vao.bankislam.com.my (Cara Buka Akaun Bank Islam Online)


Kini, anda boleh membuka akaun Bank Islam dengan lebih mudah menggunakan Virtual Account Opening (VAO) di vao.bankislam.com.my. Anda tidak perlu lagi beratur dan melengkapkan borang di bank. Anda hanya perlu mengisi e-borang di laman web dan hadir ke cawangan Bank Islam pilihan untuk melengkapkan proses pengesahan pembukaan akaun.

Izinkan kami berkongsi cara-caranya:

1. Cara buka akaun Bank Islam di vao.bankislam.com.my

a) Antara akaun yang boleh anda buka di vao.bankislam.com.my ialah:

  • Akaun Simpanan Asas Bank Islam
  • Akaun Simpanan Qard
  • Akaun Pelaburan Al-Awfar

b) Berikut adalah langkah-langkah untuk membuka akaun Bank Islam:

  1. Layari vao.bankislam.com.my.
  2. Isikan butir-butir berikut:
    1. Nama
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Tarikh Lahir
    4. Status student/ bukan student
    5. Jenis Akaun
    6. Negeri dan Cawangan Pilihan.
  3. Tekan NEXT.
  4. Isikan maklumat berikut:
    1. Alamat
    2. Emel
    3. Nombor Telefon
    4. Bangsa & Agama
    5. Status Perkahwinan
    6. Nama Ibu
    7. Maklumat Pekerjaan
  5. Tekan Next.
  6. Anda perlu membuat declaration, hantar permohonan dan membuat pengesahan.
  7. Cetak borang permohonan anda.
  8. Bawa borang permohonan untuk pengesahan dan mendapatkan nombor akaun dalam masa 30 hari selepas anda mendaftar.

2. Cara daftar Bank Islam online

Selepas anda mendapatkan nombor akaun anda, anda juga boleh mendaftar di Bank Islam Online untuk membuat transaksi atau melakukan aktiviti perbankan anda secara online.

Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari portal rasmi Bank Islam di www.bankislam.biz.
  2. Pilih FIRST TIME USER.
  3. Anda akan diminta untuk membaca Terms & Conditions. Tick pada kotak I have read and understood the above Terms and Conditions.
  4. Tekan butang Continue.
  5. Isikan nombor kad 16 digit anda pada ruangan ATM Card/ Debit Card No.
  6. Masukkan no PIN anda pada ruangan ATM PIN.
  7. Tekan butang Continue.
  8. Isikan butir-butir yang diperlukan seperti:
    1. Customer Name
    2. Nombor Kad Pengenalan (contoh: 123456061234)
    3. Masukkan User ID (mestilah alphanumeric – ada gabungan nombor, simbol dan abjad)
    4. Masukkan Password (alphanumeric dan minimum 8 aksara)
    5. Isikan emel anda dan nombor telefon yang masih aktif
    6. Isikan ruangan Private Word dan pilih gambar untuk anda guna apabila login.
    7. Isikan ruangan Secret Question dan Secret Answer. Pastikan hanya anda sahaja yang mengetahui soalan dan jawapan ini.
    8. Tekan butang Submit.
    9. Sahkan semula maklumat yang anda isi dan tekan butang Confirm.
    10. Anda akan menerima SMS daripada Bank Islam yang menyatakan pendaftaran anda berjaya.
    11. Selesai.

Anda hanya perlu masukkan User ID dan Password anda untuk login dan teruskan aktiviti perbankan anda.

 

3. Soalan lazim (FAQ)

Siapa yang boleh membuka akaun di VAO?

Individu yang mempunyai Kad Pengenalan boleh membuka akaun

  • Individu berumur 12 tahun ke atas untuk Akaun Simpanan Asas Bank Islam dan Akaun Simpanan Qard
  • Individu berumur 18 tahun ke atasu untuk Akaun Pelaburan Al-Awfar

Bolehkah saya mendapat terus nombor akaun selepas mendaftar di VAO?

Tidak, anda perlu ke cawangan bank pilihan untuk mengesahkan pendaftaran dan mendapatkan nombor akaun.

Berapa banyakkah akaun yang saya boleh buka di VAO?

Anda hanya boleh membuka satu akaun sahaja untuk setiap jenis akaun.

Berapa lamakah pendaftaran ini sah selepas membuka akaun di VAO?

Pendaftaran ini sah selama 30 hari dari hari anda membuka akaun di VAO.

 

4. Ada masalah daftar akaun di vao.bankislam.com.my?

Jika anda mempunyai apa-apa masalah untuk login, sila ajukan masalah anda di:

  • +603 2088 8000
  • +603 26 900 900

 

5. Apa link untuk login bank-bank lain di Malaysia?

Berikut ialah senarai panduan untuk log masuk laman web rasmi bank-bank yang ada di Malaysia:

[display-posts taxonomy=”post_tag” tax_term=”web, swasta, bank” tax_operator=”AND” posts_per_page=”50″]

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian ini, akan lebih memudahkan urusan perbankan anda.

 

14 thoughts on “vao.bankislam.com.my (Cara Buka Akaun Bank Islam Online)”

  1. Saya, Muhammad Taufik Bin Abdullah ic : 630502035331 cuba utk buka akaun bank islam, tujuan nak minta bantuan bulalan baitummal. Saya muallaf. Saya gagal utk buka akaun juga gagal utk dapatkan surat dari pihak bank islam yg nyatakan saya tak dibenar utk buka akaun bank islam. Pihak baitummal hanya perlukan akaun bank islam @ surat dari pihak bank islam, supaya dapat baitummal beri kebenaran guna akaun bank lain. Harap pihak bank islam beri penjelasan. Perlu bantuan.

    Reply
  2. assalamualaikum.. terima kasih untuk maklumat ni.. saya ada soalan.. selepas siap mendaftar secara online.. dan perlu menunggu untuk dapatkan akaun bank.. dalam proses menunggu tu.. bagaimana saya akan dapat kad bank saya?

    Reply
  3. saya dah mohon dan dah bayar deposit. kenapa selepas tu keluar error, sedangkan amount uk deposit dari bank lain dah ditolak. bagaimana saya nak trace semula permohonan saya

    Reply

Leave a Comment