Cara Renew Insurans Kereta Online


Adakah insurans/takaful kereta anda sedang menghampiri tarikh luput atau expired? Anda juga tidak perlu bersusah payah keluar bagi berbuat demikian. Jadi, izinkan kami kongsikan cara renew insurans kereta online.

Persediaan sebelum renew insurans kereta

Insurans kereta juga penting seperti cukai jalan anda. Antara insurans kereta yang ada seperti Allianz, AIG, AXA, Takaful, Kurnia Insurans, Liberty Insurance, MPI Generali, Great Eastern, Pacific Insurance, RHB Insurance, Takaful Malaysia, Tune Protect, Zurich dan Zurich Takaful.

Anda boleh baca artikel ini bagi mengetahui cara membuat perbandingan sebelum membeli insurans yang dikehendaki.

Cara renew insurans kereta online

Panduan memperbaharui insurans kereta secara online terbahagi kepada dua iaitu melalui MYEG dan aplikasi Pos Malaysia.

Cara renew insurans kereta melalui MYEG

Berikut merupakan cara renew insurans kereta anda melalui online. Caranya seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.myeg.com.my/
  2. Klik Perbaharui Auto Insuran (Kereta)/Perbaharui Auto Insuran (Motorsikal).
  3. Syarikat-syarikat insurans dan takaful akan dipaparkan pada skrin anda.
  4. Anda juga diberi pilihan untuk tukar bahasa pada sebelah kiri atas skrin anda.
  5. Anda juga boleh membuat perbandingan pada laman yang sama sebelum membeli insurans yang dikehendaki. Anda boleh langkau langkah ini sekiranya anda ingin terus ke cara renew insurans kereta online.
  6. Klik butang Bandingkan Sekarang. Butang ini berada di bawah senarai syarikat yang dipaparkan.
  7. Kemudian, klik Get A Quote/Dapatkan Sebut Harga pada syarikat insurans atau takaful yang dipilih.
  8. Pada bahagian Please enter your vehicle registration number, masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda pada ruangan Vehicle Reg.No.
  9. Klik Next.
  10. Masukkan semua maklumat yang diminta mengikut setiap bahagian.
  11. Anda juga boleh masukkan maklumat tambahan pemandu dan perlindugan tambahan kereta (aksesori, bencana, perlindungan cermin).
  12. Semua maklumat yang dimasukkan ini penting bagi pengiraan harga insurans yang telah anda pilih.
  13. Oleh itu, maklumat yang dimasukkan tepat dan jujur.
  14. Selesai.

Cara renew insurans kereta melalui aplikasi Pos Malaysia

Anda juga boleh renew insurans kereta secara online di aplikasi Pos Malaysia seperti cara di bawah.

  1. Download aplikasi Pos Malaysia dari Google Play Store untuk pengguna Android
  2. Untuk pengguna iPhone sila download dari App Store ke dalam telefon anda.
  3. Kemudian, klik Insurance/Takaful.
  4. Klik Private Car Insurance/Takaful atau Motorcycle Insurance/Takaful.
  5. Masukkan nombor kenderaan pada ruangan Vehicle Registration No bagi memulakan proses cara renew insurans kereta online.
  6. Pada bahagian Owner’s Details, pilih ID Type. (MyKad, MyPr, Passport,Police,Army)
  7. Masukkan nombor pengenalan pada ruangan ID No.
  8. Pilih jantina anda pada ruangan Gender.
  9. Pilih status perkahwinan anda pada ruangan Marital Status.
  10. Pilih poskod anda pada ruangan Postcode.
  11. Masukkan nombor telefon anda pada ruangan Mobile No.
  12. Pada bahagian Coverage Type, pilih Comprehensive.
  13. Klik Next.
  14. Kemudian, pilih syarikat insurans atau takaful yang ingin renew pada bahagian Select your Insurer.
  15. Pada bahagian Add-On Coverage (Optional),anda boleh masukkan maklumat-maklumat yang diminta sekiranya anda ingin masukkan sahaja bukan wajib.
  16. Anda perlu buat bayaran.
  17. Pada bahagian Transaction Details. bayaran anda berjaya apabila Thank for your payment! dipaparkan pada skrin anda.
  18. Selesai.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian tentang cara renew insurans kereta online telah memudahkan lagi urusan anda.

Anda juga boleh baca artikel ini untuk mengetahui cara renew roadtax anda.

Ingat insurans kereta juga penting, cukai jalan juga penting!

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment