Tarikh tutup nak dekat dah ni. Dah buat semakan semula permohonan BKM 2022 anda ke belum? Nanti tak pasal-pasal tak dapat bantuan, diri sendiri yang menyesal sebab tak double check informasi dan maklumat masa hantar permohonan. Yang penting, jangan tanya bila tarikh BKM masuk kalau masih lagi belum check status BKM samada layak menerima bayaran atau tidak.
Daftar & mohon dulu sebelum semak
Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini telah pun dibuka pada 1 Januari 2022 hinggalah 31 Januari 2022 yang mana telah menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini. Bantuan ini adalah untuk golongan-golongan yang bersasar seperti kategori warga emas bujang, tiada pasangan dan juga isi rumah.
Nak tahu lebih lanjut siapa lagi yang akan dapat bantuan ini boleh klik link portal rasmi Kementerian Kewangan ini https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html
Jadi sebelum tarikh permohonan ditutup, kami cadangkan lalukan semakan permohonan BKM anda. Bukannya apa, ย jika ada sebarang kesilapan dan perbezaan, boleh terus buat proses kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia. Mungkin kalau dengan lakukan semakan dapat bantu permohonan anda diterima.
Tak perlu risau dan pening. Kami akan kongsikan cara nak buat semakan maklumat BKM yang cukup mudah dan ringkas.
1. Cara semakan BKM (Kelulusan Permohonan)
Berikut ialah langkah-langkah untuk menyemak status lulus atau gagal permohonan BKM:
- Pergi ke portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
- Tekan pada LOG MASUK BKM
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan/IC.
- Tekan SEMAK.
- Tekan YA kalau kata keselamatan betul.
- Masukkan kata laluan myBPR atau myBKM anda.
- Tekan Log Masuk.
- Kemudian Laman Utama Portal myBKM akan terpapar
- Semak status kelayakan dengan klik Semakan Status
- Di situ akan tulis sama ada Status Permohonan LULUS atau tidak.
- Tekan KEMBALI.
- Selesai.
- Log Keluar.
Seandainya permohonan anda TIDAK LULUS, sila buat rayuan BKM bermula pada 2 Mei 2022 nanti. Kalau masih tidak cukup, boleh apply pengeluaran khas KWSP 10k. Cuma ini adalah duit sendiri, bukan duit bantuan kerajaan.
2. Cara semakan BKM (Pembayaran)
Berikut pula ialah langkah-langkah untuk menyemak status bayaran BKM melalui portal MyBKM:
- Pergi ke portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
- Tekan pada LOG MASUK BKM
- Kemudian masukkan Nombor Kad Pengenalan/IC.
- Tekan SEMAK.
- Tekan YA kalau kata keselamatan betul.
- Masukkan kata laluan myBPR atau myBKM anda.
- Tekan Log Masuk.
- Kemudian Laman Utama Portal myBKM akan terpapar
- Semak status kelayakan dengan klik Semakan Status
- Di situ akan tulis sama ada Status Permohonan LULUS atau tidak.
- Jika status permohonanย LULUS, anda akan dapat lihat paparan
- Amaun Kelulusan Asas BKM
- BKM Tambahan
- Jumlah Keseluruhan BKM
- Jumlah Telah Dibayar
- Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran dan Maklumat Anak untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran
- Selesai.
- Log Keluar.
Semakan BKM melalui portal MyBKM sahaja tidak cukup. Anda perlu pastikanย bayaran BKMย itu betul-betul masuk dengan menyemak baki akaun bank anda.
3. Bila boleh buat semakan BKM?
Untuk BKM Fasa 1, anda boleh mula buat semakan pada 28 Mac 2022.
4. Bila boleh tahu permohonan BKM 2022 LULUS atau TIDAK?
Untuk BKM Fasa 1 ini, anda boleh mula buat semakan kelulusan pada 28 Mac 2022.
5. Kalau belum mohon BKM macam mana?
Anda boleh layari di laman web rasmi BKM 2022 https://bkm.hasil.gov.my/.
Kemudian boleh buat pendaftaran BKM dan mohon dengan mengikut panduan yang dikongsikan oleh portal rasmi BKM ini.
Walau bagaimanapun, memandangkan tarikh sudahpun ditutup, anda tidak dibenarkan mendaftar BKM lagi. Anda hanya dibenarkan untuk mengemaskini BKM bagi bahagian akaun bank, status perkahwinan dan jumlah anak.
Harap-harap akan ada bantuan kerajaan yang lain pada masa hadapan.
6. Semakan BKM bujang macam mana?
Langkah-langkah semakan bagi pemohon BKM 2022 bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima dan ada salah isi maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan.
7. Semakan warga emas bujang macam mana?
Cara semakan bagi pemohon BKM 2022 warga emas bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tetapi ada salah isi maklumatย dan masalah maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan di kaunter BKM 2022.
