Semakan Status Kelayakan STR 2023 (Layak Atau Tidak)


Terlalu ramai yang bertanya, “Perlu ke buat pendaftaran STR? Macam mana cara untuk mohon STR?”. Antara lain, ada juga melemparkan soalan “Betul ke tak payah mohon Sumbangan Tunai Rahmah? Kalau layak BKM, memang automatik layak ke?”. Izinkan beri peluang pada kami untuk berkongsi tentang cara untuk buat semakan status kelayakan STR yang ramai orang tidak faham atau terlepas pandang.

Dalam artikel ini, kami akan kupas satu persatu.

Semakan Status Kelayakan STR 2023

Untuk membuat semakan Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlu login portal rasmi STR.

Jadi, untuk yang kesuntukan masa dan mahu cepat, berikut ialah ringkasan untuk menyemak status kelayakan STR:

  1. Layari Portal Rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Klik Log Masuk
  4. Klik Semak
  5. Pastikan kata kunci keselamatan betul (pastikan sama seperti BKM)
  6. Masukkan kata laluan (pastikan seperti BKM)
  7. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  8. Maklumat akan dipaparkan
  9. Klik bahagian penting ini:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  10. Pastikan status permohonan anda ialah Layak Fasa 1 STR dan bukannya Tidak Layak Fasa 1 STR
  11. Sila follow-up untuk buat semakan status bayaran STR
  12. Selesai

Kami akan kemaskini semula artikel ini dengan maklumat yang lebih terperinci.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian mengenai semakan status kelayakan STR ini akan melegakan hati anda.

Pegang kata-kata ini “Kalau layak BKM, maka akau pun layak STR”.

Walau bagaimanapun, rezeki itu milik Allah.

Mungkin akan ada di antara anda yang tidak dapat bantuan BKM sebelum ini.

Sekiranya itu berlaku, bersabarlah. Mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

Leave a Comment