Semakan i-Lestari Online (Check ilestari.kwsp.gov.my)

Bagi yang telah buat permohonan KWSP iLestari dengan i-Akaun sebelum ini, pastikan jangan lupa buat semakan i-Lestari KWSP juga. Anda perlu lihat status bayaran samada duit sudah masuk atau belum.

Cuma bagi yang masih belum mohon, boleh ikuti cara buat permohonan pengeluaran iLestari tanpa iAkaun yang terkini.

iLestari Semakan (ilestari.kwsp.gov.my)

Semakan i-Lestari KWSP online

Semakan status i-Lestari di ilestari.kwsp.gov.my

Kini, TANPA LOGIN i-AKAUN KWSP pun, anda boleh buat semakan status pengeluaran dan pembayaran i-Lestari.

Semakan ilestari.kwsp.gov.my online

Ikut langkah di bawah:

  1. Layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Akan terpapar bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad seperti dalam kad pengenalan anda
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat
  5. Tick Saya bukan robot
  6. Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  7. Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
  8. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasa pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
  9. Jika tidak ada gambar, klik langkau
  10. Pastikan pilihan semua selesai
  11. Klik Semak
  12. Anda akan dapat masuk melihat satus permohonan i-Lestari

Semakan status i-Lestari di bahagian e-Pengeluaran KWSP

Anda perlu login i-Akaun KWSP untuk semak duit KWSP sudah masuk atau belum.

  1. Login ke i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Pastikan ini adalah login untuk Ahli
  3. Masukkan ID Pengguna
  4. Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan
  5. Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan
  6. Klik Pengeluaran di bahagian menu di atas
  7. Klik e-Pengeluaran di bahagian menu sebelah kiri atas
  8. Anda akan nampak butiran berikut untuk lihat status i-Lestari KWSP:
    • No
    • Jenis Pengeluaran
    • Status
    • Tarikh Permohonan
    • Tarikh Kemaskini
    • Tindakan
  9. Sila lihat pada bahagian Jenis Pengeluaran
  10. Pastikan Jenis Pengeluaran ialah i-Lestari
  11. Sila lihat pula pada bahagian Status
  12. Pastikan Status ialah Lulus
  13. Sila semak akaun bank anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.

 

Semakan iLestari di Inbox i-Akaun

Anda perlu login i-Lestari dah semak bahagian Inbox iaitu adanya Mesej Baru.

  1. Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna
  2. Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan
  3. Pilih Bahasa Melayu (BM) di bahagian atas kanan
  4. Klik Inbox di bahagian menu atas
  5. Anda akan dapat lihat subjek Permohonan Pengeluaran i-Lestari Diluluskan / Withdrawal i-Lestari Application Approved
  6. Klik subjek untuk lihat keterangan
  7. Mesej yang akan tertera ialah semasa pendaftaran permohonan dahulu ialah seperti berikut:
    • Permohonan e-Pengeluaran i-Lestari bertarikh 02-Apr-2020 dengan Nombor Rujukan LESTARIKWSP010000XXXXX telah didaftarkan pada 12-Apr-2020 dan sedang diproses.Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada [email protected]
  8. Namun, yang lebih penting ialah mesej yang akan tertera ialah untuk kelulusan seperti berikut:
    • Permohonan e-Pengeluaran i-Lestari bertarikh 02-Apr-2020 dengan Nombor Rujukan LESTARIKWSP010000XXXXX telah diluluskan.Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada [email protected]
  9. Sila semak akaun bank anda untuk melihat baki terkini dan buat pengesahan duit sudah masuk.

 

Semakan iLestari di app i-Akaun

  1. Jika anda guna Android, download app KWSP i-Akaun dari Google Play terlebih dahulu
  2. Jika anda guna iPhone, download app KWSP i-Akaun dari Apple App Store dahulu
  3. Masukkan Username
  4. Masukkan Password
  5. Tekan Login
  6. Jika terlupa, klik Forgot User ID or Password?
  7. Selepas login, akan ada mesej yang terpapar.
  8. Klik OK
  9. Klik View Transaction History
  10. Jika ada pengeluaran, ia akan terpapar di situ

 

Bila dapat duit i-Lestari?

Sila ambil maklum bahawa permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020 akan mula menerima bayaran bermula bulan Mei 2020.