8. Semakan BKM isi rumah pula macam mana?
Semakan bagi pemohon BKM 2022 isi rumah yang tidak mempunyai anak, lebih dari 1 orang anak atau lebih dari 3 orang anak adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tapi ada masalah sistem atau isi maklumat boleh kemaskini hanya di cawangan LHDN berdekatan.
9. Bila tarikh pembayaran dilakukan?
Seperti yang dimaklumkan di portal rasmi BKM pembayaran akan dilakukan secara 4 fasa. Iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember. Anda boleh juga lakukan semakan jadual pembayaran untuk lebih faham di link rasmi myBKM ini.
- Untuk bayaran BKM bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 โ 8 April 2022
- Untuk bayaran BKM bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
- Untuk bayaran BKM bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
10. Kalau tak dapat buat semakan BKM secara online macam mana?
Boleh pergi ke kaunter LHDN di pusat cawangan yang berdekatan dengan kawasan anda atau hubungi nombor telefon talian khas cawangan BKM ini.
11. Bila boleh buat semakan BKM di pusat cawangan LHDN?
Waktu dan hari operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kaunter Bantuan Keluarga Malaysia bagi setiap negeri dan kawasan adalah berlainan. Anda boleh rujuk dulu bila waktu dan hari operasi pembukaan kaunter BKM 2022 hanya di sini. Nak call pun boleh kalau sibuk nak ke LHDN.
Kaunter BKM 2022 tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat).
Pastikan anda mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh LHDN ketika tiba di pusat cawangannya.
12. Kalau masa semakan ada masalah untuk check BKM macam mana?
Jika ketika semakan dilakukan ada masalah dan kekeliruan anda boleh berhubung dengan saluran-saluran rasmi yang BKM 2022 sediakan di https://bkm.hasil.gov.my/#contact.
Katakanlah anda ada masalah WiFiย atau tiba-tiba smartphone buat hal boleh terus pergi ke pusat cawangan LHDN yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda untuk semakan dan kemaskini semula maklumat permohonan BKM anda.
Akhir kata
Bantuan Keluarga Malaysia ini antara inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat. Jadi jika anda sudah selesai memohon jangan lupa untuk buat semakan semula. Takut-takut kalau ada kesilapan maklumat dan ianya antara sebab yang boleh mengganggu permohonan anda.
Jika tidak cukup, sila tungguk pengeluaran khas KWSP 10k yang akan dibuka pada 1 April 2022. Cuma masih belum pasti, ia akan dipanggil i-Ceria atau hanya pengeluaran khas KWSP RM10000 sahaja. Sama-sama kita nantikan.
Bagi yang sudah berkeluarga, jangan lupa juga untuk buat semakan BKK untuk keputusan Bantuan Kanak-Kanak.
Semoga tahun 2022 ini lebih baik dari sebelumnya dan perkongsian ini memberi manfaat untuk anda dan orang sekeliling anda.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
thank you
kelulusan
10
Saya tidak dapat nak cek status BKM
Kenapa tiada record permohonan secara manual dalam talian (online) rasmi bkm?
Saya tak dapat nak semak status kelulusan bkm
saya tidak dapat nak cek status BKM
770408016147
Semak
smkn bkm bujang
BKM2022
Macam mana pulak dengan dah lulus dan dalam proses pengkreditkan. tapi tengok dalam acc takda. nak kena pergi bank ke?
Saya tak dapat nk cek status bkm saya…saya tak ingat pasword…
Saya tidak dapat nak cek status bkm dan mendaftar log maksuk bkm
Blm sudah masuk ke
Belum lagi
Bkm
tak dapat semak lupa kata laluan.macam mana nk buat.alamat email pun dh cuba salah juga….๐ญ
Aduh…dapat rm100 Aje..
Saye xdpat msuk link bkm Tu xtau lulus ke tidak
mcm
Saya pun tk boleh cek lupa kata laluan dan alamat email masa daftar
Kalau dulu dapat BPR skrng perlu mohon semula Ker untuk bkm
Saya nak tahu lulus ke tak. Semua bantuan saya dapat tapi kali kemas kini lambat jawab soalan dah cuba berulangkali tapi tak boleh tolong saya.
Fasa1 28Mac-31Mac
Masih belum dikreditkan pembayaran
Macam mana pulak dengan dah lulus dan dalam proses pengkreditkan.dh 31Mac pun msh belum kreditkan lagi dlm account bank.
Nak kena pergi bank ke?
BELUM LAGI DI KREDIT KAN
BELUM MASUK MYBANK BKM DA LULUS DA BILA MASUK
dah try cek xboleh,nk pw bagai..ni dah 2hb..xmasuk bank jgk..kena g pejabat LHDN pulak kee? ke tunggu hari pejabat bukak?
Muhammad masuam bin Zainal ni 851225085187 lulus ke tk duit BKM
Belom menerima bantuan
Bkm lulus
Saya belum terima lagi bayaran.
Bkm bujang
Lulus ka
Saya belum terima lagi bayaran