Check BKM 2022 (Semak Status Pembayaran & Status Permohonan LULUS)


Untuk memudahkan anda, kami akan menjelaskan cara untuk andaย check status BKM yangย boleh disemak melalui portal bkm.hasil.gov.my. Sila baca dan fahami setiap proses semakan yang terlibat iaitu penerimaan permohonan,ย status permohonan lulus atau gagal, semakan status pembayaran BKM dan duit masuk ke dalam akaun bank.

Izinkan kami berkongsi.

1. Check permohonan BKM diterima

Jika anda adalah salah seorang individu yang telahย mohon BKM dan jugaย kemaskini BKM untuk update status perkahwinan dan jumlah anak yang terkini, sila pastikan bahawa permohonan dan pengemaskinian tersebut telah diterima oleh LHDN.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Log Masuk BKM di sini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan Noย MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Jika tiada masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BKM 2022
  6. Lihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.

Walau bagaimanapun, jika anda adalah pemohon baru BKM Hasil yang belum pernah mendaftar serta memohon BSH, BPN dan BPR, sila buatย pendaftaran BKM. Sila buat semakan samada tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka atau tidak.

 

2. Semakan status permohonan BKM (Lulus)

Hanya ada dua sahaja status permohonan BKM iaitu samada LULUS atau GAGAL.

Jadi, ini bermakna walaupun permohonan BKM anda telah selamat diterima, itu bukan satu janji bahawa anda akan lulus Bantuan Keluarga Malaysia ini secara automatik. Anda masih lagi perlu buatย semakan status kelulusan BKM melalui portal bkm.hasil.gov.my

Ikuti panduan di bawah:

  1. Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan Noย MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Kalau semuanya berjalanlancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Semak samada anda berstatus LULUSย atauย GAGAL

Jika LULUS, sila teruskan membaca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BKM pula.

Jika GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan BKM.

 

3. Check status bayaran BKM (Berjaya Kredit)

Walaupun LULUS permohonan, anda perlu check status pembayaran BKM samada anda mendapat status samada Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Sila buatย semakan status bayaran BKM melalui portal BKM.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan Noย MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika status permohonanย LULUS, anda akan dapat lihat paparan
    • Amaun Kelulusan Asas BKM
    • BKM Tambahan
    • Jumlah Keseluruhan BKM
    • Jumlah Telah Dibayar
  7. Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran dan Maklumat Anak untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran

Pastikan juga anda sudah check tarikh bayaran BKM, takut-takut tak sedar duit sudah masuk.

 

4. Cara check bayaran BKM masuk akaun bank sendiri atau pasangan

Macam mana pula nak tahu samada duit BKM masuk dalam akaun suami atau isteri?

Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan Noย MyKad / ID Pengguna
  3. Klik Semak
  4. Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika status permohonanย LULUS, anda akan dapat lihat paparanย Amaun Kelulusan Asas BKM, BKM Tambahan, Jumlah Keseluruhan BKM dan yang terakhir Jumlah Telah Dibayar
  7. Tekan butang Maklumat Bayaran
  8. Anda akan dapat lihat paparan Maklumat Bayaran seperti berikut:
    • Tarikh Kredit
    • No Pengenalan Akaun Dikredit
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • No Akaun
    • Kod Tidak Berjaya
    • Tarikh Tunai
  9. Lihat betul-betul bahagian Nama
  10. Pastikan Nama enerima itu ialah nama suami atau ister

 

4. Linkย untuk Log Masuk BKM

Sila ambil maklum bahawa anda mungkin tidak dapat aksesย link ini kerana terlalu ramai yang cuba login.ย Untuk mengelakkan dari kesesakan yang disebabkan oleh jumlah pelawat yang tinggi, adan disarankan untuk Log Masuk pada waktu puncak. Contoh 2.00 atau 3.00 pagi.

Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi BKM di sini: https://bkm.hasil.gov.my
  2. Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus gunaย direct link untuk Log Masuk Bantuan Keluarga Malaysia di sini: https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  3. Masukkan No MyKadย anda
  4. Pastikan No MyKadย yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  5. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dashย 
  6. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 900202-03-5355, masukkan 900202035355
  7. Tekan butang Semak
  8. Selesai

 

5. Macam mana kalau belum mohon BKM?

Maaf, tempoh untuk permohonan sudah ditutup. Walau bagaimanapun, anda boleh layari di laman web rasmi BKM 2022, kemudian boleh daftar dan mohon dengan mengikut panduan yang dikongsikan oleh portal rasmi BKM.

 

6. Macam mana nak checkย bayaran BKM bujang?

Langkah-langkah semakan bagi pemohon BKM bujang bagi tahun 2022 adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima dan ada salah isi maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan.

 

7. Macam mana nak cek dan buat semakan BKM untuk warga emas?

Cara semakan bagi pemohon BKM 2022 warga emas bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tetapi ada salah isi maklumatย  dan masalah maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan di kaunter BKM 2022.

 

8. Semakan BKM keluarga / isi rumah pula macam mana?

Semakan bagi pemohon BKM 2022 isi rumah yang tidak mempunyai anak, lebih dari 1 orang anak atau lebih dari 3 orang anak adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima tapi ada masalah sistem atau isi maklumat boleh kemaskini hanya di cawangan LHDN berdekatan.

