Maklumat penting: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah ditamatkan selepas 2022 dan digantikan oleh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Bajet 2023. Halaman ini disimpan sebagai rujukan sejarah BKM 2022. Untuk semakan, permohonan dan bayaran bantuan tunai semasa, sila rujuk portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
1. Kenapa BKM bujang tak disebut dalam Bajet 2022?
Dek terlalu ramai yang bertanya di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram, Tengku Zafrul Aziz akhirnya menjelaskan berkenaan perkara ini melalui posting beliau di Facebook. Beliau menyatakan bahawa ucapan dalam Bajet 2022 itu hanyalah sebahagian daripada pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Beliau menjelaskan lagi, sekiranya kerajaan menyenaraikan kesemua bantuan secara terperinci, mungkin tidak habis pembentangan Bajet 2022. Dalam posting di Facebook itu juga, beliau berkongsi amaun bantuan yang bakal diterima oleh penerima yang layak.
2. Berapa jumlah amaun bantuan BKM bujang 2022?
Mengikut pemahaman kami, berdasarkan jadual di atas, golongan bujang yang bergaji bawah RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM350. Untuk golongan bujang yang termasuk dalam kategori Warga Emas yang tidak mempunyai pasangan dan berpendapatan bawah RM5,000, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM600.3. Cara nak check bayaran BKM bujang
Sila tunggu tarikh BKM dikeluarkan terlebih dahulu. Seterusnya, jika tarikh pembayaran BKM sudah ada, langkah-langkah semakan bagi pemohon BKM 2022 bujang adalah sama sahaja dan tiada beza. Cuma jika permohonan anda berjaya diterima dan ada salah isi maklumat boleh kemaskinikan maklumat anda hanya di cawangan LHDN berdekatan.- Login BKM melalui pautan ini: bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Masukkan No MyKad / ID Pengguna
- Klik Semak
- Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBKM
- Tekan butang Semakan Status
- Jika status permohonan LULUS, anda akan dapat lihat paparan
- Amaun Kelulusan Asas BKM
- BKM Tambahan
- Jumlah Keseluruhan BKM
- Jumlah Telah Dibayar
- Anda juga boleh tekan butang Maklumat Bayaran untuk muat turun dokumen berkenaan pembayaran
- Selesai