Semakan Bayaran STR 2023 (Check Tarikh Pembayaran & Status)


Bagi yang kurang cakna, anda harus tahu bahawa semakan Sumbangan Tunai Rahmah ada beberapa jenis. Antaranya ialah semakan kelulusan STR, semakan rayuan dan juga semakan bayaran. Jadi, dalam artikel di bawah ini, kami akan berkongsi cara untuk buat semakan bayaran STR sahaja. Ini sangat penting anda yang selalu login untuk check status STR dan asyik bertanya duit bila dapat dan masuk dalam akaun bank.

Izinkan kami berkongsi serba-sedikit yang kami tahu.

Tarikh Pembayaran STR 2023

Untuk pembayaran STR, ia akan diproses mengikut fasa:

[su_table]

STR Tarikh Pembayaran
Fasa 1 Bermula 17 Januari 2023
Fasa 2 Akan dikemaskini kerana belum ada maklumat lagi
Fasa 3 Akan dikemaskini kerana belum ada maklumat lagi

[/su_table]

Dalam proses bayaran Fasa 1 STR, walaupun ditulis 17 Januari 2023, bukan semua pemohon bakal menerima pada tarikh tersebut.

Ini adalah disebabkan proses pengkreditan mengambil masa dan berbeza-beza mengikut bank.

 

Semakan Status Bayaran STR di bantuantunai.hasil.gov.my

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan STR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:

  1. Layari Portal Rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/MySTR/LamanMenu.aspx
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan
  3. Klik Log Masuk
  4. Klik Semak
  5. Pastikan kata kunci keselamatan betul (pastikan sama seperti BKM)
  6. Masukkan kata laluan (pastikan seperti BKM)
  7. Setelah berjaya log masuk, klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  8. Maklumat akan dipaparkan
  9. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
  10. Buat semakan yang penting seperti:
    • Tarikh Kredit
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Bayaran
    • Status Kredit
    • Tarikh Tunai
    • Nama Tunai Bank
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
  11. Ambil perhatian pada Status Kredit
  12. Pastikan ia bukan lagi DALAM PROSES PENGKREDITAN dan telah bertukar status
  13. Semak baki duit dalam akaun bank anda.
  14. Selesai

 

Semakan Duit STR Masuk Dalam Akaun Bank

Jangan menggelabah sangat dan terus pergi ke ATM untuk cucuk duit. Adalah lebih baik jika anda buat semakan samada duit STR ini betul-betul sudah masuk ke dalam akaun.

Sila login ke Perbankan Internet bank-bank yang anda pilih semasa buat permohonan STR tempohari:

[su_table]

Bank URL
Login Maybank https://www.maybank2u.com.my
Login CIMB Bank https://www.cimb.com.my
Login Public Bank https://www.pbebank.com
Login RHB Bank https://onlinebanking.rhbgroup.com
Login Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my
Login Ambank https://ambank.amonline.com.my
Login UOB Bank https://pib.uob.com.my
Login Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
Login OCBC Bank https://internet.ocbc.com.my/internet-banking/
Login HSBC Bank https://www.hsbc.com.my
Login Affin Bank https://rib.affinalways.com
Login Bank Islam https://www.bankislam.biz
Login Standard Chartered Bank https://sc.com/my/
Login BSN https://www.mybsn.com.my
Login Bank Muamalat https://www.i-muamalat.com.my
Login Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
Login Agrobank https://www.agronet.com.my
Login Al-Rajhi Bank https://www.alrajhi24seven.com.my
Login MBSB Bank https://mjourney.mbsbbank.com
Login Co-opbank Pertama https://www.cbp.com.my/
Login Kuwait Finance House https://www.kfhonline.com.my/kfh_consumer/

[/su_table]

Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu bergembira. Tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank. Ini kerana kadang-kadang berlaku kelewatan pengkreditan mengikut bank.

Dikatakan bahawa selalunya duit bantuan akan masuk ke dalam akaun Bank Simpanan terlebih dahulu.

Selepas itu, barulah bank-bank lain.

 

3. Kalau Status LULUS, Tapi Gagal Kredit STR, Perlu Buat Apa?

  1. Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.
  2. Sila baca cara dapatkan No Baucer STR untuk buat penunaian di BSN.
  3. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  4. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

Secara ringkasnya, status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit STR ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon STR

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal STR dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

Akhir kata

Untuk makluman, bila STR masuk itu adalah bergantung kepada pihak bank. Jadi, jangan terkejut jika ada yang sudah terima duit awal berbanding yang lain.. Tarikh bayaran STR mungkin berbeza-beza. Yang masih belum terima apa-apa, diharap bersabar.

Diharapkan agar buat semakan status bayaran STR sebelum pergi cucuk duit di ATM. Ini adalah untuk mengelakkan kekecewaan.

Semoga bermanfaat.

Categories STR

Leave a Comment