5 Cara Bayar Hutang Kereta Dengan Cepat (Tak Perlu Tunggu 9 Tahun)


Anda sekarang ini baru sahaja tamatkan pelajaran di universiti dan kini sudah mendapat pekerjaan tetap. Mak bapa adik kakak anda suruh anda beli kereta nanti. Senang untuk anda jika ada urusan kerja di luar ataupun kena travel. Anda pun belilah Myvi baru. Dah berapa bulan pakai, rasa macam sesak pula nak bayar RM560 bulan-bulan sampai 9 tahun. Anda pun fikir macam mana cara nak bayar hutang kereta dengan cepat?

Jangan risau disini kami akan kongsikan 5 cara nak bayar hutang kereta dengan cepat untuk anda.

Cara bayar hutang kereta dengan cepat

Ada sebenarnya cara-cara nak selesaikan hutang, pinjaman atau loan kereta anda dari 9 tahun ke 4-5 tahun sahaja.

Antara cadangan untuk bayar hutang kereta dengan lebih cepat ialah:

  1. Tambah pendapatan
  2. Beli insurans kereta yang lebih murah
  3. Pajak barang kemas/emas
  4. Selesaikan hutang yang kecil
  5. Buat bajet perbelanjaan

Okay anda mesti nak tahu macam mana nak buat kelima-lima cara  dengan cepatkan? Jom baca dekat bawah ini.

1. Cara bayar hutang kereta dengan tambah pendapatan

Zaman-zaman macam ini tahu sukar dan susah untuk nak menyimpan duit. Lagilah kalau dah berkeluarga. Gaji pula tak naik-naik, bonus apa lagikan. Jadi ada 3 cara yang boleh dilakukan untuk tambah duit pendapatan anda.

 

  • Mula menyimpan sambil bayar hutang
    • Bila dapat duit gaji anda, selain bayar hutang kereta,  simpan 10% hingga 20% duit gaji tersebut untuk duit ansuran kereta yang akan datang. Simpanlah ditempat yang sukar untuk dikeluarkan duit tersebut. Bila sudah simpan sampai target jumlah bayaran hutang kereta anda, keluarkan dan bayar lump sum.

 

  • Mula melabur
    • Ini anda mesti pandai kaji selidik terlebih dahulu cara pelaburan mana yang anda mampu dan lebih selamat.  ASB ke, ASB Loan ke, Tabung Haji ke lain-lain. Ianya memang ambil masa yang agak lama untuk mendatang hasil tapi yang pasti duit pelaburan anda itu beranak-pinak dan akan dapat dividen. Melalui dividen itu anda dapat bayar hutang kereta lebih dari yang sepatutnya.

 

  • Buat kerja part time/freelance
    • Bila anda mula bayar hutang kereta setiap bulan, masa lapang anda bolehlah buat shopee food ke, freelance menulis ke, jual homemade food ke dan lain-lain lagi. Jadi duit part time itu boleh disimpankan untuk hutang kereta anda sampai tiba masanya. Kalau ada lebih boleh untuk emergency fund juga.

 

2. Beli insurans kereta yang lebih murah

Bunyi macam pelikkan? Sebab makin murah insurans semakin sikitlah perlindungan premium untuk diri dan kereta. Tapi ini betul sebab fikir logiknya, anda dahlah kena bayar hutang kereta Myvi RM560 sebulan. Nak renew roadtax kena beli insurans. Kalau ambil insurans yang kena bayar RM1,000 – RM2,000 tinggal berapa sahaja untuk diri anda?

Anda boleh berbuat begini dengan cara tanyakan kepada agen-agen insurans. Bandingkan harga dan apa perlindungan yang mampu insurans itu bagi.

Boleh cuba bandingkan harga insurans kereta di MyEG.

 

3. Cara bayar hutang kereta dengan pajak/tebus emas

Anda ada emas ataupun barang kemas? Kalau ada boleh pajak dikedai emas dan duit pajak tersebut boleh dijadikan sebagai cara bayaran hutang kereta juga. Bayar untuk setahun terus ataupun bulanan. Ada lebih simpan untuk pembayaran seterusnya kemudian tebus semula barang kemas tidak kurang dari 6 bulan ini kerana kadar upah tidaklah tinggi mana. Selepas itu anda pajak semula dan boleh langsaikan terus hutang kereta anda. Tiba masanya tebus balik nanti.

 

4. Selesaikan bayar hutang yang kecil

Nampak macam hutang kecil ini tak pentingkan? Sebenarnya hutang kecil inilah yang akan menganggu dan membelenggu cara kita bayar hutang kereta dengan cepat. Oleh itu senaraikan hutang-hutang kecil yang ada contohnya macam :

  • Hutang kawan – RM300
  • Hutang makan dan minum – RM50
  • Hutang alatan elektronik – RM800
  • Hutang barang/alatan dapur – RM1,000

Selesaikan hutang-hutang yang kecil terlebih dahulu, bila dah clear bolehlah anda fokus untuk bayar habis hutang kereta anda.

 

5. Buat bajet perbelanjaan

Bunyi macam susahkan? Memang susah realitinya. Caranya kurangkan bajet untuk benda-benda yang tak penting. Macam hiburan, travel, belanja hari raya dan lain-lain. Memang agak lama nak tahan semua itu, tapi ianya dapat bantu anda bayar habis hutang kereta dengan cepat.

Boleh juga baca artikel cara bahagikan duit gaji kalau anda tak berapa reti nak bajet.

 

Akhir kata

Sebenarnya boleh sahaja kalau anda nak bayar cepat-cepat hutang atau pinjaman kereta sendiri. Tak perlu nak tunggu 8-9 tahun. Bila dah habis bayar kereta, lapang dada boleh bayar untuk komitmen yang lain. Dalam pada masa yang sama cara bayar hutang kereta dengan cepat ini juga boleh bantu anda menyimpan untuk masa hadapan.

Semoga dipermudahkan urusan!

Leave a Comment