pengeluarankhas.kwsp.gov.my (Link Login Portal, Mohon RM10k 2022)


Sekarang, persoalan orang ramai berkenaan link login KWSP 10k 2022 sudah terjawab. Pihak KWSP melalui laman Facebook telah mengumumkan satu portal baru yang bakal digunakan untuk permohonan pengeluaran di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan BUKANNYA i-Ceria. Sila rujuk panduan dan cara mohon Pengeluaran Khas KWSP 10k dan juga semakan KWSP 10k 2022 yang menerangkan prosesnya secara terperinci.

Maka, dengan ingin andaian bahawa pihak KWSP akan melancarkan iceria.kwsp.gov.my adalah tidak benar.

pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Kami akan kongsikan semua maklumat berkenaan EPF special withdrawal ini termasuk syarat, kelayakan, cara untuk mohon, semakan keputusan dan macam-macam lagi.

Kenapa nak keluarkan duit KWSP di pengeluarankhas.kwsp.gov.my?

Sebelum itu, kami pasti, setiap orang mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk keluarkan duit KWSP. Ada yang tertunggu-tunggu untuk memohon withdraw EPF atas alasan-alasan berikut:

  • Bayar sewa rumah
  • Bayar loan kereta dan motosikal
  • Bayar hutang dengan kawan-kawan dan keluarga
  • Bayar hutang bank yang tertunggak
  • Bayar yuran sekolah anak
  • Beli barang persekolahan anak kerana sekolah akan dibuka
  • Beli susu anak
  • Beli Pampers anak
  • Beli ubat untuk orang sakit yang dijaga di rumah

Benarlah. Lain orang, lain masalah dia. Kalau kita tidak berada di dalam situasi mereka, kita mungkin tak akan faham. Oleh sebab itu, pengeluaran khas KWSP ini sangat penting bagi mereka.

Untuk makluman, selain daripada wang KWSP yang merupakan hasil titik peluh kita, jangan lupa untuk buat check status pembayaran BKM jika anda salah seorang invidu yang layak untuk menerima bantuan.

 

Kenapa tak boleh login link pengeluarankhas.kwsp.gov.my?

Mungkin line tengah jem sekarang sebab terlalu ramai orang cuba menyerang portal Pengeluaran KWSP secara bertubi-tubi.

Bayangkan dalam satu-satu masa, ada 1 juta orang cuba masuk melalui satu pintu. Sempit dan bottleneck jadinya.

Kami sarankan anda cuba log masuk pada waktu off-peak seperti 2-3 pagi atau sebelum Subuh. Boleh solat tahajjud sekali.

Gitu.

 

Cara buat permohonan pengeluaran di pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Kami menjangkakan trafik ke lawan web Pengeluaran Khas akan menjadi sangat tinggi dan mengakibatkan jem. Sekiranya keadaan kembali reda dan boleh diakses, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Layari portal rasmi Pengeluaran Khas di sini: https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik MOHON SEKARANG
  3. Seterusnya, klik PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
  5. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  6. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
  7. Tekan butang TERUSKAN
  8. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  9. Masukkan Nombor OTP tersebut (Jika tidak terima OTP melalui SMS, mungkin ada perlu kemaskini no telefon KWSP online kepada nombor yang baru)
  10. Tekan butang SAHKAN OTP
  11. Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
  12. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem Pengeluaran Khas
  13. Ikuti Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
    • Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
    • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki
    • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan
  14. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
    • Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Isikan Nombor MyKad.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit
    • Isikan Alamat Email
    • Isikan Alamat Rumah
    • Isikan Poskod
    • Isikan Bandar
    • Pilih Negeri
  15. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
    • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran Pengeluaran Khas online yang tertera seperti berikut:
      • Affin Bank Berhad
      • Agrobank
      • Al Rajhi Bank (M) Berhad
      • Alliance Bank
      • Ambank (M) Berhad
      • Bank Muamalat (M) Berhad
      • Bank Rakyat
      • Bank Islam (M) Berhad
      • BSN
      • CIMB Bank Berhad
      • Citibank Berhad
      • EON Bank Berhad
      • HSBC Bank (M) Berhad
      • Hong Leong Bank
      • Kuwait Finance House
      • Maybank
      • OCBC Bank (M) Bhd
      • Public Bank Bhd
      • RHB Bank BHd
      • Standar Chartered
      • UOB (M) Bhd
    • Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
    • Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit Pengeluaran Khas tidak dapat dimasukkan
    • Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
    • Tekan butang TERUSKAN
  16. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
    • Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
    • Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
    • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
    • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
    • Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
    • Jika tidak ada gambar, klik langkau
    • Pastikan pilihan semua selesai
    • Klik Hantar
  17. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
  18. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan Pengeluaran Khas anda
  19. Permohonan baru Pengeluaran Khas kini sudah selesai.

