Tahniah jika anda sudah selesai membuat permohonan i-Sinar Kategori 2 tempohari. Sekarang, mesti berdebar-debar nak tahu bila boleh buat semakan i-Sinar KWSP Kategori 2 pula bukan?
Langkau artikel ini untuk mendapatkan cara tukar amaun i-Sinar; iaitu pengeluaran terbaru tanpa syarat.
Semakan i-Sinar KWSP Kategori 2
Jika ingin tahu keputusan samada lulus atau tidak selepas buat pendaftaran i-Sinar dan juga pemohonan secara online, ada dua cara yang anda boleh gunakan.
Sila ikuti panduan kami seperti di bawah:
#1 Semak i-Sinar KWSP Kategori 2 di isinar.kwsp.gov.my
Persediaan / Pra-Syarat
Sebelum membuat semakan i-Sinar, pastikan anda menepati kriteria berikut:
- Sudah apply i-Sinar
- Pastikan Nombor Kad Pengenalan / MyKad /MyPR yang bakal anda masukkan nanti untuk buat semakan adalah sama seperti yang diisi semasa membuat permohonan i Sinar tempohari
- Pastikan Nombor Telefon Bimbit anda juga mesti sama seperti yang diisi semasa memohon i-Sinar tempohari
- Sekiranya salah satu tidak sama, anda akan mempunyai masalah untuk membuat semakan permohonan dan melihat keputusan kelulusan
Sebenarnya, tidak ada beza pun dengan cara untuk buat semakan i-Sinar bagi Kategori 1. Ini kerana kedua-duanya perlu melalui portal i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my.
Namun, untuk memudahkan urusan anda yang sedang khusyuk membaca sekarang ini, kami sertakan juga seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Anda akan lihat dua butang besar ini:
- PERMOHONAN BAHARU (Permohonan akan tamat pada 30 JUN 2021)
- SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Klik butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Masukkan Nombor MyKad/MyPR di ruangan yang disediakan
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit di ruangan yang disediakan
- Sila pilih kod yang mempunyai pilihan berikut:
- 010
- 011
- 012
- 013
- 014
- 015
- 016
- 017
- 018
- 019
- Seterusnya, masukan Nombor Telefon Bimbit anda yang sah
- Tick kotak empat segi Saya bukan robot
- Tekan butang SEMAK STATUS
- Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar samada lulus atau tidak
#2 Semak i-Sinar KWSP melalui i-Akaun di secure.kwsp.gov.my
Persediaan / Pra-Syarat
Sebelum membuat semakan i-Sinar Kategori 2 melalui i-Akaun, pastikan anda memenuhi kriteria berikut:
- Mempunyai ID PENGGUNA yang masih lagi aktif
- Sila ambil maklum, ID PENGGUNA bukan nombor ahli
- ID PENGGUNA ialah username yang anda cipta semasa daftar i-Akaun KWSP tempohari
- Masih lagi ingat kata laluan
Ini adalah alternatif kepada cara yang pertama tadi.
- Layari laman web KWSP ( https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login )
- Pilih BM di bahagian atas untuk tukar bahasa ke Bahasa Melayu
- Masukkan ID PENGGUNA
- Tekan butang Teruskan
- Lihat Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia
- Pastikan kedua-dua Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia adalah betul
- Masukkan KATA LALUAN
- Tekan butang Log Masuk
- Tekan INBOX di bahagian menu atas
- Cari mesej mengenai permohonan i-Sinar diluluskan atau tidak
Maklumat lanjut berkenaan iSinar
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai proses semakan i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan berkenaan i Sinar Kategori 2 ini, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:
- 03-8922 4848
- Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
- Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Akhir kata
Alhamdulillah jika anda mendapatkan keputusan lulus. Sekarang, anda perlu standby anda alert dengan makluman berkenaan pembayaran dan tarikh bayaran i-Sinar untuk mengetahui bila i-Sinar masuk.
Bagi yang tidak berjaya, sila hubungi pihak KWSP untuk membuat rayuan i-Sinar.
Akhir sekali, diharapkan agar perkongsian mengenai semakan i-Sinar Kategori 2 KWSP ini dapat memudahkan lagi urusan anda.
Semoga bermanfaat.