STR Daftar 2023 (Pendaftaran MySTR Online)


Bagi anda yang rasa anda layak menerima bantuan STR, anda kini boleh cuba daftar dan mohon Sumbangan Tunai Rahmah. Sebelum ini, maklumat masih lagi belum rasmi. Sekarang, semuanya sudah official. Kami akan teruskan perkongsian panduan dan cara daftar STR 2023 secara online berdasarkan maklumat yang kami tahu.

Tidak perlu ke btr.hasil.gov.my lagi kerana pautan tersebut tidak wujud. Sila login bantuantunai.hasil.gov.my menggunakan portal rasmi MySTR yang telah dijenamakan semula.

Mana Link Untuk Daftar STR 2023?

Ramai sangat orang tanya soalan ini. Semua tanya, “Macam mana nak daftar?”, “Apa link untuk daftar Sumbangan Tunai Rahmah”, “Saya bujang, perlu daftar MySTR ke?” dan macam-macam lagi.

Untuk makluman semua, link untuk pendaftaran STR 2023 memanglah tidak ada di muka depan portal MySTR. Kena klik-klik sedikit baru jumpa.

Jadi, di mana nak cari link tersebut dan apa perlu buat untuk membuat pendaftaran MySTR?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk daftar STR:

  1. Untuk mendaftar STR, anda perlu klik pautan MySTR untuk login MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Masukkan sahaja Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Semak
  4. Selesai

Sila ikuti panduan di bawah untuk mendaftar STR.

 

Cara Daftar STR 2023

Ini adalah panduan ringkas untuk pendaftaran MySTR melalui portal rasmi STR:

  1. Untuk mendaftar STR, anda perlu klik pautan MySTR untuk login MySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  2. Masukkan sahaja Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Semak
  4. Pastikan tidak keluar mesej Tidak Layak Fasa 1 STR.
  5. Kalau keluar mesej ini, bermakna anda memang tidak layak
  6. Sila pastikan bahawa anda Layak Fasa 1 STR dan No MyKad anda terdaftar sebagai penerima Fasa 1 STR mengikut data BKM 2022
  7. Setelah itu, anda perlu memasukkan maklumat keselamatan dan mencipta kata kunci keselamatan serta kata laluan.
  8. Isi maklumat seperti dipinta dan ikut arahan yang diberikan
  9. Apabila semua maklumat yang diperlukan telah dimasukkan dengan betul, barulah pendaftaran MySTR dikira berjaya.
  10. Selesai

Pendaftaran MySTR adalah proses yang penting bagi mereka yang layak menerima Fasa 1 STR 2023. Kalau tak daftar, tak akan dapat bantuan STR.

Sila Log Masuk STR untuk mula buat permohonan atau kemaskini STR dengan maklumat terkini.

 

2. Perlu Daftar STR untuk penerima BKM Sebelum Ini?

Berdasarkan apa yang kami baca, sesiapa yang pernah terima BKM 2022 tidak perlu buat permohonan baru bagi Sumbangan Tunai Rahmah. Boleh terus check dan buat semakan STR sahaja dan pastikan mendapat status Layak Fasa 1 STR.

Sekiranya ada perubahan, anda hanya perlu kemaskini STR.

Proses kemaskini STR diperlukan kerana ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda dalam status yang terkini.

Apa status anda adalah yang terkini, ia lebih mudah diproses oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Contoh status yang perlu dikemaskini dalam MySTR adalah seperti berikut:

  • Sekiranya dulu bujang dan sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini STR. Ini adalah disebabkan amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Sekiranya dulu berkahwin tetapi belum ada anak, dan sekarang sudah ada anak, anda juga perlu buat kemaskini. Ini juga disebabkan amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
  • Dulu nombor telefon lain, sekarang nombor telefon lain; anda mesti mengemaskini maklumat phone number yang baru
  • Dulu nombor akaun bank lain, sekarang nombor akaun bank lain; anda mesti mengemaskini maklumat account number yang baru

 

3. Maklumat lanjut Sumbangan Tunai Rahmah

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang pendaftaran, cara kemaskini STR, semakan, rayuan dan juga permohonan baru.

Jangan risau.

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara mohon STR, namun masih lagi ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran STR, permohonan STR, kemas kini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BTR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

Akhir Kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar STR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Selesaikan dulu berkenaan pendaftaran, barulah buat semakan Sumbangan Tunai Rahmah untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran.

Pesan kepada adik-beradik, ibu-bapa dan kawan-kawan, sila hati-hati dengan scammer yang mengambil peluang untuk menipu.

Jangan berurusan dengan orang tengah. Jangan beri maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepada pihak ketiga.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

29 thoughts on “STR Daftar 2023 (Pendaftaran MySTR Online)”

Leave a Comment