Kenapa STR Tiada Rekod? (Selepas Masukkan Nombor IC)


Selain ramai yang bertanya, kenapa tidak layak Fasa 1 STR walaupun layak BKM sebelum ini, kami juga menerima soalan daripada individu yang mahu tahu kenapa status STR Tiada Rekod selepas memasukkan nombor Kad Pengenalan melalui portal STR Hasil.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi kenapa ia berlaku.

Semakan Di Portal STR Hasil Papar “Tiada Rekod”

Untuk buat semakan, anda tidak perlu login portal Bantuan Tunai Hasil pun. Anda hanya perlu masukkan nombor IC sahaja di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan maklumat akan dipaparkan.

Apabila anda melakukan semakan STR ini,  semak status kelayakan STR, ada dua jawapan sahaja. Yang pertama, akan ada paparan “Layak”. Yang kedua, “Tidak Layak”.

Yang layak, pasti boleh senyum dan tidur lena.

Yang tidak layak, pasti boleh buat gaduh punya.

 

Kenapa “Tiada Rekod”?

Ada beberapa sahaja kemungkinan di sini:

  1. Anda tidak pernah mohon BKM. Secara logiknya, kalau tidak pernah mohon BKM, macam mana nak dapat bantuan STR? Data yang diproses untuk kelayakan STR adalah menggunakan data BKM sebelum ini.
  2. Anda tidak layak BKM.
  3. Anda pernah mohon BKM, tetapi TIDAK LULUS. Jadi, ini bermakna anda bukanlah seorang penerima BKM 2022.

 

Kalau Tiada Rekod, Perlu Buat Apa?

Buat apa pening-pening kepala, teruslah mohon STR 2023.

BKM 2022 itu cerita lama.

Kalau dulu rasa malas nak daftar dan buat permohonan BKM, jangan bawa sifat kemalasan itu pada tahun ini.

Duit percuma, kenapa nak tolak pula?

 

Akhir kata

Mendapat status Tiada Rekod bukanlah satu pengakhiran.

Malahan ia adalah satu permulaan.

Mungkin kali ini, STR adalah rezeki kita.

Sama-sama kita mendoakan agar hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Kenapa STR Tiada Rekod? (Selepas Masukkan Nombor IC)”

Leave a Comment