BKM / STR, pada sekilas pandang
Kemaskini Mei 2026: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah Kerajaan Madani. Portal kini diuruskan di bantuantunai.hasil.gov.my manakala bkm.hasil.gov.my kekal sebagai pautan rujukan untuk semakan rekod lama.
| Atribut | Butiran (2026) |
|---|---|
| Nama semasa | Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sebelum ini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) |
| Portal utama 2026 | bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
| Pengendali | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas arahan Kementerian Kewangan |
| Log masuk | No. Kad Pengenalan + kata laluan + kod keselamatan |
| Semakan status | MySTR Login, masukkan MyKad, sahkan kod keselamatan, masukkan kata laluan |
| Status fasa 2 STR 2026 | Bermula 30 Mac 2026 (semakan dan bayaran berfasa) |
| Hotline | 1-800-88-2747 |
Untuk jadual lengkap empat fasa pembayaran STR 2026, kadar bantuan mengikut kategori isi rumah dan cara semak status melalui MySTR, lihat panduan kami: Jadual Pembayaran STR 2026.
Orang yang menerima BR1M zaman Najib akan tahu bahawa setiap bantuan akan mempunyai portal tersendiri. Jika BSH, ada bsh.hasil.gov.my. Jika BPN, ada bpn.hasil.gov.my. Jika BPR, ada link bpr.hasil.gov.my. Untuk BKC pula, ada portal bkc.hasil.gov.my. Sudah pasti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga hadir dengan bkm.hasil.gov.my untuk kegunaan rakyat atas tujuan permohonan, semakan dan lain-lain lagi berkaitan BKM 2022.
Bagi anda yang perlukan bantuan KWSP 10k, boleh cuba buat pengeluaran i-Ceria. Bagi yang tertunggu-tunggu status kelulusan, sila check BKM untuk buat semakan status kelulusan yang terbaru. Jangan asyik tanya bila tarikh BKM dapat kalau belum semak status kelulusan dan pembayaran.
Portal MyBKM di bkm.hasil.gov.my
Apa yang tertulis di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman kami menulis panduan bantuan-bantuan sebelum ini. Ternyata benar, memang sudah boleh daftar BKM menggunakan pautan tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga boleh kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia dengan mengemaskini nombor telefon terkini, status perkahwinan, jumlah anak dan lain-lain.Bila boleh login BKM guna pautan bkm.hasil.gov.my?
Seperti yang kami nyatakan di atas, kami hanya menjangkakan bahawa kerajaan akan melancarkan portal MyBKM. Kami suka berfikir jauh ke hadapan. Jika benar-benar sudah live nanti, anda boleh terus masuk dan Log Masuk.Soalan bila boleh login BKM itu sukar untuk kami jawab kerana kewujudannya juga masih lagi belum pasti.
Tapi, andainya portal BKM sudah siap nanti, format dan interface lebih kurang sama sahaja dengan BPR dan BKC.
Jadi, sekiranya telahan kami betul, berikut ialah cara-cara untuk login BKM melalui MyBKM:
- Layari laman web rasmi BKM di sini: https://bkm.hasil.gov.my
- Bagi memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Untuk terus buat semakan, ini satu lagi direct link untuk buat semakan: https://bkm.hasil.gov.my/SemakanStatusBKM.aspx
- Masukkan No MyKad
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 960404-14-5555, masukkan 960404145555
- Tekan butang Semak
- Sekiranya semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, maklumat berkenaan kelulusan dan bayaran BKM akan terpapar
- Selesai
Semakan status BKM melalui bkm.hasil.gov.my
Selepas berjaya log masuk, sila cek BKM untuk lihat status seperti berikut:- Status
- Amaun Keseluruhan Diterima
- Maklumat Bayaran
Terlupa Kata Laluan BKM
Sekiranya anda tidak boleh masuk ke dalam portal MyBKM kerana terlupa Kata Laluan, sila ikut panduan berikut untuk reset password BKM:- Klik laman Log Masuk Pengguna BKM di sini: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Abaikan ID Pengguna dan jangan tekan butang Semak
- Sebaliknya klik pautan Terlupa Kata Laluan?
- Anda akan berada di bahagian Terlupa Kata Laluan
- Di ruangan SOALAN KESELAMATAN, masukkan ID Pengguna iaitu Nombor MyKad anda
- Sekiranya anda dalam rekod, akan terpapar soalan baru iaitu Sila masukkan emel yang telah didaftarkan
- Masukkan Emel anda
- Tekan butang seterusnya
- Ikuti arahan yang diberikan sehingga selesai
- Selesai
Akaun BKM disekat LHDN?
Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, janganlah panik. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 15 minit. Selepas itu, cuba log masuk sekali lagi. Jika masih lagi ada masalah, boleh hubungi LHDN.
Masalah login di bkm.hasil.gov.my
Soalan "Kenapa BKM tak boleh login" sangat-sangat popular. Kami juga penat mahu menjawab.Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BKM:
- Portal BKM jem, tak boleh masuk
- Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BKM mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
- Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BKM dalam masa yang sama.
- Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 1 pagi dan ke atas.
- Keluar error "ID pengenalan belum didaftarkan"
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar bantuan-bantuan sebelum ini
- Untuk makluman, anda perlu buat pendaftaran baru
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini.
- Jadi, anda perlu reset password BKM
- Jangan menggelabah. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan? sebelum mencuba Log Masuk BKM
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda pilih semasa buat pendaftaran BPR sebelum ini
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang selanjutnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Akhir kata
Tidak kiralah anda sudah berkahwin atau pemohon BKM bujang, diharapkan agar perkongsian kami mengenai panduan untuk log masuk bkm.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda.Semoga dipermudahkan segala urusan.