 

Apa syarat & kelayakan untuk apply di pengeluarankhas.kwsp.gov.my?

Syarat kelayakan pengeluaran khas KWSP 2022

Berdasarkan informasi ringkas KWSP di Facebook, tidak banyak syarat yang dikenakan. Yang pertama, anda mestilah seorang Warganegara Malaysia. Bukan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap juga dibenarkan memohon.

Antara lain, anda mempunyai simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150. Sedih pula dengar baki KWSP tinggal RM150. Tapi itulah realiti.

Cuma kami tidak pasti, jika baki RM150, adakah anda boleh keluarkan kesemuanya atau hanya boleh keluarkan RM100 sahaja. Kita tunggu pengumuman KWSP nanti.

Selain itu, permohonan ini terbuka kepada semua ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah.

Sekiranya anda berusia lebih 55 tahun, anda tidak layak mengeluarkan duit KWSP sebanyak RM10,000. Ini adalah disebabkan anda sebenarnya layak untuk baut pengeluaran KWSP untuk persaraan. Yang lebih menarik, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ini juga bermakna tak perlu lagi buat pengeluaran Akaun 1 lagi kerana ia sudah digabungkan dengan Akaun 2 menjadi Akaun 55.

 

Berapa jumlah amaun duit KWSP yang boleh dikeluarkan melalui portal Pengeluaran Khas?

Amaun pengeluaran khas KWSP 2022

Amaun minimum yang anda boleh keluarkan dari akaun KWSP ialah RM50. Amaun maksimum pula RM10,000.

Secara asasnya, ia bergantung kepada jumlah amaun duit caruman kau di dalam akaun KWSP. Yang paling utama, kau kena check baki akaun KWSP kau terlebih dahulu sebelum buat apa-apa keputusan.

Walau bagaimanapun, jika amaun dalam simpanan KWSP anda ialah RM10,000 ngam-ngam, anda hanya boleh keluarkan RM9,500 sahaja.

Kenapa?

Ini kerana anda perlu meninggalkan baki minimum RM100 dalam Akaun 1.

 

Kenapa kena tinggalkan baki RM100 dalam Akaun 1 KWSP?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

 

Pengeluaran Khas ini akan tolak simpanan dari Akaun 1 atau Akaun 2?

Bayaran Pengeluaran Khas ini akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi seperti yang dikehendaki, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Contohnya, jika Akaun 1 anda ada RM10,000 dan Akaun 2 anda ada RM5,000; pihak KWSP akan menggunakan Akaun 2 terlebih dahulu.

Ini bermakna duit dalam Akaun 2 anda akan dilicinkan selicin-licinnya iaitu sebanyak RM5,000; dan ia akan ditambah RM5,000 daripada Akaun 1. Jumlah keseluruhan pengeluaran ialah RM10,000.

Jelas tak?

 

Boleh keluarkan RM10,000 lump-sum di pengeluarankhas.kwsp.gov.my?

Boleh.

Untuk pengeluaran khas ini, tidak seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, tidak ada proses kemasukan duit ke dalam akaun secara berperingkat mengikut bulan.

