5 Cara Pembahagian Duit Gaji (Formula Confirm Menjadi)


Hidup zaman sekarang ini tak macam dulu-dulu. Semuanya kena keluar duit dan harga pula naik tak menentu. Lagilah kalau hidup bujang tapi gaji tak naik-naik. Sakit wei. Penat kerja gaji habis laju macam air terjun. Ada yang sampai ikat perut sebab tak tahu cara pembahagian duit gaji macam mana. Tapi tak eloklah macam itu sampai membahayakan nyawa.

Dah tak perlu mengeluh dan stress-stress baca ini.

Cara pembahagian duit gaji

Tak kisahlah gaji banyak ke sikit kita kenalah pandai dalam menguruskan kewangan kita. Ini supaya kita tidaklah macama lirik lagu Allahyarham Sudirmanterkapai-kapai ku kelemasan” hujung-hujung bulan. Jadi ini antara cara dan tips untuk pembahagian duit gaji kita.

1. Bahagikan untuk komitmen yang wajib

Bila dah dapat gaji bersih kita itu, kita kena bahagikan duit gaji itu untuk perkara-perkara yang penting macam :-

  • Loan kereta/pinjaman kereta
  • Loan study/pinjaman pelajaran
  • Loan rumah/pinjaman rumah (kalau ada beli/buat rumah)
  • Sewa rumah
  • Bil utiliti

Ini antara cara penting dalam pembahagian duit gaji. Tak adalah kereta ke, rumah ke kena tarik dan disita macam itu sahaja. Dah satu hal kena blacklist dengan bank.

 

2. Bahagikan duit gaji kepada 2 bahagian

Okay lepas dah bahagikan duit gaji tadi untuk komitmen yang penting, sekarang kita boleh fokuskan duit gaji kita untuk 2 bahagian iaitu :-

  • Simpanan
  • Sedekah

Kenapa kena bahagikan kepada 2 bahagian ini. Ini antara sebab-sebabnya dan macam mana.

 

3. Cara pembahagian duit gaji untuk simpanan

  • Simpanan kecemasan
  • Simpanan dalam pelaburan
  • Simpanan untuk berkahwin
  • Simpanan untuk hiburan/keperluan diri/travel

 

a) Simpanan kecemasan

Cara pembahagian duit gaji ini amat digalakkan.

Cara untuk simpanan kecemasan atau fund emergency ini adalah dengan selepas komitmen yang wajib telah diasingkan atau bayar, bahagikan lagi 10% untuk kecemasan. Kecemasan yang perlu gunakan duit ini suka datang tanpa diduga contohnya macam :-

  • Duit baiki kenderaan – kalau kemalangan, rosak, lesen tamat tempoh dan lain-lain.
  • Duit untuk kesihatan – kalau sakit teruk, kemalangan, covid19 dan lain-lain.
  • Duit untuk keluarga – kalau ada ahli keluarga yang tiada duit untuk sesuatu hal penting.

Sebab itu kita kena fikirkan tentang simpanan kecemasan. Macam pepatah kata “sediakan payung sebelum hujan”.

 

b) Simpanan dalam pelaburan

Ini antara cara yang mampu membawa keuntungan kepada kita jika kita menyimpan atau melaburkan duit gaji kita. Bahasa mudah kita buat duit kita beranak pinak dan dapat dividen. Jadi ini antara simpanan pelaburan yang baik untuk kita dan juga orang sekeliling  ialah :-

  • Takaful / Insurans diri atau insurans keluarga.
  • ASB, ASB Loan, Tabung Haji, cyrpto dan lain-lain pelaburan yang sah.

Antara kedua-dua simpanan pelaburan ini nampak macam menyusahkan dan tak mendatangkan hasil. Tapi untuk masa hadapan ianya sangat memudahkan urusan kita.

Tapi sebelum nak simpan duit sambil buat pelaburan ini boleh kaji dan bandingkan harga mana yang kita mampu. Pelaburan sambil menyimpan ini tiada paksaan pun tapi disarankan.

 

c) Simpanan untuk berkahwin

Ha ini khas untuk kepada para bujang-bujang yang nak membina masjid. Tak susah mana pun walau gaji rendah sekalipun. Caranya ialah :-

  • Pastikan berapa jumlah yang nak digunakan untuk majlis berkahwin itu nanti.
  • Letakkan jumlah yang tetap untuk setiap bulan, misalnya RM100, RM150 atau RM500 pun boleh.
  • Kita boleh pilih nak simpan sendiri atau nak bagi pasangan kita simpankan.
  • Atau simpan dekat tempat yang tak boleh dikelurkan macam ASB atau tabung haji.

Senang sahaja. Lebih baik juga kalau kita dengan pasangan kita share menyimpan untuk berkahwin. Lagi cepat capai target.

 

d) Simpanan untuk keperluan diri/hiburan/travel

Ini pun sama macam cara pembahagian duit gaji untuk simpanan kecemasan tadi. Bahagikan 10% untuk diri keperluan diri kita seperti makan dan minum, pakaian, gajet dan lain-lain. Boleh juga simpan kalau ada target nak pergi berhibur tengok wayang, makan-makan ataupun nak travel kesana-sini.

Tak adalah kita terlepas train dan mampu tengok sahaja apa yang kita inginkan itu.

 

4. Bahagi duit gaji untuk sedekah

Dalam kita sibuk travel atau berhibur sana sini, ada baiknya juga kita “melabur untuk saham akhirat”. Sedekah ini ada macam-macam cara dan bentuknya. Tak sampai RM1 pun kita boleh untuk bersedekah. Kita boleh sedekah dekat :

  • Pembayaran zakat
  • Ibu bapa kita
  • Adik beradik
  • Kawan-kawan
  • Tabung bantuan
  • Jiran tentangga

 

5. Cara pembahagian duit gaji yang paling penting!

Cara ini ada satu sahaja. Tapi kita selalu lupa. Caranya ialah….. buatlah bajet dan ukurlah baju dibadan sendiri.

 

Akhir kata

Cara-cara pembahagian duit gaji ini mungkin boleh tolong kita elakkan diri dari ditimpa kesusahan dan ikat perut. Kalau tak boleh menyimpan, jangan sampai meminjam duit dengan orang lain.

Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua.

Leave a Comment