STR Semakan


Semakan STR merupakan satu topik yang cukup besar untuk ditulis. Kami akan cuba pecahkan topik berkenaan semakan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 kepada beberapa kategori yang lebih mudah untuk difahami dan dirujuk.

Walau bagaimanapun, memandangkan pautan STR masih lagi belum live, kami sarankan agar anda tunggu portal rasmi STR Hasil benar-benar live dan dilampirkan sekali dengan FAQ STR.

Macam mana cara nak buat semakan STR?

Pautan bantuantunai.hasil.gov.my kini dapat di akses. Tiada lagi error “Failed to open page”.

Anda boleh terus layari https://bantuantunai.hasil.gov.my untuk membuat semakan.

Apa yang boleh kami katakan, proses semakan adalah satu proses yang panjang dalam mana-mana bantuan kerajaan, termasukan STR.

Ini kerana ia akan melalu beberapa proses yang melalui beberapa fasa pembayaran STR iaitu:

  • STR Fasa 1
  • STR Fasa 2
  • STR Fasa 3

Bagi meringkaskan cerita, antara proses-proses semakan yang ada dalam Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut:

[su_table]

Proses Ringkasan
Semakan Status Penerimaan STR Boleh semak status penerimaan daripada LHDN selepas daftar & permohonan baru STR 2023
Semakan Status Kelayakan STR Pastikan anda mendapat status Layak Fasa 1 STR (dan juga seterusnya Fasa 2 dan Fasa 3). Kalau tidak layak, tapi dulu dapat BKM, boleh rujuk Kenapa Tidak Layak Fasa 1 STR.
Semakan Status Lulus STR Hanya boleh disemak selepas kemaskini STR & permohonan diproses oleh LHDN
Semakan Tarikh Bayaran STR Perlu tunggu pengumuman daripada Menteri Kewangan
Semakan Status Bayaran STR Perlu mendapatkan status LULUS terlebih dahulu di portal STR dan semak baki akaun bank
Semakan Bayaran STR Perlu melihat duit STR betul-betul masuk dalam akaun bank yang dipilih
Semakan Rayuan STR Hanya boleh merayu jika mendapat status TIDAK LULUS sahaja

[/su_table]

Semakan Status Penerimaan STR

Bagi sesiapa yang telah buat permohonan STR dan juga mengemaskini STR untuk update status terkini, sila pastikan bahawa permohonan tersebut telah diterima oleh LHDN.

Ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Log Masuk STR melalui pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MYSTR
  5. Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN STR 2023
  6. Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima
  7. Selesai

Sekiranya anda adalah pemohon baru STR Hasil yang belum pernah daftar BKM, BPR, BSH, BPN dan BPN 2.0, sila daftar Bantuan Tunai Rakyat.

Sila pastikan tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka dan belum ditutup.

Semakan Status Kelulusan STR

Apabila permohonan STR anda diterima, itu bukan bermakna anda akan lulus bantuan ini secara automatik.

Anda masih lagi buat semakan STR untuk mengetahui status lulus atau tidak melalui portal LHDN online di  bantuantunai.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah untuk buat semakan kelulusan bagi permohonan STR seperti di bawah:

  1. Login STR melalui pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MySTR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Semak samada anda berstatus LULUS atau TIDAK LULUS

Jika LULUS, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan STR pula.

Jika GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan STR.

Semakan Status Bayaran STR

Walaupun LULUS, anda masih lagi perlu bukan semakan status STR samada duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank atau tidak.

Ikuti langkah-langkah untuk menyemak status pembayaran STR seperti di bawah:

  1. Login STR melalui pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MySTR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika anda berstatus LULUS:
    1. Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu STR
    2. Ada butang Maklumat STR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    3. Amaun Keseluruhan STR Diterima, contohnya RM100.00
    4. Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran
    5. Ada butang Maklumat Bayaran STR yang anda boleh download
    6. Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dakan Jadual Bayaran seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  7. Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  8. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila dapatkan No Baucer STR
  9. Selesai

Semakan Rayuan STR

Bagi anda yang membuat rayuan STR kerana mendapat status TIDAK LULUS, anda juga boleh buat semakan untuk status rayuan terkini.

Kod TIDAK LULUS yang diambil daripada bantuan-bantuan sebelum ini adalah seperti berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN
KOD 05Tidak layak dalam kategori bujang
KOD 07Anda atau pasangan anda gaji melebihi lebih RM4,000 sebulan
KOD 09Gaji anda lebih dari RM2,000 sebulan
KOD 12Anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 13Pasangan anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 34Anda didapati sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini

Maklumat Lanjut STR

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon STR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Waktu operasi talian hotline STR ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir kata

Berdasarkan penerangan yang kami kongsikan di atas, proses semakan STR ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran.

Jadi, anda tak perlu berasa hati dan marah-marah serta menyalahkan pihak LHDN kerana semuanya perlukan masa.

Ada kalanya, pembayaran jadi lambat masuk akaun bank kerana pihak bank itu sendiri.

Apa-apa pun, banyakkan bersabar dan sama-sama kita berdoa agar hidup kita semua dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

7 thoughts on “STR Semakan”

  1. salam kepada pihak atasan , saya nak bertanya kenapa saya punya status tidak layak dan kod dikategori 05 sedangkan saya sekarang tidak lagi belajar dan tengah bekerja.

    Reply
  2. 1) Assalammualaikum nak taye..bilakah saye blh tuka status bujang kew kawen bpr…
    2) sye dafta oline bpr asyik disekat sahaja

    Reply

Leave a Comment