Semakan Status Bayaran STR 2023 (Kredit Ke Akaun Bank)


Terlalu ramai yang bertanya, “Bila boleh dapat duit STR? Kenapa duit STR tak masuk lagi? Bila akan masuk dalam akaun?”. Antara lain, ada juga melemparkan soalan yang cukup basic sepertiĀ “Betul ke tak payah mohon Sumbangan Tunai Rahmah? Kalau layak BKM, memang automatik layak ke?”. Izinkan beri peluang pada kami untuk berkongsi tentang cara untuk buat semakan status bayaran STR yang ramai orang mungkin terlepas pandang.

Dalam artikel ini, kami akan kupas satu persatu.

Semakan Status Bayaran STR 2023

Untuk membuat semakan STR, anda perlu log masuk portal rasmi STRĀ untuk mengetahui status terkini.

Jadi, untuk yang ada hal dan mahu cepat, berikut ialah panduan ringkas untuk menyemak status kelayakan STR:

  1. Layari Portal Rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/MySTR/LamanMenu.aspx
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Klik Log Masuk
  4. Klik Semak
  5. Pastikan kata kunci keselamatan betul (pastikan sama seperti BKM)
  6. Masukkan kata laluan (pastikan seperti BKM)
  7. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  8. Maklumat akan dipaparkan
  9. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
  10. Buat semakan yang penting seperti:
    • Tarikh Kredit
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Bayaran
    • Status Kredit
    • Tarikh Tunai
    • Nama Tunai Bank
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
  11. Semak baki duit dalam akaun bank anda.
  12. Selesai

Kami akan kemaskini semula artikel ini dengan maklumat yang lebih terperinci.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai semakan status bayaran STR ini akan melegakan hati anda.

Kalau masih belum dikreditkan, harap bersabar.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

Leave a Comment