Kemaskini BKM 2022 (Update Akaun Bank, No Telefon & Status Bujang)


Sekiranya anda adalah salah seorang penerima yang layak secara automatik, anda tidak perlu daftar Bantuan Keluarga Malaysia lagi di laman web bkm.hasil.gov.my. Walau bagaimanapun, anda perlu kemaskini BKM bermula 1 Januari 2022. Sila jangan buat lambat-lambat kerana tarikh tutup untuk proses pengemaskinian ialah 31 Januari 2022.

Ingat, jika ada perubahan sahaja baru perlu kemaskini. Jika tidak ada apa-apa perubahan, biarkan sahaja. Selepas selesai urusan kemaskini, jangan lupa untuk buat semakan BKM bagi mengetahui status kelulusan dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia.

Apa yang perlu dikemaskini dalam BKM 2022?

Secara amnya, cara kemaskini BKM ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di bkm.hasil.gov.my

Nombor akaun bank terbaru

  • Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemaskini BKM 2022
  • Jika anda ingin tukar akaun bank baru, contohnya dari CIMB ke Maybank, sila kemaskini
  • Sila ambil maklum bahawa jika akaun bank tidak aktif, duit bantuan tidak dapat dimasukkan

 

Status perkahwinan terkini

  • Jika status terkini anda adalam sudah berkahwin, sila kemaskini BKM
  • Jika status terkini anda adalah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia
  • Bagi BKM Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
  • Kegagalan untuk kemas kini ruangan ini akan menyebabkan duit bantuan tidak masuk seperti yang sepatutnya
  • Contohnya, jika anda sudah berkahwin tetapi dalam BKM masih lagi bujang, ada kemungkinan wang yang akan diterima lebih kecil nilainya

 

Nombor telefon terbaru

  • Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini BKM
  • Jika gagal untuk kemaskini BKM dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.

 

Maklumat anak terkini

  • Ini hanya untuk yang sudah berkeluarga sahaja
  • Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini BKM juga
  • Data ini penting untuk pihak kerajaan menyalurkan duit bantuan yang sepatutnya

Selepas mengikuti panduan dan cara kemaskini zbkm ini; dan hanya selepas proses kemaskini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan BKM 2022 untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.

 

Kenapa perlu kemaskini BKM 2022?

Tidak ada maklumat yang kekal sepanjang zaman. Pasti ada perubahan. Jadi proses kemaskini BKM ini perlu dilakukan bagi memastikan setiap data pemohon adalah konsisten dan terkini.

Bagi pihak kerajaan, data pemohon yang terkini penting bagi merancang bantuan-bantuan pada masa akan datang. Tambahan lagi, jika data dikemaskini dengan baik, diharapkan agar semasa proses untuk check bayaran BKM nanti tidak akan ada apa-apa masalah.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk log masuk BKM untuk mengemaskini maklumat, boleh cuba untuk reset kata laluan BKM.

 

Cara kemaskini BKM 2022

Jika anda boleh login BKM, ini bermakna ada boleh kemaskini BKM. Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://bkm.hasil.gov.my
  2. Klik butang LOG MASUK BKM di bahagian atas skrin
  3. Untuk direct link, klik https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
  4. Login dengan memasukkan No MyKad / ID Pengguna
  5. Semak maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, nombor telefon bimbit, status perkahwinan, bilangan anak dan lain-lain yang berkaitan
  6. Jika semuanya sama dan tidak ada perubahan, jangan buat apa-apa. Abaikan.
  7. Jika ada perubahan, sila edit dan buat pindaan berdasarkan maklumat terkini
  8. Tekan butang Simpan
  9. Selesai

 

Akhir kata

Semoga Bantuan Keluarga Malaysia ini dapat meringakan beban kita semua pada tahun 2022 ini. Ingat, walaupun anda sudah layak, cepat-cepat semak maklumat dan buat kemaskini BKM 2022 jika perlu. Jangan lambat-lambat, takut tak sempat.

Yang penting, tak perlu tanya bila tarikh BKM masuk. Sama-sama kita tunggu pengumuman bayaran BKM. Terakhir, sila buat rayuan Bantuan Keluarga Malaysia sekiranya permohonan anda TIDAK LULUS.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Categories BKM

152 thoughts on “Kemaskini BKM 2022 (Update Akaun Bank, No Telefon & Status Bujang)”

  1. Encik saya ingin mohon kepada encik tentang status permohonan Bantuan bkm saya tapi saya terlupa kata laluan boleh ke kalau saya ingin mohon kepada encik tentang status dan bantuan kerajaan 2021 dan inditi saya yang sama untuk tahun ini 2022

    Reply
  2. email dan nombor telefon saya sudah
    Tukar yang baru..Macam mana nak kemaskini
    Email dan nombor telefon ye?

