Cara Reset Password BKM (Jika Terlupa Kata Laluan, Kena Tukar)


Kalau anda jenis jarang masuk dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), memang logik kalau terlupa kata laluan. Kadang-kadang, bila terlalu banyak sistem yang kita perlu login, memang boleh buat keliru. Namun, janganlah sampai menggelabah sampai tak sabar-sabar nak checkย status pembayaran BKMย sebab sudah tahu tarikh BKM masuk. Bertenang. Ikuti panduan ringkas kami tentang cara reset password BKM dan login BKM dengan mudah.

Cuba ingat semula kata laluan BKM

Sebelum itu, apa kata anda cuba ingat-ingat semula kata laluan BKM sebelum ini. Kalau dapat balik, tak perlulah susah-susah untuk reset semula semata-mata nak buat semakan status BKM.

Kebanyakan orang akan cuba menggunakan password yang mudah seperti:

  • 123456
  • 12345678
  • 123456789
  • password
  • 111111
  • 123123
  • password123
  • abc123
  • qwerty

Jika ada cuba dan masih tidak berjaya, mungkin ada gunakan kombinasi berikut:

  • nama anak
  • nama suami
  • tarikh lahir
  • nombor plat kenderaan
  • nombor Kad Pengenalan sendiri

 

Cara reset password BKM

Kalau masih lagi tak dapat ingat, sila ikuti langkah-langkah di bawah. Untuk makluman, panduan ini kami olah daripada carta alir yang disediakan oleh pihak LHDN di Facebook.

Cara tukar kata laluan BKM

  1. Mula-mula, klik Log Masuk BKM di laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di https://bkm.hasil.gov.my
  2. Lihat di bawah butang Semak
  3. Klik TERLUPA KATA LALUAN
  4. Masukkan nombor MyKad 12 digit
  5. Klik butang Semak
  6. Anda kata tersilap masukkan nombor Kad Pengenalan, klik butang Semula
  7. Masukkan email yang didaftarkan sebelum ini bagi sistem BKM ataupun bantuan-bantuan lain yang automatik terdaftar
  8. Klik Seterusnya
  9. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul
  10. Klik butang Ya
  11. Jawab beberapa soalan keselamatan yand diberikan
  12. Klik Seterusnya
  13. Masukkan kata laluan yang baru dan buat pengesahan kata laluan yang baru
  14. Klik Tukar kata laluan
  15. Permohonan untuk reset password BKM telah berjaya
  16. Selesai

 

Akhir kata

Diharapkan agar langkah-langkah di atas berkenaan cara untuk reset password BKM akan memudahkan urusan anda untuk login semula ke dalam sistem Bantuan Keluarga Malaysia.

Terakhir, jika boleh login nanti, pastikan nombor telefon bimbit anda adalah yang terkini dan masih lagi aktif. Ini adalah untuk membolehkan anda menerima SMS atau apa-apa notifikasi berkenaan BKM, terutama sekali berkenaan pembayaran.

Sila kemaskini BKM jika anda masih lagi belum berbuat demikian. Dan bagi yang mendapat status permohonan TIDAK LULUS, boleh cuba nasib untuk merayu BKM. Mudah-mudahan ada rezeki.

Semoga dipermudahkan semuanya.

Categories BKM

11 thoughts on “Cara Reset Password BKM (Jika Terlupa Kata Laluan, Kena Tukar)”

  1. Saya punya no tel lama hilang sekarang pakai no tel baru tapi tetap tak boleh log in bkm jugak saya nak kemaskini maklumat saya

    Reply
  2. Saya tdk dpt log masuk ke BKM..sblum ni ok je tkde apaยฒ mslh..then saya try bnyk kali smpai tukar password pun msih tak dpt log masuk..blh bantu??

    Reply
  3. Set kata laluan bkm sy log masuk cara guna ID 730615126123 tapi tadak berjaya sebab kata laluan Sya lupa menghantar kata laluan sy bkm bantuan keluarga maleysia

    Reply
  4. SAya lupa kata laluan.Sy dh cuba tukar kata laluan dan jwab soalan keselamtan dgn betul. Tapi
    “PENUKARAN KATA LALUAN TIDAK BERJAYA”

    Reply
  5. Saya punya no tel lama hilang sekarang pakai no tel baru tapi tetap tak boleh log in bkm jugak saya nak kemaskini maklumat saya segera

    Reply
  6. saya tak dapat nak login bkm saya tetapi saya tak pernah tukar pass dan sebelum ini saya boleh login seperti biasa dan sekarang takboleh nak login

    Reply

Leave a Comment