Cara daftar i-Akaun melalui email itu sebenarnya mudah. Berbeza sedikit dengan cara daftar i-Akaun melalui kiosk atau daftar i-Akaun secara online.
Tidak boleh terus dapat login. Ini kerana anda perlu tunggu pengesahan dari pihak KWSP terlebih dahulu.
Pastikan update nombor telefon sebelum daftar i-Akaun
Nombor telefon anda mestilah yang masih aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon ini. Jangan buang masa buat pendaftaran jika nombor telefon sekarang ada masalah.
Cara daftar i-Akaun KWSP melalui email
Kami faham, ramai yang tak sabar untuk keluarkan duit iSinar. Tapi, mengikut nasihat KWSP, perlu buat i-Akaun terlebih dahulu untuk memudahkan urusan.
Kami kongsikan seperti di bawah.
- Layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Kemudian klik โDaftar Sekarang Melalui Emelโ.
- Secara automatik, borang akan dimuat turun.
- Jika tidak, klikย siniย untuk muat turun borang
- Lengkapkan dokumen PERMOHONAN PENDAFTARA i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
- Sila rujuk PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
- Setelah siap mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila scan dan sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Gambar selfie dengan kad pengenalan
- Bukti pemilikan nombor telefon seperti bil bulanan telefon, resit depost dan lain-lain lagi
- Jika guna prepaid, ambil gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli
- Bolehย screenshotย dengan login mana-mana app seperti Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom
- Salinan penyata akaun bank yang terkini
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada [email protected]
- Jika pengesahan akaun berjaya, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS
- Ini adalah penting untuk mengaktifkan i-Akaun ahli
- Pastikan tukar kata laluan sementara dengan kata laluan baru
Itu sahaja. Mudah bukan?
Jika Covid-19 dan PKP berakhir nanti, anda boleh terus pergi ke cawangan terdekat. Jemput baca cara daftar KWSP guna kiosk.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian cara daftar i-Akaun melalui ini akan memudahkankan urusan pendaftaran anda. Ini adalah alternatif kepada cara daftar i-Akaun secara online.
Apa-apa pun, kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang. Bukan sekadar untuk permohonan i-Sinar atau i-Lestari semata-mata. Banyak lagi yang kita boleh buat seperti semak baki dan lain-lain lagi.
Dengan i-Akaun juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal. Andai kata anda terlupa nombor akaun, jemput baca cara check KWSP guna No IC.
Jika baru bekerja dan belum ada akaun, baca cara buka akaun KWSP terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat.
MISSING PASSWORD
mau tukar no tac…yg lama daa kena block
saya henda memohon i-sinar, tapi tak dapat, bolehkah tolong dengan saya, tq
Boleh tolong saya daftar kwsp ekaun satu tak saya tak tahu nak buat mcm mana ekaun dua saya dah boleh cuma ekaun satu ja saya dah cuba buat bayak kali tak boleh pasai saya tak sekolah boleh tak tolong saya
Saya nak tukar number telefon
Kalau baru nak daftar kwsp mcm mna ya..user id,passwed,id epf pun Tak pernh buat lagi
Saya nak tukar no tac yang lama kepada yang baru
Kalau baru nak daftar kwsp macammana ye user id, password id epf pun tak pernah buat lagi
Saya nak daftar I akaun
Saya nak daftar I akaun secara online
saya nak daftar i akaun secara online,dan saya belum pernah buat lagi i akaun ini sebelum ini.
Kalau baru nak daftar kwsp macammana ye user id, password id epf pun tak pernah buat lagi.
Macamana nak aktifkan iakaun EPF sy