Walau bagaimanapun, bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran adalah bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran yang diterima oleh pihak KWSP.

 

Akhir kata

Cara semak iLestari KWSP EPF

Diharapkan akan perkongsian semakan i-Lestari KWSP ini dapat membantu dan memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.


Lagi Tentang Kewangan ↓

65 thoughts on “Semakan i-Lestari Online (Check ilestari.kwsp.gov.my)”

  1. Sy punya I lestari telah d luluskn pada 19mei HARI itu..akn tetapi sy puny no acc gagal d kreditkn..KRN sy m’gunakn acc bank ask sy..JD dlm msej YG sy DPT drp I lestari..p’mohonan sy akn d tkarkn dgn jurubank..APEW maksudny ye??adekah sy akn trma cek drp I lestari untk tebus duit I lestari sy d bank2 YG b’daftar..

  2. Sy punya I lestari telah d luluskn pada 19mei HARI itu..akn tetapi sy puny no acc gagal d kreditkn..KRN sy m’gunakn acc bank adk sy..JD dlm msej YG sy DPT drp I lestari..p’mohonan sy akn d tkarkn dgn jurubank..APEW maksudny ye??adekah sy akn trma cek drp I lestari untk tebus duit I lestari sy d bank2 YG b’daftar..

  3. 6/5/20 i lestari saya dah lulus sampai sekarang belum dapat duit lg. Tak ade ape2 mssg pun dari kwsp.

  4. Saya pun macam tu dah di luluskan. pada 20 Mei duit akan di masukkan ke dlm ACC . Tapi sampai sekarang 27 Mei masih tak dapat lagi duitnya .

  5. 2 hari saya apply I lestari dah lulus mesej pon dah sampai tapi pembayaran tidak boleh dikreditkan Dalam akaun mak saya tapi dapat dalam bentuk cek tunai macam mana ye nak ambil cek tunai sama ada pergi terus ke kwsp? Bila agaknya duit tu Akan keluar??

  6. Saya telah gunakan no acc anak sedara saya kerana saya tak ada acc bnk ats sbb bankrup..then saya tlah terima sms dri kwsp tuk mengemaskini blk dan ditukar arahan bayaran iaitu saya akn menerima cek melalui pos..kata ya dlm masa 14hari..skrg da msuk 3minggu sya xdpt ape2 pos cek lgi..bile tye staff kwsp dorang salahkn pihak pejabat pos sbb xsettlekn pos cek to…pjbat pos x cuti tau raya bekerja je…pihak kwsp sebenarye yg lewat settlekn duit kwsp ni..epf ni duit simpanan pekerja tau..bukan duit bantuan kerajaan..So tlg la buat buat kerja dgn penuh berdedikasi dan amanah..rakyat tgh susah dan sgt memerlukan sumber kewangan tuk survive..

  7. Saya Mohd faizul ibrahim bla Transfer ke akaun Bank maybank fasa kdua keep 500.yg brmula 4mei 2020

  8. Jangan bermain-main dengan fakta..ingat senang kah kitq nak fikirkan perkataan bermula dari bulan april ni…yg sudah tu jangan di ungkit lagi..yang kita mahu skg ni dah 16hb januari 2021.. pun masih terkapar kapar menunggu wang i-lestari..kita tak tahu adakah duit ni mungkin telah di keluarkan serentak dengan i-sinar,tarik jadual pembayaran sudah diberikan ,bagaimana tiada apa2 penjelasan yang jelas tentang perkara ini dengan telus dan senang di fahami oleh semua penerima yang diberi kelulusan dan hak utk bersuara…

  9. excuse me!, i nak tnya,,jika pemohon i-sinar belum register i-Akaun ‘bab pembayaran’ tetap mereka bayar kan??persoalan saya sekarang, kenapa ”BUrger di MC DONALD tiada SOS??haruskah berasingan??

  10. I.lestari Sya masuk las 29.4.2021 Kana sampai skrng Blum masuk2 di bank….suda 1 bulan Sya tungu…..bila kh dia masuk …

  11. BOLEH SAYA TAHU..I LESTARI BILA DAPAT YA…SAYA MASIH BELUM TERIMA LAGI I LESTARI BULAN 5..SEKARQNG DAH BULAN 6..MINTA PENJELASAN

Leave a Comment