STR Login


Mungkin ada yang perasan, laman STR login ada sedikit perubahan, tidak seperti dulu yang lebih straight forward.

Walaupun tidak berubah secara drastik keseluruhannya, cara login STR sebenarnya tetap sama. Jangan sampai tersilap klik sahaja.

Login STR di bantuantunai.hasil.gov.my

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke portal STR:

  1. Kunjungi laman web rasmi portal STR Sumbangan Tunai Rahmah
  2. Anda boleh mengakses laman web rasmi portal STR dengan di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  3. Jika anda menggunakan komputer, akan ada ruangan yang memerlukan anda isi No MyKad di sebelah kiri. Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Seterusnya, tekan Log Masuk. Klik butang Semak. Lihat maklumat seperti yang terpapar.
  4. Jika anda menggunakan telefon bimbit, anda akan terus nampakruangan yang untuk anda isi No MyKad. Isikan nombor Kad Pengenalan anda. Seterusnya, tekan Log Masuk. Klik butang Semak. Lihat maklumat seperti yang terpapar.
  5. Klik MAKLUMAT BAYARAN untuk melihat jumlah bayaran dan status pengkreditan
  6. Selesai

Login STR di bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk STR menggunakan pautan terus:

  1. Layari portal STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No Mykad / ID Pengguna
  3. Klik butang SEMAK
  4. Lihat maklumat seperti yang terpapar
  5. Selesai

Adakah STR login perlu guna HASIL IDENTITY?

Tidak perlu. Anda hanya perlu login STR menggunakan kaedah biasa seperti sebelum ini. Anda tidak perlu klik butang HASIL STR.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menggunakan HASIL IDENTITY sebagai cara login pengguna untuk mengakses perkhidmatan dalam talian mereka seperti e-Filing, e-Daftar, e-Bayaran, dan lain-lain.

STR Login

Ramai yang rasa keliru dan ada juga rasa ia leceh dan menyusahkan.

Terdapat beberapa sebab mengapa LHDN menggunakan HASIL IDENTITY daripada sekadar menggunakan username dan password sahaja tanpa integrasi:

  1. Keselamatan dan privasi: HASIL IDENTITY dirancang untuk memastikan keselamatan dan privasi data pengguna. Dengan menggunakan HASIL IDENTITY, LHDN dapat mengurangkan risiko kebocoran data dan penggodaman akaun. Ia juga membolehkan LHDN memastikan bahawa hanya individu yang berhak sahaja yang dapat mengakses maklumat cukai mereka.
  2. Pengesahan identiti: HASIL IDENTITY membolehkan LHDN mengesahkan identiti pengguna dengan lebih tepat, kerana ia menghubungkan maklumat pengguna dengan data LHDN yang sedia ada. Ini membantu mengurangkan penipuan dan salahguna maklumat cukai.
  3. Kemudahan interaksi dengan sistem LHDN: Dengan menggunakan HASIL IDENTITY, pengguna dapat mengakses semua perkhidmatan dalam talian LHDN dengan login tunggal. Ini memudahkan pengguna untuk menguruskan cukai mereka dan berinteraksi dengan LHDN.
  4. Kemungkinan pengagihan subsidi yang lebih bersasar: Penggunaan HASIL IDENTITY oleh LHDN mungkin merupakan langkah awal dan persediaan untuk pengagihan subsidi yang lebih bersasar pada masa akan datang. Dengan sistem yang lebih selamat dan terintegrasi, LHDN boleh menguruskan maklumat cukai dan subsidi dengan lebih efisien, dan memastikan bahawa bantuan kewangan hanya disalurkan kepada individu yang layak.

Walaupun penggunaan HASIL IDENTITY boleh menjadi lebih kompleks, manfaat keselamatan, privasi, pengesahan identiti, dan kemudahan interaksi dengan sistem LHDN menjadikannya pilihan yang lebih baik.

Kenapa tak boleh login STR?

Terdapat beberapa sebab mengapa anda tidak dapat log masuk ke portal STR:

  • Tersilap tekan butang: Mungkin adan tertekan butang HASIL STR. Ini bukan cara login yang betul untuk STR.
  • Terlalu ramai pengguna: Pastikan anda cuba masuk ketika bukan waktu puncak.
  • Maklumat log masuk tidak tepat: Pastikan bahawa anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang betul. Sekiranya anda telah memasukkan maklumat yang betul tetapi masih tidak dapat log masuk, cuba reset kata laluan anda.
  • Masalah teknikal: Terdapat kemungkinan bahawa terdapat masalah teknikal dengan laman web. Cuba semula dalam beberapa minit.
  • Masalah sistem: Terdapat kemungkinan bahawa terdapat masalah sistem. Cuba hubungi pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan.
  • Pastikan bahawa anda telah memasukkan maklumat log masuk yang betul dan cuba semula dalam beberapa minit.

Bila waktu sesuai untuk akses STR?

Untuk memastikan anda dapat mengakses sistem STR dengan mudah dan mendapatkan maklumat sumbangan tunai Rahmah, anda disarankan untuk mengakses sistem pada waktu yang kurang sibuk.

Ini biasanya termasuk waktu di luar waktu pejabat (seperti pada awal pagi, malam, atau hujung minggu) dan bukan pada hari-hari ketika banyak orang mungkin mengakses sistem untuk membuat sumbangan atau semakan.

Berdasarkan pengalaman kami, waktu yang paling sesuai ialah waktu ramai orang tidur seperti jam 2 pagi atau 3 pagi.

Categories STR

Leave a Comment