Cara Dapatkan Penyata Bank Islam Online (Download di bankislam.biz)


Secara asasnya, cara dapatkan penyata Bank Islam cukup-cukup mudah kerana ia boleh dilakukan secara online. Kami faham, ada beberapa sebab anda perlu dapatkan statement Bank Islam. Antaranya ialah untuk memohon pinjaman kereta ataupun rumah dan anda perlu buktikan pendapatan atau gaji masuk setiap bulan.

Dalam artikel kali ini, kami kan kongsikan dengan anda tentang bagaimana cara untuk dapatkan penyata Bank Islam daripada pihak bank supaya anda tidak membuang masa lama menunggu.

Cara dapatkan penyata Bank Islam secara online

Sekiranya anda adalah salah seorang pelanggan Bank Islam yang sudah mempunyai perbankan Internet bankislam.biz, berikut adalah cara untuk mendapatkannya:

Sekiranya ada sudah memiliki akaun berdaftar dengan Bank Islam, sila ikuti langkah-langkah di bawah. Jika tidak, sila daftar dahulu di vao.bankislam.com.my.

  1. Lawati laman web rasmi Bank Islam IB di sini: https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Pilih menu My Accounts > E-Statement > Download
  4. Pilih Account/Card yang ingin Anda muat turun
  5. Klik Submit.
  6. Senarai akaun E-Statement Anda akan dipaparkan.
  7. Pilih dan klik pada Tarikh Penyataan bagi tempoh tertentu untuk memuat turun Penyataan.
  8. Mendapatkan Penyata Akaun Bank Islam Melalui ATM
  9. Selesai

 

Cara dapatkan penyata Bank Islam melalui ATM

Statement di ATM andalah statement mini sahaja. Anda boleh cetak untuk rujukan sendiri. Ia tidak boleh digunakan untuk submit apa-apa permohonan kerana ia bukan yang rasmi.

Berikut ialah cara untuk mendapatkan dan cetak penyata Bank Islam anda menggunakan ATM:

  1. Hadirkan diri ke mana-mana ATM Bank Islam terdekat
  2. Masukkan kad ATM Bank Islam Anda.
  3. Masukkan PIN ATM Anda.
  4. Pilih Bank Islam
  5. Pilih Khidmat Penyata
  6. Pilih Penyata Mini
  7. Pilih Cetak
  8. Sila ambil resit yang keluar untuk melihat penyata mini Bank Islam
  9. Mendapatkan Penyata Akaun Bank Islam di Cawangan Bank
  10. Selesai

 

Apa lagi kegunaan statement bank Bank Islam?

Tidak semua orang sedar bahawa penyata bank adalah satu cebisan atau dokumen yang penting dalam menguruskan kewangan harian.

Selain digunakan untuk apply loan, antara kegunaan penyata akaun Bank Islam adalah seperti berikut:

  • Anda boleh lihat dan semak laporan mengenai dana wang masuk dan keluar dari akaun anda dalam tempoh masa tertentu seperti daripada bulan Januari hingga Disember 2022
  • Anda boleh mengawal aktiviti akaun anda daripada disalahgunakan tanpa pengetahuan anda
  • Jika anda seorang usahawan, penyata bank ini mampu memudahkan urusan perniagaan anda untuk memeriksa sebarang pemindahan wang masuk daripada pengguna.
  • Ini dapat mengelakkan sebarang penipuan atau pun aktiviti yang mencurigakan daripada scammer.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara untuk dapatkan penyata Bank Islam ini akan memudahkan urusan perbankan anda.

Sila simpan salinan statement Bank Islam anda baik-baik kerana ia boleh digunakan untuk permohonan-permohonan lain jika ada. Apa-apa pun, semoga urusan permohonan pinjaman anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Cara Dapatkan Penyata Bank Islam Online (Download di bankislam.biz)”

    • Salam Puan.,saya mahu tanya puan?boleh tak saya mahu tengok penyata ACC saya?baik saya tingal kan no call ya 01121173862 harap Puan call saya.,sebab saya tak mahir dalam bidang it..sekian terima kasih

      Reply

Leave a Comment