    Reply
  3. Email dan no fon saya sudah tukar yang baru..Macam mana nak kemaskini email dan no fon yang baru..Sebab saya terlupa kata laluan

    Reply
  4. Sy nak kemaskini bkm pakci yg menggunakan no tel sy,tetapi tak dapat semak menggunakan tel dan no sy,..MCM mn ye sy nak tolong semak status bkm beliau tu?..

    Reply
  5. Saya nak kemaskini nombor telefon dan email
    Saya dah cuba tapi tak boleh macam mane boleh tolong
    Terimah kasih

    Reply
  6. assalamualaikum.slmt pgi en.nk tnya ada lagi ke masa atau bulan rayuan bantuan bkm 2020 ini di sebab kn kelewatan pengisian bkm ni atas faktor line telipon dikawasan tmpt tiggal sy bmasalah.d alam masalah kesihatan x boleh bjalan kaki kene sakit gout.bengkak kaki.

    harap maklum

    Reply
  7. Saya nak kemaskini bkm saya punya ac bank masih mybank no ac 164258390730 saya punya no fon yang baru no nya 0183720797

    Reply
  8. Kalau dah upload dokumen sokongan (sijil cerai) perlukah saya hantar salinan dokumen yg disahkan. Semakan dlm sistem status permohonan saya telah diterima

    Reply
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL
    NO AC=0114829000177540
    NAMA= AMIRUL HAQIM BIN BADARUL ZAMAN
    IC=910717015473
    UPDATE BKM 2022

    Reply
  10. Saya daftar permohonan baru bkm tahun2022.. saya daftar dalam online tapi dalam online tunjuk dalam proses… Macam mana ini tolong saya… Terima kasih

    Reply
  11. Bkm pemohon (suami) tetapi akaun bank letak akaun bank (isteri).. adakah nnti duit bkm masuk ke akaun isteri atau kena buat tuntutan tunai dekat Bsn?

    Reply
  12. Nak tukar nama bank ..terslah taip
    dlm permohonan Malayan banking..sepatutnya Maybank Berhad..no akaun betul

    Reply
  13. saya hendak tukar akaun bank. akaun bank yang ada sekarang baru dibwku kan. macam mana nak tukar akaun bank lain.

    Reply
  14. Kenapa Sy Tidak Blh Chek..Tapi Awl Bln3 Saya Kew Perjabat Tanya..Bagi Nombor Ic Check”Nama Saya Ada..Mereka Bagi Tahu Saya Krputusan Hujung Bln 3 Ni..Tapi Checking Laman Wed Kenapa Mcm Tiada Tidak Balas Apew2..Tolong Bagi Saya Prjelasan Kenapa Ye

    Reply
  15. Salam,BKM saya tidak lulus,bila saya nk buat kemaskini,LHDN kata dah ok semua,tk payah.bila log masuk tidak lulus,alasan atas nama saya,ni nak buat macam mana.Tolong sat LHDN

    Reply
  16. saya nak kemaskini status bujang ke perkahwinan tapi tak dapat.kat mana saya nak kemaskini

    Reply
  17. Saya dah lulus tapi sampai skarang duit tak lagi masuk2… Pengguna mybank sepatutnya bukan dah msuk ke… Saya bujang tapi skarang dah 3/4/2022 masih tak masuk2

    Reply
  18. saya nak kemaskini no akaun sata sebab masa saya mohon tempoh hari saya salah taip satu no akaun saya jadi macamana caranya yang pelu saya buat

    Reply
  19. Salam & selamat sejahtera to all BKM committee thanks for all hard working from VIP to finance staff & all related to make it BKM 2022 almost done ……Tq Trima kasih
    Allhamdulillahsemoga Allahpermudahkan segala urusan krajaan Dan rakyat Malaysia insyallah daulat tuanku!!!

    Reply
  20. Tak boleh kemaskini secara online. Sistem dah ditutup, last 31 Januari 2022. Kalau nak kemaskini maklumat kena cuba call hotline bkk.

    Reply
  21. Maaf , boleh bg penjelasan x. Msih boleh ke kemaskini online , sya terslah letak no acc atas acc sya (isteri) bkm sya lulus cuma gagal dikreditkn dlm acc ..kena ambik baucer di bank…boleh ke tukar no acc

    Reply
  22. Saya dah tukar nombor telefon Dan alamat kediaman saya. Saya tak dapat log masuk bkm kerala saya dah lupa kata laluan. Bagaimana nak kemaskini?

    Reply

Leave a Comment