Cara Renew Lesen di Pejabat Pos


Adakah lesen memandu anda akan tamat tempoh dalam masa terdekat? Jangan bimbang. Boleh baca cara renew lesen memandu ini, yang boleh dilakukan di Pejabat Pos berhampiran. Kalau malas sangat, boleh renew lesen online.

Langkau artikel ini untuk baca cara renew roadtax di Pejabat Pos.

Perbaharui lesen memandu

Apa yang perlu dilakukan oleh anda sekiranya lesen anda telah tamat tempoh? Sudah semestinya anda perlu memperbaharuinya, atau dalam istilah mudah, renew lesen anda.

Anda boleh renew lesen memandu di beberapa lokasi berikut:

  • Di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri /Cawangan
  • Di pusat Urban Transformation Centre (UTC)
  • Di Pejabat Pos Malaysia Berhad

Syarat renew lesen memandu di Pejabat Pos

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk anda renew lesen anda:

  • Tempoh untuk renew lesen adalah untuk 1,2,3,4 dan 5 tahun sahaja.
  • Anda tidak disenaraihitamkan.

Dokumen untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos

Anda juga perlu membawa beberapa dokumen bersama anda iaitu:

  • MyKad/Pasport yang asal, ataupun salinan MyKad/Pasport sekiranya wakil melakukannya untuk anda.
  • MyKad/Pasport asal milik wakil anda.
  • Lesen memandu asal/salinan milik anda.
  • Dokumen pengenalan asal milik wakil.
  • 1 gambar warna (berlatar belakang putih), berukuran 25mm x 32mm
  • Memegang pasport yang masih berkuat kuasa (untuk warga asing sahaja)

Mulai 16 Julai 2013, anda diberi pilihan untuk mengemukakan gambar anda, sama ada membawa sendiri gambar terbaru anda berukuran 25mm x 32mm berlatar belakangkan putih, ATAU mengambil gambar baru di kaunter, ATAU menggunakan gambar anda yang terdapat di MyKad.

Anda juga perlu mengenal pasti kelas untuk lesen anda. Di bawah ialah jenis kelas untuk lesen memandu di Malaysia:

  • Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  • Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  • Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
  • Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  • Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  • Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
  • Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  • Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  • Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  • Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
  • Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg

Cara renew lesen memandu di Pejabat Pos

  1. Pergi ke mana-mana pejabat pos yang terdekat dengan anda.
  2. Sekiranya anda tidak tahu pejabat pos yang mana berdekatan dengan anda, layari link laman web ini https://www.pos.com.my/personal/financial-services/pos-outlet-finder
  3. Anda akan dibawa ke laman web POS Malaysia di bahagian Pos Outlet Finder.
  4. Pilih negeri untuk pejabat pos yang terdekat dan dapatkan alamat yang tertera.
  5. Apabila anda tiba di pejabat pos, ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda tiba.
  6. Tiba giliran anda, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin renew lesen CDL anda.
  7. Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
    • Kelas A & A1 – RM2
    • Kelas B2, B & C – RM20
    • Kelas D sehingga I – RM30
  8. Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  9. Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
  10. Kemudian, serahkan lesen memandu anda, sama ada yang asal atau salinan.
  11. Serahkan sekeping gambar anda berlatar belakang putih dan berukuran 25mm x 32mm.
  12. Serahkan wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda seperti di nombor (6).
  13. Tunggu sehingga kad lesen memandu anda siap.
  14. Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.
  15. Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.
  16. Setelah siap, pergi semula ke kaunter dan dapatkan kad lesen memandu anda.
  17. Proses anda selesai.

Cara renew lesen memandu di JPJ

Izinkan juga untuk kami berkongsi cara perbaharui lesen memandu di JPJ.

  1. Pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri ataupun mana-mana cawangan JPJ yang terdekat dengan anda.
  2. Berhubung dengan pegawai di situ dan dapatkan bilik/kaunter untuk renew Lesen Memandu Kompeten CDL.
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda tiba.
  4. Tiba giliran anda, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin renew lesen CDL anda.
  5. Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
    • Kelas A & A1 – RM2
    • Kelas B2, B & C – RM20
    • Kelas D sehingga I – RM30
  6. Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  7. Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
  8. Kemudian, serahkan lesen memandu anda, sama ada yang asal atau salinan.
  9. Serahkan sekeping gambar anda berlatar belakang putih dan berukuran 25mm x 32mm. Sekiranya anda tidak membawa bersama gambar, anda boleh membuat gambar baru di kaunter, ataupun kaunter akan menggunakan gambar asal anda pada kad pengenalan anda.
  10. Serahkan wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda seperti di nombor (5).
  11. Tunggu sehingga kad lesen memandu anda siap.
  12. Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.
  13. Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.
  14. Setelah siap, pergi semula ke kaunter dan dapatkan kad lesen memandu anda.
  15. Proses anda selesai.

