Login bantuantunai.hasil.gov.my


Bayaran terakhir STR adalah beberapa bulan yang lalu. Kini, setelah lama tidak buat semakan apa-apa, anda perlu log masuk sekali lagi ke portal bantuantunai.hasil.gov.my untuk buat semakan kelulusan, pengkreditan dan pembayaran.

Kami akan kongsikan beberapa perkara penting berkenaan portal STR ini.

Bagaimana cara log masuk bantuantunai.hasil.gov.my?

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke portal STR:

  1. Kunjungi laman web rasmi portal STR Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Anda boleh mengakses laman web rasmi portal STR dengan di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  3. Jika anda menggunakan komputer, akan ada ruangan yang memerlukan anda isi No MyKad di sebelah kiri. Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Seterusnya, tekan Log Masuk. Klik butang Semak. Lihat maklumat seperti yang terpapar.
  4. Jika anda menggunakan telefon bimbit, anda akan terus nampakruangan yang untuk anda isi No MyKad. Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Seterusnya, tekan Log Masuk. Klik butang Semak. Lihat maklumat seperti yang terpapar.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran dan status pengkreditan
  6. Selesai

Portal STR 2023 bantuantunai.hasil.gov.my

Direct link untuk STR 2023 ialah https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk STR menggunakan pautan terus:

  1. Layari portal STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No Mykad / ID Pengguna
  3. Klik butang SEMAK
  4. Lihat maklumat seperti yang terpapar
  5. Selesai

Jangan salah taip str.hasil.gov.my kerana pautan tersebut tidak wujud.

Apa Itu STR 2023?

STR adalah akronim atau singkatan untuk Sumbangan Tunai Rahmah, khusus untuk tahun 2023.

Bantuan STR 2023 ini adalah bentuk sokongan dari kerajaan yang dapat membantu rakyat yang sedang mengalami masalah kewangan.

Bantuan seperti ini dari kerajaan dapat memberikan sokongan kewangan sementara dan membantu individu mengatasi cabaran ekonomi serta meningkatkan kestabilan kewangan mereka.

Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan sosial dan emosi yang mungkin dialami oleh mereka yang menghadapi masalah kewangan, terutama yang terlibat dengan bencana banjir.

Seperti BRIM, BSH, BPN, BPR dan BKM sebelum ini, STR adalah bantuan tahunan dari pihak kerajaan kepada rakyat yang memenuhi syarat dan kelayakan.

STR akan memberikan manfaat bukan sahaja untuk individu, tetapi juga untuk masyarakat secara keseluruhannya.

Selepas Login STR, Boleh Buat Apa?

Selepas berjaya login STR melalui bantuantunai.hasil.gov.my, anda boleh buat banyak perkara.

Antaranya ialah:

  1. Buat pendaftaran STR
  2. Buat permohonan STR
  3. Kemaskini STR
  4. Buat semakan STR

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan portal bantuantunai.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Sumbangan Tunai Rahmah ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

14 thoughts on “Login bantuantunai.hasil.gov.my”

  1. Saya telah lulus bantuan STR bujang , tetapi saya sekarang sudah berstatus berkawin dan mempunyai 1 anak , adakah saya boleh kemaskini data saya semula , dan adakah saya layak untuk mendapat bantuan isi rumah yg sdah berkahwin ,, saya harap ada jawaban atas soalan saya terima kasih,,

    Reply
  2. I’ve not been able to apply due to my internet issue as TM hasn’t solved the matter until now.

    My husband and I are retirees of private sector without any income other than my EPF. How can I apply fresh now?

    Will appreciate your kind assistance. Thanking you in anticipation.

    Reply
  3. Sy dah lama tak dapat bkm, jadi sy tak dapat la buka mystr.
    Status sy kini, duda anak 5. Macam mana nk mohon str?

    Reply
  4. Saya pernah ambil duit BRIM 1kali sahaja, sebab saya disabitkan atas kesalahan yg tidak buat dan terpaksa menjalani sebagai tahan reman jadi tidak dapat peluang utk memohon atau kemas seperti BRIM, BSH, BPN, BPR, BKM tau sumbangan lain. Maka bolehkah saya dapat sumbangan tertentu buat masa Bantuan STR ini? Harap saya dapat sumbangan tertentu atau pun adalah cara lain untuk mendapatkan. Harap Maklum.

    Reply
  5. Saya sudah 3 tahun tak dapat menerima bantuan BKM disebabkan permohonan waktu itu bergandingan dengan ex husband, so sekarang ni saya sudah jadi ibu tunggal kepada 4 orang anak, ada kah saya layak untuk membuat permohonan baru STR ni

    Reply

Leave a Comment