 

9. Bila tarikh untuk chek pembayaran BKM 2022?

Seperti yang dimaklumkan di portal rasmi, tarikh bayaran BKM adalah pada bulan Mac, Jun, September dan Disember yang akan dilakukan secara 4 fasa.

  • Untuk bayaran BKM bulan Mac 2022, tarikh pembayaran ialah: 28 Mac 2022 – 8 April 2022
  • Untuk bayaran BKM bulan Jun 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM bulan September 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi
  • Untuk bayaran BKM bulan Disember 2022, tarikh pembayaran belum diumumkan lagi

Anda boleh juga lakukan semakan jadual pembayaran untuk lebih faham di link rasmi myBKM ini.

 

10. Kalau tak dapat buat semakan BKM secara online macam mana?

Boleh pergi ke kaunter LHDN di pusat cawangan yang berdekatan dengan kawasan anda atau hubungi nombor telefon talian khas cawangan BKM ini.

 

11. Bila boleh buat semakan BKM di pusat cawangan LHDN?

Waktu dan hari operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk kaunter Bantuan Keluarga Malaysia bagi setiap negeri dan kawasan adalah berlainan. Anda boleh rujuk dulu bila waktu dan hari operasi pembukaan kaunter BKM 2022 hanya di sini. Nak call pun boleh kalau sibuk nak ke LHDN.

Kaunter BKM 2022 tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat).

Pastikan anda mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh LHDN ketika tiba di pusat cawangannya.

 

12. Macam mana kalau ada masalah semasa nak check BKM?

Jika ketika semakan dilakukan ada masalah dan kekeliruan anda boleh berhubung dengan saluran-saluran rasmi yang BKM 2022 sediakan di https://bkm.hasil.gov.my/#contact.

Katakanlah anda ada masalah WiFiย  atau tiba-tiba smartphone buat hal boleh terus pergi ke pusat cawangan LHDN yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda untuk semakan dan kemaskini semula maklumat permohonan BKM anda.

 

Akhir kata

Sila ambil maklum bahawa proses semakan BKM ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran.

Jadi, anda tak perlu marah-marah dan menyalahkan pihak LHDN kerana semuanya perlukan masa. Ada kalanya, pembayaran jadi lambat masuk akaun bank kerana pihak bank itu sendiri.

Apa-apa pun, banyakkan bersabar dan sama-sama kita berdoa agar hidup kita semua dipermudahkan.

Semoga tahun 2022 ini lebih baik dari sebelumnya dan perkongsian ini memberi manfaat untuk anda dan orang sekeliling anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Categories BKM

32 thoughts on “Check BKM 2022 (Semak Status Pembayaran & Status Permohonan LULUS)”

  1. Betul2 babi lah ape lah salah nya NB masuk kan lah sekali pada 1 tarikh ni ko bagi tarikh dari be 28/4 sampai 8/5 tak ke korang buat naya je kat orang yang duitnya masuk 8/5 betul2 perangai babi mcmni

    Reply
  2. Betul2 babi lah ape lah salah nya NB masuk kan lah sekali pada 1 tarikh ni ko bagi tarikh dari be 28/4 sampai 8/5 tak ke korang buat naya je kat orang yang duitnya masuk 8/5 betul2 perangai babi mcmni

    Reply
  3. Bayaran ke kredit bila masuk akaun kerana sudah lulus .. utk ke credit akaun CIMB sedang proses.. bila nk masuk ke credit akaun?

    Reply
  4. untuk semak kelulusan pn nk kena key in password bagai la plk…bukan semua password nak ingat sedia setahun sekali ja kot guna password tu…adoi pening

    Reply
  5. Saya wakil bagi pihak bapa saya…sudah check kt status LULUS…bila dikreditkan dalam akaun Bank Rakyat..

    Reply
  6. Kalau tak dapat buat semakan BKM secara online macam mana?
    Boleh pergi ke kaunter LHDN di pusat cawangan yang berdekatan dengan kawasan anda atau hubungi nombor telefon talian khas cawangan BKM ini.

    Reply
  7. Kenapa setiap kali saya cuba bukak Gmail sekarang ada masalah,jadi saya tak dapat tahu sama ada lulus ke gagal BKM tu,Cuba beri penjelasan.

    Reply
  8. hello hye

    saya sudah log in and check status adalah LULUS dan status pembayaran adalah ‘DALAM PROSES PENGKREDITAN’

    boleh saya tau status ‘DALAM PROSES PENGKREDITAN’ tu sampai bila yea? adakah akan masuk?

    status pembayaran tu macam memberi HARAPAN untuk saya.

    risau pembayaran tu tak masuk akaun pula.

    hhmm…..

    Reply
  9. Assalammualaikum nak tanye kenape sye punye bkm masih dlm proses pengkreditan …ni dah bulan 4 fasa 2 pun dah nk masuk to sye ounye sampai skrg x masuk lagi adik dlm proses pengkreditan x habis habis

    Reply
  10. Assalamuailaikum,saya punya bkm masih belum masuk,dalam proses penkreditan bank rakyat,ada lg x sapa2 yang x masuk tolong bg penjelasan kejap.

    Reply

Leave a Comment