Contoh Penyata Bank Islam


Mesti ramai dekat sini yang merupakan pelanggan Bank Islam. Betul tak? Tapi, kami juga sedia maklum bahawa masih ada lagi yang tak tahu cara nak dapatkan contoh penyata Bank Islam dengan betul.

Oleh itu, kami dah sediakan panduannya di dalam artikel ini. Izinkan kami berkongsi.

Cara print contoh penyata di ATM

Di bawah adalah langkah-langkah untuk print penyata Bank Islam yang mini di mesin ATM:

  1. Datang ke mana-mana mesin ATM Bank Islam berhampiran anda.
  2. Pergi ke salah satu mesin ATM yang tersedia.
  3. Masukkan kad ATM Bank Islam anda ke dalam ruangan kad apabila lampu hijau menyala.
  4. Tunggu seketika untuk kad anda dibaca.
  5. Kemudian, pilih BAHASA.
  6. Seterusnya, masukkan Nombor PIN ATM.
  7. Tunggu seketika sementara akaun anda sedang disahkan.
  8. Paparan menu utama akan keluar.
  9. Di laman itu, tekan Bank Islam.
  10. Seterusnya, tekan Khidmat Penyata.
  11. Kemudian, pilih Penyata Mini dan tekan butang Cetak.
  12. Penyata mini Bank Islam anda akan keluar.
  13. Selesai.

Muat turun penyata Bank Islam secara online

Jika anda mempunyai akaun Bank Islam online banking. Anda boleh terus memuat turun penyata Bank Islam anda menggunakan laman web.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Layari laman web Bank Islam online banking di bankislam.biz.
  2. Pada laman ini, sila lakukan proses log masuk ke akaun anda.
  3. Setelah anda berjaya masuk ke akaun anda, sila klik pada menu My Accounts.
  4. Kemudian klik E-Statement dan klik Maintenance.
  5. Di bahagian E-Maintenance, sila tick pada kotak I agree and acknowledge the following upon accepting electronic statement “E Statement Services”.
  6. Seterusnya, tekan butang Proceed.
  7. Pada laman berikutnya, sila pilih Account anda.
  8. Kemudian, masukkan alamat Emel dan klik Proceed.
  9. Selepas itu, tekan pada pautan Request i-Access Code yang berwarna biru.
  10. Sila tunggu seketika untuk menerima code yang akan dihantar ke nombor telefon anda.
  11. Seterusnya, masukkan code yang diterima tadi ke dalam ruangan i-Access Code.
  12. Tekan butang Confirm.
  13. Selepas itu, anda perlu menunggu dalam tempoh 30 hari untuk mengakses penyata Bank Islam anda.
  14. Apabila sudah sampai tempoh tersebut, login semula ke akaun Bank Islam online banking anda
  15. Kemudian, tekan pada menu My Accounts.
  16. Seterusnya, tekan E-Statement dan pilih Download.
  17. Pada laman berikutnya, pilih Account anda dan tekan butang Submit.
  18. Tekan pada Tarikh penyata yang anda inginkan.
  19. Penyata Bank Islam anda akan dimuat turun.
  20. Anda boleh print penyata Bank Islam tersebut jika perlu.
  21. Tamat.

Kenapa penyata Bank Islam itu penting?

Penyata bank Islam itu penting atas beberapa sebab dan perkara:

  1. Bukti transaksi: Penyata bank mencatatkan semua transaksi yang berlaku dalam akaun bank anda, termasuk deposit, pengeluaran, pemindahan dana, pembayaran bil dan sebagainya. Ini membolehkan anda mengesahkan bahawa transaksi tersebut dilakukan dengan betul dan membantu anda mengenal pasti sebarang kesilapan atau penipuan.
  2. Pengurusan kewangan: Penyata bank membantu anda memantau perbelanjaan, pendapatan, dan tabungan anda. Ini membolehkan anda membuat perubahan yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda dan mengawal perbelanjaan anda.
  3. Menyediakan rekod kewangan: Penyata bank adalah rekod kewangan rasmi yang boleh digunakan untuk tujuan cukai, pinjaman, atau aplikasi kredit. Ia membantu membuktikan pendapatan anda dan menunjukkan kemampuan anda untuk menguruskan kewangan anda dengan baik.
  4. Memantau caj dan yuran: Penyata bank juga mencatatkan sebarang caj atau yuran yang dikenakan oleh bank, seperti yuran pemindahan, yuran pengeluaran tunai, atau caj faedah. Dengan meneliti penyata bank, anda boleh memastikan bahawa anda tidak dikenakan caj yang tidak perlu atau tidak adil.
  5. Mematuhi undang-undang dan peraturan: Dalam beberapa kes, anda mungkin perlu menyediakan penyata bank kepada pihak berkuasa atau agensi kerajaan untuk tujuan pengesahan atau pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan. Penyata bank Islam yang mematuhi prinsip Syariah juga memastikan bahawa anda mematuhi peraturan agama dan undang-undang yang berkaitan dengan urusan kewangan.

Mudah cerita, penyata bank Islam itu penting kerana ia membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik, memastikan transaksi yang betul, dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkaitan.

Akhir kata

Sekian sahaja penulisan kami mengenai contoh penyata Bank Islam. Diharapkan agar perkongsian ini dapat membantu urusan mereka yang memerlukannya.

Sekiranya anda juga adalah salah seorang pencarum KWSP tapi tak tahu macam mana nak buat semakan EPF statement secara online. Jemput baca cara check penyata KWSP online dan semak penyata KWSP melalui IC.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment