Cara Apply i-Sinar KWSP (iSinar Application Online EPF & How To)


Ramai sudah maklum dengan iSinar yang membenarkan pengeluaran KWSP RM10k dari Akaun 1. Jadi, izikan kami terus berkongsi cara apply i-Sinar KWSP.

Bila tarikh boleh apply iSinar?

Mengikut kenyataan KWSP, semua ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas boleh memohon program ini dan daftar iSinar pada tarikh berikut:

Kategori 1: 21 Disember 2020. Kategori 2: 11 Januari 2021

Cara apply i-Sinar KWSP

Ini ialah cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun. Bila link sudah aktif nanti, baru boleh login i-Sinar. untuk buat semakan i-Sinar untuk mengetahui status kelulusan. Buat masa ini, kita fokus dulu kepada iSinar application online.

  1. Layari portal rasmi i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  3. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
  5. Tekan butang TERUSKAN
  6. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  7. Masukkan Nombor OTP tersebut
  8. Tekan butang SAHKAN OTP
  9. Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
  10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Sinar
  11. Ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
    • Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
    • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki
    • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan
  12. Teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama
    • Anda boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama
    • Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
      • Bayaran Bulan Kedua
      • Bayaran Bulan Ketiga
      • Bayaran Bulan Keempat
      • Bayaran Bulan Kelima
      • Bayaran Bulan Keenam
    • Tekan butang TERUSKAN
  13. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
    • Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Isikan Nombor MyKad.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit
    • Isikan Alamat Email
    • Isikan Alamat Rumah
    • Isikan Poskod
    • Isikan Bandar
    • Pilih Negeri
  14. Teruskan cara apply i-Sinar ini dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
    • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
      • Affin Bank Berhad
      • Agrobank
      • Al Rajhi Bank (M) Berhad
      • Alliance Bank
      • Ambank (M) Berhad
      • Bank Muamalat (M) Berhad
      • Bank Rakyat
      • Bank Islam (M) Berhad
      • BSN
      • CIMB Bank Berhad
      • Citibank Berhad
      • EON Bank Berhad
      • HSBC Bank (M) Berhad
      • Hong Leong Bank
      • Kuwait Finance House
      • Maybank
      • OCBC Bank (M) Bhd
      • Public Bank Bhd
      • RHB Bank BHd
      • Standar Chartered
      • UOB (M) Bhd
    • Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
    • Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan
    • Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
    • Tekan butang TERUSKAN
  15. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
    • Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
    • Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
    • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
    • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
    • Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
    • Jika tidak ada gambar, klik langkau
    • Pastikan pilihan semua selesai
    • Klik Hantar
  16. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
  17. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Sinar anda
  18. Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

 

Akhir kata

Terima kasih KWSP kerana mendengar suara rakyat yang mahukan pengeluaran dari Akaun 1 dan membenarkan mohon i-Sinar secara online.

Apa yang kami harapkan, semoga perkongsian cara apply i-Sinar KWSP ini dapat membantu anda dalam kehidupan seharian.

Pastikan anda buat semakan penyata KWSP online setiap kali selepas buat permohonan untuk semak baki terkini. Jika terlupa nombor ahli, boleh baca cara cek KWSP guna IC.

Semoga bermanfaat.

9 thoughts on “Cara Apply i-Sinar KWSP (iSinar Application Online EPF & How To)”

Leave a Comment