Permohonan STR 2023 (Cara Mohon Sumbangan Tunai Rahmah)


Permohonan STR 2023 bukanlah straight-forward kerana menu untuk mohon tiada di muka hadapan portal rasmi STR. Jadi, jika belum pernah mohon apa-apa bantuan sebelum ini, anda perlu buat pendaftaran STR. Selanjutnya, selepas berjaya, boleh terus klik pautan STR login di https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk mohon STR.

Relaks, jangan menggelabah. Dalam artikel ini, kami akan bantu dan kongsikan serba sedikit cara untuk mohon STR secara ringkas.

1. Cara Mohon STR 2023 (Permohonan Baru)

Pastikan anda benar-benar melepasi syarat BTR 2023. Walau bagaimanapun, anda perlu daftar STR terlebih dahulu untuk buat permohonan baru.

Macam mana nak tahu anda perlu buat permohonan baru BTR?

Mudah sahaja.

Anda semak samada boleh login STR atau tidak di bantuantunai.hasil.gov.my

Jika boleh login STR, ini bermakna anda hanya perlu kemaskini data sahaja kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data-data anda sebelum ini.

Jika tidak boleh login STR, anda perlu buat permohonan baru.

Sila pastikan anda sudah daftar STR dan perdaftaran berjaya. Selepas itu, ikuti langkah untuk buat permohonan baru STR 2023 seperti di bawah:

  1. Layar laman web rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Permohonan STR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  3. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  4. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    • Nama
    • Umur
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  5. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Pengesahan Bank
  6. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
  7. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  8. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  9. Tekan butang Teruskan
  10. Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
  11. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  12. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  13. Klik Sahkan Captcha
  14. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  15. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  16. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  17. Selesai

 

2. Cara Mohon STR 2023 (Pernah Daftar)

Seperti yang dimaklumkan seperti di atas, sekiranya anda boleh log masuk STR, ini bermakna anda sudah dikira berdaftar.

Anda hanya perlu kemaskini data STR sahaja kerana pihak kerajaan sudah mempunyai data-data anda sebelum ini.

 

3. Maklumat Lanjut STR 2023

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon STR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Waktu operasi talian hotline BTR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara mohon STR ini akan mengurangkan beban keluarga anda.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

8 thoughts on “Permohonan STR 2023 (Cara Mohon Sumbangan Tunai Rahmah)”

Leave a Comment