Cara renew lesen memandu di UTC

Urban Transformation Centre (Pusat Transformasi Bandar) adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan untuk menyediakan masyarakat bandar dengan perkhidmatan kerajaan dan swasta yang utama di bawah satu bumbung. Pejabat JPJ juga terdapat di UTC.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan UTC yang terdekat dengan anda.
  2. Pergi kepejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (untuk UTC di negeri Terengganu dan Sabah cawangan Kota Kinabalu, kaunter untuk JPJ diletakkan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara)
  3. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda tiba.
  4. Tiba giliran anda, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin renew lesen CDL anda.
  5. Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
    • Kelas A & A1 – RM2
    • Kelas B2, B & C – RM20
    • Kelas D sehingga I – RM30
  6. Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  7. Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
  8. Kemudian, serahkan lesen memandu anda, sama ada yang asal atau salinan.
  9. Serahkan sekeping gambar anda berlatar belakang putih dan berukuran 25mm x 32mm. Sekiranya anda tidak membawa bersama gambar, anda boleh membuat gambar baru di kaunter, ataupun kaunter akan menggunakan gambar asal anda pada kad pengenalan anda.
  10. Serahkan wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda seperti di nombor (5).
  11. Tunggu sehingga kad lesen memandu anda siap.
  12. Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.
  13. Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.
  14. Setelah siap, pergi semula ke kaunter dan dapatkan kad lesen memandu anda. Proses anda selesai.

Akhir kata

Kesimpulannya, proses renew lesen memandu di Pejabat Pos tidaklah sukar. Ternyata lebih mudah kerana ada banyak Pejabat Pos yang berhampiran dengan rumah.

Sekiranya lesen anda telah tamat tempoh dan anda ingin renewlesen anda, anda tidak akan dikenakan sebarang denda kerana lewat renew lesen anda.

Tetapi, sekiranya anda didapati memandu di jalan raya dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh, anda sudah pasti akan dikenakan denda dan saman.

Jadi, buatlah pilihan dengan bijak, dan segera renew lesen anda.

Semoga bermanfaat.

25 thoughts on “Cara Renew Lesen di Pejabat Pos”

  1. Puan, saya bru g renew lesen memandu. Kalau kt pos tak perlu gambar. Dorang kata ikut gmbar ic. Boleh update kot sbb membazir wang dan masa ambil gmbar. Utk yg nak renew d pej pos lah

    Reply
  2. Lewat 10bulan renew lesen memandu.. Ada kopmpaun ka?
    Sama kalo nak pergi renew di pejabat pos utc kena buat appointment ka, Atau pun tk perlu?

    Ada sepa yg buli bagi info??
    Thanks.

    Reply
  3. saya baru perasan lesen saya dah tamat tempoh , lesen saya sekarang masih P boleh tak kalau saya nk renew dekat pejabat post atau saya kena pergi JPJ untuk dapat lesen kompiten

    Reply
  4. Maaf saya nak tanya saya punya lesen L sekali dengan kereta dan motor tapi saya nak renew lesen L untuk kereta sahaja sebab motor saya dah dpt p kalau nak renew perlu ke renew sekali dgn motor?

    Reply
  5. Hi, want to ask if want to renew car license at JPJ, need to do the appointment?

    and want to ask now the post office still have the service for renew car license?

    Thank you

    Reply
  6. ASSALAM… TUAN, CIK JPJ..
    SAYA HENDAK HIDUPKAN LASEN MEMANDU DAN JUGAK LASEN GDL, PSV.
    SAYA SUDAH HENDAK TAMAT TEMPOH.. 3. 7. 2021. HARI SELASA.
    MASALAHNYA.. KALAU SAYA TAK DAPAT HENDAK HIDUPKAN LESEN GDL & PSV.
    DAH MENJADI MASALAH BESAR PADA KERJA PENDAPATAN GAJI HARIAN SAYA SEORANG PEMANDU..
    .. KERJA SAYA HANYA SEBAGAI PEMANDU GAJI HARIAN DAN PENDAPATAN UNTUK SARA KELUARGA, SAYA HENDAK HIDUP LESEN GDL & PSV DI KAUNTER JPJ KG SIMEE IPOH PERAK MASIH TUTUP TAK… MASALAH PKP.

    Reply
  7. Lesen dh lewat setahun…2020….skrang dh ogos 2021….nk renew kt my e.g atau my.sikap x boleh..sbb x de maklumat bergambar …knapa yea..ade lesen knape x de maklumat bergambar plak.

    Reply
  8. Saya nak bayar lesen motorsikal B2 selama 3 tahun kena bayar berapa saya bayar rm 200.00 ringgit bayar seven eleven
    .

    Reply

Leave a Comment