Kenapa Tidak Layak Fasa 1 STR, Tapi Dulu Dapat BKM?


Ramai yang bertanya, kenapa tidak layak Fasa 1 STR, sedangkan layak BKM sebelum ini? Walaupun kami tidak mempunyai jawapan rasmi, izinkan kami berkongsi apa yang menyebabkan ini berlaku.

Semakan Papar “Tidak Layak Fasa 1 STR”

Anda perlu buat semakan di STR Hasil terlebih dahulu di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Apabila anda semak status kelayakan STR, ada dua jawapan sahaja. Yang pertama, akan ada paparan “Layak”. Yang kedua, “Tidak Layak”.

Yang layak, pasti boleh senyum dan tidur lena.

Yang tidak layak, pasti boleh buat gaduh punya.

 

Kenapa Tidak Layak Fasa 1 STR?

Ada beberapa kemungkinan di sini:

  1. Anda memasukkan No Kad Pengenalan yang salah. Sila pastikan anda double-check dan isi kotak betul-betul.
  2. Anda tidak kemaskini BKM. Data yang diproses untuk kelayakan STR adalah menggunakan data BKM sebelum ini.
  3. Status anda sudah berubah pada tahun 2023. Walaupun anda sudah kemaskini BKM, itu cerita 2022. Pastikan anda kemaskini BTR pada tahun 2023 juga.

Kalau STR Tiada Rekod, itu satu perkara lain pula.

 

Kalau Tak Layak, Perlu Buat Apa?

Kami bukanlah pakar motivasi yang boleh berikan anda nasihat.

Namun, secara asasnya, jika anda tidak layak untuk mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dalam STR kali ini, move on sahaja.

Redha.

Anda masih boleh mencari alternatif lain seperti pinjaman peribadi, pinjaman daripada bank atau pembiayaan daripada syarikat-syarikat kewangan.

Anda juga boleh berusaha untuk mengurangkan kos kehidupan harian dengan cara menjimatkan wang dan mencari peluang kerja sambilan.

Selain itu, anda boleh mencari bantuan daripada kerajaan negeri, organisasi bukan kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sosial yang boleh membantu dalam hal kewangan.

 

Akhir kata

Mendapat status Tidak Layak bukanlah satu pengakhiran.

Mungkin kali ini, bukan rezeki kita.

Sama-sama kita mendoakan agar hidup kita sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

Leave a Comment