Semakan Status Penerimaan STR


Kalau sudah buat pendaftaran STR dan permohonan STR, macam mana nak tahu samada permohonan Sumbangan Tunai Rahmah kita sudah diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau tidak? Ikuti perkongsian di bawah berkenaan cara buat semakan status penerimaan STR 2023.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan penerangan ringkas sahaja.

Macam mana nak buat semakan status penerimaan permohonan STR?

Perlu diingatkan, status Permohonan Diterima tidak bermakna Lulus. Anda perlu tunggu status Dalam Proses dan seterusnya status Lulus.

Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat semakan:

  1. Layari dan login MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No MyKad
  3. Klik Log Masuk
  4. Klik Semak
  5. Pastikan kata kunci keselamatan betul (sila pastikan sama seperti BKM)
  6. Masukkan kata laluan (sila pastikan seperti BKM)
  7. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya log masuk STR
  8. Setelah berjaya log masuk, lihat paparan berikut:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  9. Sila ambil perhatian pada Status Permohonan
  10. Pastikan statusnya ialah  Permohonan Diterima
  11. Tunggu status bertukar menjadi Layak Fasa 1 STR
  12. Selesai

Bila perlu buat semakan kelulusan STR?

Selepas Layak Fasa 1 STR, barulah boleh buat semakan STR yang lain-lain. Tidak perlu buat kemaskini STR kerana ini adalah dianggap permohonan baru.

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian cara semakan status penerimaan permohonan STR ini dapat menghilangkan kerisauan anda.

Jika sudah mendapat status Lulus nanti, sila check tarikh bayaran dan terus buat semakan pembayaran STR untuk pastikan duit masuk ke dalam akaun bank.

Kalau sudah dapat duit STR nanti, gunakan untuk kegunaan yang penting-penting sahaja. Jangan membazir pula.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

1 thought on “Semakan Status Penerimaan STR”

Leave a Comment