Sumber dari Astro Awani mengatakan bahawa kerajaan akan mengumumkan keputusan berkenaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat selepas Tahun Baru Cina 2021 iaitu pada hari Isnin, 15 Februari 2021.
Nota:
- Pengeluaran baru duit KWSP diperkenalkan dan dinamakan i-Citra
- Boleh baca cara mohon i-Citra untuk maklumat lanjut
Permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat
Berikut ialah beberapa dapatan yang kami terima berdasarkan maklumat yang sedia ada di laman-laman web berita.
Syarat dimansuhkan, pengeluaran i-Sinar secara automatik
Sumber itu juga memberitahu bahawa Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.
Kenapa syarat permohonan pengeluaran i-Sinar dimansuhkan?
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia berkata, pemansuhan itu dibuat selepas menerima maklumbalas dan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan ini juga dibuat berdasarkan maklum balas pihak awam yang berharap agar kerajaan memahami kehendak rakyat.
Diharapkan agar keputusan memansuhkan syarat i-Sinar akan dapat membantu pencarum KWSP mendepani masalah COVID-19 ini.
Masih lagi perlu buat permohonan i-Sinar Kategori 2 atau tidak?
Mengikut pemahaman kami, apabila syarat dimansuhkan, maka ahli-ahli KWSP akan mendapat kelulusan secara automatik.
Walaupun semua permohonan akan diluluskan secara automatik, setiap ahli masih lagi perlu membuat permohonan pengeluaran i-Sinar lagi.
Kalau tidak mohon, macam mana pihak KWSP mahu luluskan?
Kelayakan permohonan i-Sinar sebelum ini
Sebelum ini, syarat kelayakan terbahagi kepada dua iaitu:
Kategori 1
Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang:
- Bekerja di sektor formal
- Bekerja sendiri
- Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain
- Yang sudah lama tidak mencarum
- Yang hilang pekerjaan
- Suri rumah
- Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji
Senang cerita, mereka ini ialah golongan B40.
Syarat dan kriteria lain ialah:
- Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
- Contohnya, dua bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company pun tak masuk, duit KWSP anda pun dia tak masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
- Anda masih bekerja, tapi mengalamai pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
- Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM1500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gai berkurang menjadi RM1000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.
Kategori 1 tidak perlu hantar apa-apa dokumen. Mereka boleh mohon dan tunggu kelulusan sahaja.
Kategori 2
Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami andaikan:
- Masih bekerja di sektor formal
- Masih bekerja sendiri
Senang cerita, mereka ini golongan M40.
Syarat dan kriteria lain ialah anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
-
- Ini termasuk pengurangan gaji
- Pengurangan elaun
- Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
- Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen
Apa yang bagusnya dengan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat?
Sebelum ini, terlalu banyak dokumen yang perlu disediakan oleh Kategori 2 untuk membuktikan pengurangan pendapatan seperti:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
- Surat pemotongan elaun
- Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)
Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, ahli dari Kategori 2 boleh sertakan supporting document yang lain seperti:
- Penyata bank
- Surat pengesahan majikan
Jadi, jika tidak lagi perlukan apa-apa syarat, maka ahli Kategori 2 hanya perlu buat permohonan sahaja.
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian mengenai permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat ini akan memudahkan lagi bagi yang termasuk dalam kumpulan Kategori 2.
Semoga bermanfaat.
Nk tnya amaun i sinar shaiful asril zakaria brapa bln pertama dpt
770224015115
Mahu tanya, utk i-sinar tanpa syarat ni, Klu sdh memohon bagi kategori 1, adakah perlu memohon lagi?
Mahu tanya, utk i-sinar tanpa syarat ni, klu sdh memohon bagi kategori 1 tetapi tidak lulus, adakah perlu memohon lagi?
Yes
Mahu tanya, utk i-sinar tanpa syarat ni, Klu sdh memohon bagi kategori 1, adakah perlu memohon lagi? Saya nk kemaskini amaun
saya ingin bertanya, saya sudah memohon i-sinar baru bru ini, tarikh permohonan 13/2/21 ..jawapan dalam proses dan kena submit dokumen sokongan , ada kah mmg kena submit dokumen sokongan? bukan kah sekarang ni ada lah i-sinar tanpa syarat? saya betol betol tak faham .
nak tanya sy sudah buat permohonan utk kategori 1 tapi tak lulus..nak buat permohonan baru tapi tak dapat sebab dia kata dah buat permohonan sebelum ni..habis tu mcm mana sy nak buat balik permohonan tu?
Jika suami dipnjara 5tahun.. bolehka si isteri boleh memohon I sinar suami nya.
berapa banyak mahu tanya da? pi la tanya kat KWSP
Ramai yang tanya soalan di atas. baca link di bawah ini ada perinciannya. semua soalan yang kamu tanya ada jawapannya. harap dapat membantu. yang gagal permohonan sebelum ini boleh memohon semula pada 8/3/2021 nanti.
Terima kasih.
https://isinar.kwsp.gov.my/faq
Kalau sebelum ni da pernah dapat isinar blh apply lg ntk isinar?sebelum ni kata la dpt rm10000 pastu nk mnta lg blh ke
Saya nak semak KWSP.dulu dah pernah keluar bulan bulan dapat dan sekarang saya tak boleh semak sebab ni heset saya dah tukar
Pemohonan isinar jika tiada akaun bank…bagaimanakah caranya
Nak tanya, bagaimana keluarkan Wang kwsp account 1 tanpa syarat.
saya sudah menbuat pengeluaran sebelum 2021 sebanyak rm5150 tapi skrg masih ada baki rm1400 tapi untuk tahun 2021 Tidak sampai 10 ribu lagi.Tapi bila ingt menambah pengeluaran,dye cakap hnya boleh keluarkan 5150.perlukah saya ke pejabat kwsp untuk mengeluarkannya.atau syarat pengeluaran hanya untuk akaun 1 pada 2020 sahaja ke.Mohon penjelasan jika boleh.Kalau menyusahkan en xyah jawab xpe soalan sy
Ingin mengaktifkan semula nombor telefon