Jadi, kalau anda ada RM10,500 terkumpul dalam Akaun 1 dan Akaun 2, anda boleh keluarkan maksimum RM10,000. Perlu tinggalkan at least RM100 dalam Akaun 1.

 

Kalau dah mohon i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, masih boleh buat permohonan untuk Pengeluaran Khas?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

 

Kakitangan kerajaan yang ambil skim pencen boleh mohon Pengeluaran Khas?

Kakkitangan awam, pekerja kerajaan atau anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas di pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Walau bagaimanapun, mereka-mereka ini adalah berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

Nasihat kami, kalau tidak perlu dan masih lagi boleh survive, tidak perlu keluarkan. Biarkan sahaja untuk simpanan di hari tua nanti.

 

Sebelum mohon pengeluaran khas KWSP, perlu bersedia apa-apa tak?

Cuma ingin ingatkan, jika mahu keluarkan duit KWSP 10k ini nanti, sila bersedia dengan siap-siap kemaskini nombor telefon KWSP anda.

Jika tidak ingat no KWSP, boleh ikuti panduan untuk check nombor KWSP menggunakan MyKad.

Jangan lupa untuk semak samada baki simpanan KWSP mencukupi atau tidak. Contohnya, jika mahu keluarkan RM10,000, pastikan baki simpanan anda melebihi RM10,000. Takkan mahu tinggalkan amaun kosong dalam KWSP. Sila rujuk cara untuk semak baki KWSP secara online yang akan memudahkan urusan pengeluaran khas KWSP nanti.

 

Bila boleh dapat duit bayaran Pengeluaran Khas KWSP ini?

Paling cepat, selepas submit permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my, anda boleh terima duit ini pada 20 April 2022.

 

Hati-hati dengan scammer!

Memandangkan ramai yang mencari maklumat berkenaan i-Ceria, pasti ada puak-puak jahat di luar sana yang cuba mengambil kesempatan.

Percayalah, KWSP tidak akan dan tidak pernah melantik pihak ketiga yang diberikan kebenaran menguruskan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengeluaran.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba membantu anda, itu adalah scam.

Sekadar ingatan:

  • Jangan sesekali terpedaya dengan tipu helah mereka yang menawarkan bantuan
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam email
  • Jangan klik mana-mana link atau pautan dalam SMS
  • Jangan download apa-apa aplikasi pengeluaran KWSP yang meragukan
  • Sila download aplikasi i-Akaun yang rasmi daripada KWSP sahaja

Sila tukar no telefon KWSP anda jika ada perubahan. Sekali lagi kami ingatkan, proses kemaskini no telefon ini penting kerana segala urusan KWSP secara online akan menggunakan TAC yang akan diterima melalui SMS.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan pengeluarankhas.kwsp.gov.my ini akan melegakan anda yang betul-betul memerlukan wang ringgit untuk survive dan terus hidup.

Seperti yang semua sudah ketahui, tarikh bila duit KWSP masuk yang paling awal ialah 20 April 2022. Jadi, jika anda mahu dapat awal, kenalah mohon awal. Kalau tidak, duit akan masuk lambat.

Semoga Allah permudahkan urusan dan luaskan lagi rezeki kita semua.

14 thoughts on “pengeluarankhas.kwsp.gov.my (Link Login Portal, Mohon RM10k 2022)”

  1. Saya ada baki keseluruhan dalam akaun 1 dan 2 sebanyak rm 8500 boleh kah saya keluar kan rm 8000 saja dari akaun saya KWSP saya

    Reply
  2. Saya nak guna duit kwsp rm 10000 ini untuk keluarga saya nak bayar bill bill tungakan Dan hutang saya.

    Reply
  3. Saya nak guna duit kwsp rm 10000 ini untuk bayar hutang Dan kegunakan keluarga saya nak bayar duit kerata, motor, Dan rumah

    Reply

Leave a Comment