Temujanji JPJ Online (Renew Roadtax & Lesen, Booking di pos.com.my)


Cukai jalan atau lesen memandu anda tamat tempoh semasa PKP? Kalau takut kena saman dan tak nak membayar bayar saman, cepat-cepatlah renew. Cuma tidaklah macam dulu-dulu sebelum PKP. Anda perlu buat temujanji JPJ online melalui laman web pos.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Apa kaitan Pos Malaysia dengan JPJ?

Itu kami tidak tahu. Mungkin untuk mengelakkan kesesakan di premis JPJ. Mungkin juga untuk sinergi.

Yang penting, kedua-kedua entiti ini sudi bekerjasama demi kebaikan rakyat. Tak perlulah tanya kenapa. Dah beri kelonggaran begini pun sudah cukup baik bukan?

Ambillah peluang untuk selesaikan urusan JPJ yang tergendala dengan buat temujanji Pos Malaysia online.

 

2. Apa urusan JPJ yang boleh dibuat dalam sistem temujanji Pos Malaysia online?

Anda perlu membuat temujanji untuk beberapa urusan JPJ yang tersenarai di bawah:

 

2. Cara buat temujanji JPJ online

Sebelum menghadirkan diri ke Pejabat Pos, anda perlu buat janjitemu terlebih dahulu secara online. Senang cerita, tiada temujanji, tiada urusan.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk booking appointment JPJ secara online:

  1. Layari laman web rasmi Pos Malaysia di sini: https://www.pos.com.my
  2. Akan ada beberapa pilihan di laman utama ini:
    • Track & Trace
    • E-Consignment Note
    • Outlet Finder
    • Postage Calculator
  3. Klik Outlet Finder
  4. Untuk direct link, anda juga boleh terus pergi ke laman Outlet Finder di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
  5. Anda kini berada di laman Outlet Finder
  6. Seterusnya, di ruangan Search address, postcode, state or city, masukkan lokasi Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda.
  7. Contohnya Pejabat Pos Besar Shah Alam
  8. Tekan ikon Cari
  9. Keputusan carian akan dipaparkan
  10. Klik Book your JPJ service appointment
  11. Anda akan dibawa ke satu laman yang lain
  12. Akan ada beberapa pilihan yang terpapar:
    • Renewal of Road tax, Insurance and Driving License
    • Renewal of Driving License
    • Renewal of Road tax
  13. Untuk cukai jalan, pilih Renewal of Road tax
  14. Untuk lesen memandu, pilih Renewal of Road tax
  15. Pilih tarikh yang dikehendaki
  16. Pilih waktu yang dikehendaki
  17. Di bahagian Add your details, masukkan:
    • Name
    • Email
    • Phone number
  18. Tekan butang Book
  19. Akan keluar popup Verify your email
  20. Masukkan verification code yang dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda
  21. Tekan butang Continue
  22. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai kesemuanya
  23. Screenshot maklumat temujanji tersebut untuk rujukan

Nota: Jika tidak boleh hadir, anda juga boleh Cancel booking atau Reschedule. Semak email dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.

 

5. Kenapa tak boleh masuk pos.com.my untuk booking appointment JPJ?

Besar kemungkinan, anda akan melihat paparan ralat ini:

Sorry, we’re facing heavy traffic right now. Please be patient and try again in 1 minute.

Jika ini berlaku, ini bermakna laman web Pos Malaysia jem kerana terlalu ramai cuba mengakses untuk booking appointment JPJ. Kami sarankan anda cuba masuk semula pada tengah malam (12 tengah malam dan ke atas) bagi mengelakkan kesesakan.

Sekiranya ada masalah untuk masuk ataupun tidak dapat slot yang dikehendaki, boleh berhubung dengan pihak Pos Malaysia melalui saluran berikut:

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji JPJ online melalui pos.com.my/post-outlet-finder/ ini akan memudahkan urusan anda.

Untuk urusan Imigresen pula, sila rujuk panduan temujanji Imigresen online melalui sto.imi.gov.my.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Temujanji JPJ Online (Renew Roadtax & Lesen, Booking di pos.com.my)”

Leave a Comment