STR 2023 (Sumbangan Tunai Rahmah)


STR 2023 adalah penjenamaan baru bagi BTR 2023. Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR. Pembayaran ini akan diterima oleh 8.7 juta golongan B40 dan akan dilakukan secara berperingkat mulai 17 Januari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyatakan bahawa penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai atau tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran pada tarikh yang sama.

Penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari. Semakan status pembayaran STR akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut boleh dirujuk melalui ruangan Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

STR Fasa 1 ini membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100). Anwar yang juga Menteri Kewangan, menyatakan bahawa program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan ini akan dikenali semula sebagai STR dan akan diteruskan untuk ditambah baik.

Beliau memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada Januari berbanding perancangan awal pada Mac depan bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah, terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi yang layak, boleh terus ke pautan STR login di bantuantunai.hasil.gov.my

Categories STR

Leave a Comment