Kenapa Duit STR Tak Masuk Lagi?


Adakah anda antara orang yang masih tak dapat duit Sumbangan Tunai Rahmah lagi? Bila check STR (atau BTR, iaitu nama sebelum ini) di bantuantunai.hasil.gov.my, semuanya baik dan tak ada masalah. Pasti mahu tahu bukan, kenapa duit STR tak masuk lagi, sedangkan orang lain sudah dapat.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan apa yang kami tahu.

Duit STR tak masuk sebab dapat Status Gagal Kredit

Sebelum itu, pastikan anda semak status STR dahulu dengan log masuk STR di portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.

Jika dapat status Gagal Kredit, tunggulah macam mana sekalipun, duit bantuan tetap tidak akan masuk.

Status Gagal Kredit ini berlaku apabila anda tetap membuat permohonan baru walaupun sudah lulus, ini akan mendatangkan masalah-masalah tertentu seperti nombor akaun yang sudah lagi tidak aktif. Sebab itu banyak kali kami ingatkan, sila kemaskini STR dan BKM secepat mungkin kerana data diambil dari situ.

Secara ringkasnya, perkara ini terjadi apabila anda memang sudah sedia LULUS, tetapi masih lagi buat permohonan baru STR. Jadi, apabila ini terjadi, akan berlaku duplikasi seperti yang dinyatakan tadi.

Takkan kerajaan mahu bayar dua kali kepada orang yang sama?

Duit STR belum masuk sebab ikut giliran bayaran STR mengikut bank

Kerajaan akan masukkan duit bantuan ke bank-bank terpilih. Contohnya, sebelum anda menerima duit STR dari Bank Islam, kerajaan akan terlebih dahulu memasukkan duit ke Bank Islam.

Selepas Bank Islam menerima duit tersebut, barulah akan diagih-agihkan. Proses ini mengambil masa, bukan satu hari punya kerja. Lebih-lebih lagi jika sesuatu bank itu mempunyai berjuta-juta penerima STR seperti Maybank.

Walaupun tarikh yang diumumkan oleh kerajaan secara rasmi untuk Fasa 1 STR ialah 17 Januari 2023, ada juga yang tidak akan menerima pada tarikh yang ditetapkan. .

Apa perlu buat kalau duit STR masih belum dapat?

Tak ada apa-apa nasihat yang kami boleh beri melainkan bersabar.

Itu sahaja.

Kalau sudah LULUS, tenang-tenang sahaja menunggu.

Akhir kata

Jangan terburu-buru pergi ATM untuk keluarkan duit. Sila buat semakan bayaran STR terlebih dahulu.

Semakan STR ini adalah penting agar anda tidak kecewa. Penat-penat pergi ke ATM, duit masih tak ada. Lebih baik check STR dahulu sebelum membuang masa begitu sahaja.

Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian kenapa STR tak masuk lagi ini dapat memudahkan urusan anda untuk mengambil duit bantuan ini nanti.

Kalau sudah keluarkan, jangan belanja yang bukan-bukan. Pastikan terus berjimat-cermat.

Semoga bermanfaaat.

Categories STR

3 thoughts on “Kenapa Duit STR Tak Masuk Lagi?”

Leave a Comment