Bukan semua orang ada komputer. Faham. Ada yang bergantung kepada telefon bimbit semata-mata. Jadi, kalau anda salah seorang yang mahu register i-Akaun online melalui handphone, boleh ikuti langkah-langkah dan cara daftar i Akaun KWSP melalui telefon Android atau iPhone yang kami tulis ini.
Ini penting bagi mana-mana ahli KWSP yang teringin nak buat permohonan Pengeluaran Khas KWSP 10k yang dibenarkan oleh kerajaan baru-baru ini melalui portal KWSP yang baru iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my Sila baca betul-betul dan ikuti panduan ini langkah demi langkah.
Cara daftar i-Akaun KWSP online melalui handphone
Pertama sekali, anda mesti mempunyai telefon bimbit yang disokong oleh aplikasi i-Akaun KWSP ini iaitu Android atau iPhone. Download dan install dahulu di Google Play dan Apple App Store.
Untuk Huawei, kami tidak pasti. Hasil carian kami, tiada apa-apa aplikasi i-Akaun untuk Huawei.
- Buka aplikasi i-Akaun di dalam telefon bimbit anda
- Untuk tukar bahasa, klik EN untuk Bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kanan; dan tukar kepada BM untuk Bahasa Melayu
- Lihat menu di bahagian bawah kiri skrin
- Tekan Daftar Sekarang
- Akan keluar paparan Selamat Datang ke i-Akaun (Ahli)
- Masukkan maklumat peribadi seperti dipinta
- No MyKad / No MyPR atau No Pasport / No MyKAS
- No KWSP
- No Telefon Bimbit
- Alamat Emel
- Tick terma dan syarat yang berlatarbelakang warna kuning bagi mengesahkan maklumat yang dikemukakan adalah benar dan betul. Ini juga untuk mengesahkan bahawa anda memahami segala terma dan syarat yang tertulis.
- Tick I'm not a robot
- Tekan butang Hantar
- Semak email anda untuk arahan selanjutnya bagi mengaktifkan i-Akaun anda
- Selesai
Lepas daftar, cuba login aplikasi i-Akaun KWSP di handphone
Jangan cepat berpuas hati selepas proses pengaktifkan i-Akaun. Anda mestilah log masuk i-Akaun untuk memastikan pendaftaran anda berjaya sepenuhnya.
- Buka aplikasi i-Akaun di dalam telefon bimbit anda
- Untuk tukar bahasa, klik EN untuk Bahasa Melayu di bahagian atas sebelah kanan; dan tukar kepada BM untuk Bahasa Melayu
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan butang Seterusnya
- Pastikan gambar yang terpapar ialah gambar yang anda pilih semasa pendaftaran i-Akaun tadi
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Login
- Selesai
Kini anda boleh melakukan pelbagai transaksi seperti download statement, buat semakan baki KWSP dan macam-macam lagi.
Syarat kelayakan untuk mendaftar i-Akaun KWSP online
Untuk membolehkan anda mendaftar i-Akaun KWSP, anda perlu memenuhi kriteria seperti yang disenaraikan di bawah:
- Anda ialah seorang pencarum KWSP
- Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
Akhir kata
Tak susah pun nak daftar i-Akaun KWSP melalui handphone. Cuma skrin agak kecil dan sedikit menyulitkan urusan menaip maklumat-maklumat yang penting. Takut-takut salah taip kerana jari gemuk.
Walaupun boleh menggunakan telefon untuk mendaftar i-Akaun, adalah lebih baik jika anda menggunakan laptop atau komputer kerana saiz skrin yang lebih besar. Ini juga dapat mengelakkan masalah tersilap taip.
Semoga dipermudahkan segala urusan.