Untuk bahagian Amaun dimohon, sila berikan perhatian agar tidak membuat kesilapan lagi.
    • Semak Amaun Pilihan Terdahulu
    • Semak Amaun Kelayan Keseluruhan
    • Masukkan Amaun Pilihan Baharu
  13. Sila tarik amaun seperti yang dikehendaki. Contohnya, jika anda layak RM10,000, tarik sehingga habis sehingga amaun menunjukkan jumlah RM10,000.
  14. Tick kotak untuk pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar; dan anda juga telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Perakuan yang dikehendaki oleh KWSP
  15. Tekan butang Teruskan
  16. Permohonan pindaan pengeluaran iSinar anda kini sudah selesai

Situasi sebelum ini

Untuk makluman, sebelum ini, selepas mendaftar i-Sinar; memang tidak ada cara untuk tukar amaun dan mengemaskini iSinar menggunakan portal rasmi i-Sinar secara direct.

Di laman utama portal iSinar, anda hanya boleh mohon atau buat semakan i-Sinar sahaja. Tidak ada butang untuk kemaskini i-Sinar atau tukar amaun i-Sinar yang dikehendaki.

Situasi sekarang

Walau bagaimanapun, selepas KWSP dan Kementerian Kewangan membenarkan permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, fungsi untuk membuat pindaan telah diwujudkan di dalam portal isinar.kwsp.gov.my.

Sila rujuk panduan di atas untuk membuat pindaan pengeluaran iSinar.

#2 Kemaskini & tukar amaun i-Sinar guna borang pindaan KWSP

Berikut ialah beberapa cara lain yang boleh digunakan iaitu:

  1. Menggunakan borang pindaan
  2. Melalui portal i-Akaun (pastikan sudah daftar i-Akaun)

Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar boleh didapati di mana-mana cawangan KWSP terdekat.

Namun, untuk menjimatkan masa, anda boleh download dan tulis siap-siap borang yang kami sediakan di bawah:

Menurut pegawai yang bertugas, pemohon dinasihatkan untuk mengisi borang ini dan serahkan semula kepada cawangan. Pihak cawangan akan menghantar borang yang sudah siap diisi ke ibu pejabat KWSP.

Berikut panduan untuk kemaskini guna borang pindaan ini:

  1. Download dan print Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar dalam format PDF di sini.
  2. Tandakan X pada salah satu bahagian sahaja:
    • Salah pilih amaun keseluruhan / Bayaran pertama
    • Perbezaan jumlah Akaun 1 disebabkan Pemulihan IPD (Institusi Pengurusan Dana). Ini ialah wang yang kita redeem daripada Syarikat Amanah, samada Public Mutual, CWA, Kenangan atau sebagainya.
  3. Jadi, jika tersalah amaun, pilih yang sebelah kiri sahaja
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • No Telefon Bimbit
    • No MyKad / MyPR
    • E-mel
    • No Ahli
  5. Ambil nombor giliran dan bawa borang ke kaunter KWSP
  6. Turunkan cap ibu jari kanan atau kiri
  7. Permohonan kemaskini sudah selesai.

#3 Update i-Sinar guna i-Akaun KWSP

Anda harus rasa lega kerana ada satu lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menukar amaun yang tersilap masukkan sebelum ini menggunakan i-Akaun KWSP. Untuk kemaskini, pastikan anda sudah daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

Berikut ialah panduan ringkas:

  1. Layari laman i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  2. Tekan butang Log Masuk sebagai ahli
  3. Tukar ke Bahasa Melayu jika perlu
  4. Masukkan ID PENGGUNA
  5. Perlu diingatkan ID PENGGUNA ialah ID yang anda pilih semasa pendaftaran, dan tidak semestinya nombor ahli KWSP
  6. Masukkan KATA LALUAN
  7. Tekan butang Log Masuk
  8. Tekan menu ENQUIRY di bahagian atas
  9. Ada beberapa pilihan jenis maklum balas seperti:
    • Aduan
    • Cadangan
    • Pertanyaan
    • Pujian
    • Whistleblowing & Laporan Fraud
    • i-Sinar
  10. Pilih i-Sinar
  11. Tekan butang Seterusnya
  12. Di bahagian keterangan maklum balas:
    • Jenis Pertanyaan, pilih Produk KWSP
    • Bidang, pilih i-Sinar
    • Negeri Lokasi Insiden, pilih negeri yang anda tinggal sekarang
    • Cawangan / Jabatan, pilih cawangan yang berdekatan dengan rumah anda
    • Keterangan, masukkan sebab-sebab tertentu untuk kemaskini i-Sinar dan alasan kena ingin tukar amaun pengeluaran iSinar
  13. Masukkan maklumat peribadi dan maklumat perhubungan untuk meneruskan proses dan cara kemaskini i-Sinar:
    • Gelaran
    • Nama
    • No. Pengenalan Diri
    • No Tel Rumah
    • No Tel Pejabat
    • No Tel Bimbit
    • Emel
  14. Di bahagian pilihan maklum balas, anda boleh pilih samada:
    • Emel
    • Panggilan telefon
  15. Anda kini berada di bahagian Previu
  16. Sila semak semua maklumat sebelum tekan butang Hantar
  17. Jika semuanya betul, tekan butang Hantar
  18. Sila screenshot, simpan atau cetak slip ini untuk rujukan
  19. Jika anda pilih maklumbalas melalui email, pastikan sentiasa check email dari KWSP. Jika anda pilih panggilan telefon pula, pastikan angkat nombor dari pejabat atau cawangan KWSP.

Jenis-jenis kesilapan dan kesalahan yang biasa

Kami senaraikan beberapa kecuaian yang biasa berlaku semasa kemaskini i-Sinar. Antaranya ialah:

  • Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
  • Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
  • Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
  • Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
  • Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersalah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
  • Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
  • Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar

Maklumat lanjut berkenaan i-Sinar

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan kelayakan, pendaftaran, permohonan, kemaskini, semakan kelulusan, semakan pembayaran dan juga masalah-masalah lain, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

Akhir kata

Bagi yang masih lagi belum membuat permohonan iSinar, tidak perlu tergesa-gesa untuk apply i-Sinar. Tak perlu ikut orang lain. Ini kerana permohonan adalah dibenarkan selama 6 bulan iaitu dijangka tamat pada 21 Jun 2021.

Selepas chek i-Sinar dan mendapat status berjaya, kami nasihatkan agar anda rancanglah pengeluaran dan perbelanjaan duit KWSP anda. Didoakan agar semua urusan pengeluaran iSinar berjalan lancar.

Tunggu tarikh bayaran i-Sinar mengikut kategori. Barulah boleh cucuk duit di ATM.

Diharapkan juga agar perkongsian cara tukar amaun i-Sinar ini dapat memudahkan anda untuk menukar amaun yang tersalah masuk sebelum ini.

Teruskan untuk baca maklumat berkenaan duit i-Sinar bila masuk.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment