Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Apa yang perlu dikemaskini dalam BKM 2022?
Secara amnya, cara kemaskini BKM ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di bkm.hasil.gov.my Nombor akaun bank terbaru- Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BKM 2022
- Jika anda ingin tukar akaun bank baru, contohnya dari CIMB ke Maybank, sila kemaskini
- Sila ambil maklum bahawa jika akaun bank tidak aktif, duit bantuan tidak dapat dimasukkan
- Jika status terkini anda adalam sudah berkahwin, sila kemaskini BKM
- Jika status terkini anda adalah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia
- Bagi BKM Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
- Kegagalan untuk kemas kini ruangan ini akan menyebabkan duit bantuan tidak masuk seperti yang sepatutnya
- Contohnya, jika anda sudah berkahwin tetapi dalam BKM masih lagi bujang, ada kemungkinan wang yang akan diterima lebih kecil nilainya
- Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BKM
- Jika gagal untuk kemaskini BKM dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.
- Ini hanya untuk yang sudah berkeluarga sahaja
- Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BKM juga
- Data ini penting untuk pihak kerajaan menyalurkan duit bantuan yang sepatutnya
Kenapa perlu kemaskini BKM 2022?
Tidak ada maklumat yang kekal sepanjang zaman. Pasti ada perubahan. Jadi proses kemaskini BKM ini perlu dilakukan bagi memastikan setiap data pemohon adalah konsisten dan terkini. Bagi pihak kerajaan, data pemohon yang terkini penting bagi merancang bantuan-bantuan pada masa akan datang. Tambahan lagi, jika data dikemaskini dengan baik, diharapkan agar semasa proses untuk check bayaran BKM nanti tidak akan ada apa-apa masalah. Sekiranya anda mempunyai masalah untuk log masuk BKM untuk mengemaskini maklumat, boleh cuba untuk reset kata laluan BKM.Cara kemaskini BKM 2022
Jika anda boleh login BKM, ini bermakna ada boleh kemaskini BKM. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:- Layari laman web https://bkm.hasil.gov.my
- Klik butang LOG MASUK BKM di bahagian atas skrin
- Untuk direct link, klik https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Login dengan memasukkan No MyKad / ID Pengguna
- Semak maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, nombor telefon bimbit, status perkahwinan, bilangan anak dan lain-lain yang berkaitan
- Jika semuanya sama dan tidak ada perubahan, jangan buat apa-apa. Abaikan.
- Jika ada perubahan, sila edit dan buat pindaan berdasarkan maklumat terkini
- Tekan butang Simpan
- Selesai