Temujanji Pos Malaysia Online (Renew Lesen & Road Tax JPJ)


Bagi anda yang teperap di rumah dan tidak berpeluang untuk perbaharui cukai jalan kenderaan dan juga lesen memandu semasa PKP, kini anda boleh buat temujanji Pos Malaysia online atas urusan-urusan JPJ melalui pos.com.my

Izinkan kami berkongsi.

1. Urusan JPJ apa yang boleh buat temujanji Pos Malaysia online?

Anda perlu membuat temujanji untuk urusan-urusan JPJ seperti berikut:

 

2. Cara buat temujanji Pejabat Pos online untuk urusan JPJ

Sebelum menghadirkan diri ke Pejabat Pos, anda perlu buat temujanji JPJ online terlebih dahulu. Tiada temujanji, tiada urusan.

Kami faham, ia agak melecehkan. Namun, ini bukan betujuan untuk menyusahkan. Sebaliknya, ini adalah untuk mengelakkan kesesakan pengunjung yang ingin membuat urusan-urusan JPJ.

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk membuat janjitemu Pejabat Pos online:

  1. Layari laman web rasmi Pos Malaysia di sini: https://www.pos.com.my
  2. Akan ada beberapa pilihan di laman utama ini:
    • Track & Trace
    • E-Consignment Note
    • Outlet Finder
    • Postage Calculator
  3. Klik Outlet Finder
  4. Untuk direct link, anda juga boleh terus pergi ke laman Outlet Finder di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
  5. Anda kini berada di laman Outlet Finder
  6. Seterusnya, di ruangan Search address, postcode, state or city, masukkan lokasi Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda.
  7. Contohnya Pejabat Pos Besar Shah Alam
  8. Tekan ikon Cari
  9. Keputusan carian akan dipaparkan
  10. Klik Book your JPJ service appointment
  11. Anda akan dibawa ke satu laman yang lain
  12. Akan ada beberapa pilihan:
    1. Renewal of Road tax, Insurance and Driving License
    2. Renewal of Driving License
    3. Renewal of Road tax
  13. Untuk cukai jalan, pilih Renewal of Road tax
  14. Untuk lesen memandu, pilih Renewal of Road tax
  15. Pilih tarikh yang dikehendaki
  16. Pilih waktu yang dikehendaki
  17. Di bahagian Add your details, masukkan:
    • Name
    • Email
    • Phone number
  18. Tekan butang Book
  19. Akan keluar popup Verify your email
  20. Masukkan verification code yang dihantar
  21. Tekan butang Continue
  22. Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai
  23. Screenshot maklumat janjitemu tersebut untuk rujukan

Nota: Jika tidak boleh hadir, anda juga boleh Cancel booking atau Reschedule. Semak email dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.

 

3. Apa syarat perlu difahami sebelum buat temu janji Pos Malaysia online di pos.com.my ?

Sebelum anda membuat temujanji Pos Malaysia secara online, sila fahamkan terma dan syarat JPJ seperti di bawah:

  1. Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
  2. Kenderaan tersebut, samada motorsikal atau kereta, mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
  3. Anda hanya boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
  4. Jika pemilik kenderaan, atau pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan roadtax hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
  5. Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
  6. Bagi pemilik kenderaan yang tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, termasuk kereta dan motorsikal.

 

4. Ada masalah untuk akses pos.com.my ?

Jangan panik kalau anda menerima ralat ini:

[su_panel]

Sorry, we’re facing heavy traffic right now. Please be patient and try again in 1 minute.

[/su_panel]

Seperti dijangkan, terlalu ramai orang cuba memasuki laman web pos.com.my untuk buat janji temu. Bila terlalu ramai, maka sistem akan jadi perlahan kerana tidak dapat menampung jumlah trafik yang tinggi.

Daripada membuang masa, lebih baik anda cuba semula pada waktu malam nanti.

Sekiranya ada masalah untuk masuk ataupun tidak dapat slot yang dikehendaki, sila hubungi Pos Malaysia melalui saluran berikut:

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji Pos Malaysia online melalui pos.com.my/post-outlet-finder/ ini akan memudahkan urusan JPJ anda.

Untuk urusan Imigresen pula, sila rujuk panduan temujanji Imigresen online melalui sto.imi.gov.my.

Semoga bermanfaat.

6 thoughts on “Temujanji Pos Malaysia Online (Renew Lesen & Road Tax JPJ)”

  1. Renew Driving Licence at Pusat Bandar Bayan Baru ,Bayan Lepas ,11900 Penang
    Want to register one Saturday for Renewal please

    Reply

Leave a Comment