Salinan Akaun Bank Islam Tanpa Buku


Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan bagaimana cara anda nak dapatkan salinan akaun Bank Islam tanpa buku.

Izinkan kami berkongsi.

Boleh dapatkan salinan akaun Bank Islam tanpa buku?

Ya, boleh. Anda boleh menggunakan 2 cara untuk memperolehi salinan atau penyata akaun Bank Islam ini sama ada melalui online banking atau di cawangan Bank Islam.

Cara dapatkan penyata atau salinan akaun Bank Islam tanpa buku

Berikut adalah 2 kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan penyata, statement atau salinan akaun Bank Islam anda tanpa buku bank:

a) Download online di bankislam.biz

  1. Buka laman web Bank Islam online banking di bankislam.biz.
  2. Laman utama web Bank Islam online banking anda akan keluar.
  3. Masukkan User ID dan tekan LOGIN.
  4. Di laman seterusnya, sahkan Private Image dan Private Word anda dengan menekan butang Yes.
  5. Kemudian, masukkan PASSWORD dan tekan LOGIN.
  6. Anda akan dibawa masuk ke akaun Bank Islam online banking anda.
  7. Pada laman utama, tekan pada menu My Accounts.
  8. Beberapa pilihan sub menu akan keluar.
  9. Di situ, tekan sub menu E-Statement dan klik Maintenance.
  10. Pada laman seterusnya, tekan pada perkataan here yang berwarna biru.
  11. Seterusnya, scroll ke bawah dan tick pada kotak I Agree and acknowledge the following upon accepting electronic statement “E-Statement Services”.
  12. Berikutnya, anda akan dibawa ke laman E-Statement Maintenance.
  13. Sila pilih jenis Account anda dan tekan butang Proceed.
  14. Kemudian, tekan butang Request i-Access Code.
  15. Sila tunggu seketika untuk anda menerima code yang telah dihantar ke nombor telefon anda yang didaftarkan.
  16. Seterusnya, masukkan code tersebut ke dalam ruangan yang disediakan dan tekan Confirm.
  17. Pada laman berikutnya, tekan butang Back To Maintenance Page.
  18. Anda akan dibawa semula ke laman utama akaun anda.
  19. Di sini, klik menu My Accounts sekali lagi.
  20. Kemudian, pilih E-Statement dan pilih Maintenance.
  21. Anda akan dibawa ke laman seterusnya.
  22. Maklumat ringkas mengenai E-Statement anda akan dipaparkan.
  23. Di sini, anda perlu klik My Accounts untuk kali ketiga.
  24. Seterusnya, pilih E-Statement dan juga Maintenance.
  25. Anda akan dibawa ke laman seterusnya iaitu Download E-Statement.
  26. Di sini anda perlu pilih Account / Card anda dan tekan butang Submit.
  27. Salinan akaun Bank Islam anda telah berjaya dimohon atau subscribe.
  28. Selepas tempoh 1 bulan permohonan atau subscribe, anda boleh semak penyata atau salinan akaun Bank Islam anda.
  29. Untuk semak salinan tersebut, anda perlu log masuk ke akaun anda seperti biasa dan tekan pada menu My Accounts.
  30. Kemudian, klik E-Statement dan tekan butang Download.
  31. Pada laman seterusnya, masukkan Account / Card anda dan klik Submit.
  32. Selepas itu,  anda akan dibawa ke bahagian Statement Date.
  33. Di situ, tekan pada Tarikh berwarna biru yang tertera.
  34. Akhir sekali, penyata atau salinan akaun Bank Islam anda akan dipaparkan.
  35. Anda boleh cetak jika perlu.
  36. Tamat.

b) Mohon penyata atau salinan akaun Bank Islam di cawangan

  1. Dapatkan kad pengenalan anda dan kunjungi mana-mana cawangan Bank Islam berhampiran anda.
  2. Ambil nombor giliran di kaunter ambil nombor.
  3. Tunggu giliran anda dipanggil.
  4. Kemudian, pergi ke kaunter urusan yang telah dinyatakan.
  5. Maklumkan pada kakitangan bertugas yang anda nak mohon penyata atau salinan akaun Bank Islam anda.
  6. Sila ikuti permintaan dan arahan seterusnya yang diberikan oleh kakitangan tersebut untuk melengkapkan permohonan anda sehingga selesai.
  7. Jika tiada sebarang masalah, penyata atau salinan akaun Bank Islam anda akan dikeluarkan pada hari yang sama (bergantung kepada situasi).
  8. Selesai.

Akhir kata

Sampai di sini saja penulisan kami tentang salinan akaun Bank Islam tanpa buku yang boleh anda cuba dapatkan melalui panduan yang telah kami sediakan di atas. Diharapkan ianya dapat membantu urusan anda jadi lebih mudah.

Akhir sekali, jika anda berminat untuk mendaftar Bank Islam online banking. Anda boleh rujuk cara buka akaun Bank Islam online yang kami tunjukkan di sini vao.bankislam.com.my.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment